Berlangsungnya Samsung Forum 2019 di Singapura dimana Samsung memperkenalkan beberapa produk terbaru merangkumi peralatan elektronik untuk kegunaan di rumah khusus buat pasaran Asia Tenggara. Tahun ini, rangkaian yang diperkenalkan merangkumi tiga aspek iaitu ‘connect, devices dan intelligence’. Selain itu, Samsung turut memberi penekanan kepada konsep penjimatan tenaga elektrik untuk keseluruhan rangkaiannya. Lima produk terbaru yang dilancarkan, iaitu televisyen QLED 8K, peti sejuk berteknologi tinggi, penghawa dingin, soundbar Q Series dan mesin basuh dengan tekonologi serba canggih.

Setiap rangakaian ini mempunyai pelbagai kelebiahan yang lebih menarik dan berbeza dengan sebelum ini.

Samsung Q50R QLED 8K

Televisyen dengan teknologi tinggi pada skrin paparan rata yang dilancarkan kali ini pastinya memberikan kesan yang maksima dan memuaskan kepada semua pengguna. Samsung pastinya antara yang terawal dan hebat dalam menawarkannya Samsung Q50R, sebuah televisyen dengan definisi 8K dengan saiz 98-inci.Samsung  Lancarkan 5 rangkaian Smart Home

Samsung Family Hub

Peti sejuk Samsung Family Hub, model ini dilengkapkan dengan skrin sesentuh yang bertindak sebagai tablet. Dalam erti kata lain, para pengguna pastinya tidak lagi akan bosan dengan penyertaan YouTube dan Spotify. Selain itu, peti sejuk ini turut boleh dilekatkan dengan nota digital yang bakal memudahkan seluruh keluarga dirumah. Bertepatan dengan misi Samsung bagi menjayakan IOT 4.2, kini model kelengkapan Samsung turut dilengkapkan dengan teknologi terbaru yang boleh dihubungkan melalui Wi-Fi. Berserta dengan teknologi yang boleh menerima arahan iaitu BIXBY.

Ads

Samsung  Lancarkan 5 rangkaian Smart HomeSamsung Wind-Free

Perubahan terbaru yang diperkenalkan pada penghawa dingin melalui Samsung Wind-Free,mensasarkan model terbaru ini buat pengguna yang mahukan keselesaan yang lebih baik. Tampil dengan 21 ribu lubang pada seluruh penghawa dingin, model ini bakal memberikan kedinginan yang sama rata dalam memberikan penyejukan secara menyeluruh berbanding model sebelum ini yang menawarkan udara dingin pada satu hala sahaja. Sistem pembersihan yang lebih baik serta teknologi penjimatan elektrik pada model Wind-Free antara yang diberi penekanan oleh Samsung pada kali ini.

Samsung  Lancarkan 5 rangkaian Smart Home

Ads

Samsung Soundbar Q-Series

Pembesar suara atau soundbar yang diperkenalkan kali ini lebih tertumpu kepada bunyi pada satu hala iaitu pada bahagian hadapan sahaja, menerusi Samsung Q-series, model ini menawarkan teknologi terbaru dimana para pengguna dapat merasakan pengalaman bunyi yang berlegar 360 darjah. Selain itu, model ini turut bekerjasama bersama Harman Kardon dalam menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik.

Samsung  Lancarkan 5 rangkaian Smart Home

Ads

Samsung Q-Drive

Samsung Q-Drive merupakan model mesin basuh terbaru daripada Samsung. Menariknya, para pengguna berpeluang menggunakannnya dengan hanya memberi arahan melalui telefon pintar di mana model ini mampu dihubungkan melalui Wi-Fi. Selain itu, model ini turut menumpukan kepada penjimatan tenaga elektrik serta berpeluang membasuh pakaian pada kadar yang pantas. Menarik lagi, kalau tertinggal baju yang ingin dibasuuh dan ingin menambah sewaktu mesin ini sedang membasuh pakaian, hanya dengan add wash sahaja mampu menyelesaikan masalah terlupa tersebut.

Samsung  Lancarkan 5 rangkaian Smart Home

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI