Berita

Samsung POWERstick PRO Kemas Rumah Dalam Masa Singkat

Share

Bulu haiwan peliharaan, habuk dan pasir yang tersekat di celahan lantai dan tepung yang berselerak atas lantai sentiasa menjadi musuh kepada pemilik rumah untuk mengemasnya kembali kepada keadaan asal. Ini kerana antara kekotoran tersebut dalam saiz mikro tetapi apabila bergumpal ia menyakitkan mata yang memandang.

Disini munculnya peranan Samsung yang sentiasa ke hadapan dalam memastikan rumah kita berada dalam keadaan baik dan memudahkan segala tugasan. Segala kekotoran tersebut dengan mudahnya diurus dengan menggunakan mesin hampagas POWERstick PRO yang diperkenalkan oleh Samsung Smart Living.

Ia diperkenalkan dalam program Masak-masak with Samsung Smart Living yang turut menampilkan Finalis Masterchef Malaysia 2012, Brian Chen pada 23 Oktober 2018 di Pusat Latihan Samsung, Mutiara Damansara. Beliau bersama wakil media yang hadir  untuk menunjukkan bagaimana membersihkan semula ruangan dapur yang berkecah selepas memasak menggunakan bahan-bahan jenis serbuk seperti habuk roti, lada hitam kering dan pelbagai lagi.

POWERstick PRO dikuasakan oleh motor Samsung digital inverter yang berupaya berpusing selaju 5000rpm dan mobilitinya yang tiada bandingan untuk membantu anda membersihkan segala kekotoran tanpa mengira jenis permukaan dalam rumah. Kadar sedutannya berupaya mencecah sehingga 150W untuk memerangkap apa jua habuk dan kekotoran.

Antara tarikan lain adalah kehebatannya yang memastikan pengguna untuk tidak perlu membongkok dengan teknologi Flex Handle 50sehingga menyakitkan tulang belakang. Anda hanya perlu menekan butang pelepas untuk membuatkan peranti ini boleh masuk jauh ke bawah katil dan menyedut habuk di bawahnya.

Selalunya selepas menggunakan vacuum, untuk membuang segala habuk yang tersimpan, anda perlu membuka dan goncangnya sehingga keluar semua habuk. Teknologi EZClean Dustbin memastikan anda tidak penat selepas habis mengemas, dengan sekali tekan sahaja anda sudah berjaya mengeluarkan segala kekotoran yang tersimpan di dalamnya terus ke dalam tong sampah.

Published by
Team Impiana