Dapur Moden Tampil Sempurna Dengan Kaunter Sarapan

Share

Jika dahulu kehadiran kaunter sarapan ibarat ‘tidak perlu’ kerana kita punya meja makan. Namun sederas perubahan gaya hidup masa kini, kaunter sarapan mula mendapat tempat di hati tuan rumah. Mudah untuk menguruskannya, mudah juga menghidang makanan di sini terutama ibu yang sibuk berkerja dan sibuk melayan kerenah anak-anak.

 

Bila bercakap soal kaunter, ia bukan satu perkara luar biasa. Namun lokasinya juga kita jauh berbeza. Jika dahulu disorok pad abahagian dapur, kini diserlahkan di ruang utama. Ibarat sebuah pentas yang mana menjadi pemusatan mata tatkala kita melangkah masuk ke dalam sebuah ruang seumpama ini. Ruang tamu mungkin sudah terllalu biasa mencuri tumpuan tetamu. Namun kini kita sudah punya bintang baru dalam sebuah ruang utama iaitu kerusi kaunter yang cukup megah di susun memanjang ibarat barisan penari Las Vegas!


Mungkin ia agak keterlaluan dipuji seumpama ini namun sederas masa berlalu, pereka cukup kreatif mempelbagaikan reka bentuk bangku kaunter ini. Padahal bentuk asasnya sekadar kerusi berkaki panjang. Itu sahaja tetapi dek dicanai ideanya, kerusi yang ringkas ini menjadi pelbagai bentuk , warna dan material. Umpama barang kemas sang primadona yang mencuri tumpuan biar sebenarnya ramai di kalangan kita tidak menyedarinya. Terpukau? Boleh jadi ya!


Selalunya susunan kerusi ini didatangkan dalam tiga hingga lima buah. Dari rekaan kaki, bentuk tempat duduk dan struktur sandar belakangnya, ia sememangnya memberi impak yang berbeza. Ada yang lebih gemar bebas sandar kerana menghalang pandangan dan membuat ruang rasa sempit. Ada yang mementingkan keselesaan dan sebagainya. Apa pun kepuasan dan keselesaan ini adalah segalanya bagi anda. Simple-simple sahaja di IMPIANA.

Published by
Faizal Yunus