Tidak dinafikan, ada segelintir kalangan masyarakat kita yang sanggup mencatu perbelanjaan makanan harian atau erti kata lainnya ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah kediaman yang cantik dan mewah.
Tetapi tahukah anda, apakah kesan serta keburukan yang bakal dihadapi sekiranya anda melakukan tindakan sedemikian yang mungkin boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh ahli keluarga selain diri anda sendiri?
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik hangat berkenaan yang bertajuk ‘Ikat Perut Kerana Obses Nak Rumah Cantik’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Asrul Khairi Kamaruddin yang merupakan seorang arkitek daripada syarikat swasta tempatan.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Encik Asrul berpendapat tingkah laku ‘mengikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik seperti ini dalam konteks umum adalah bukan satu keperluan sangat penting.
“Pada pendapat saya, tak perlu pun untuk ‘berikat perut’ demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik. Tetapi tidak dinafikan, setiap orang mempunyai citarasa yang tinggi dan ingin memiliki sebuah kediaman yang cantik.
“Jika kita bercakap tentang perkara keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik ada pelbagai cara yang boleh dilakukan supaya hasrat anda itu tercapai. Contoh apa yang boleh anda lakukan adalah tidak menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman untuk rumah anda.
“Untuk maklumat anda, dari segi sudut untuk penambah baik rumah ni ada dua konsep iaitu pertama ‘Soft Furnishing’ yang mana terlibat dengan pemilihan perabot untuk dalaman rumah manakala yang kedua pula adalah ‘Hardworks’ yang melibatkan pengubahusaian seluruh rumah.
“Tentang soal pemilihan perabot dalaman rumah ini, saya rasa anda boleh melakukan secara sendiri mengikut citarasa anda tanpa memerlukan khidmat nasihat arkitek mahu pun pereka hiasan dalaman.
“Ini kerana sumber idea inspirasi dan pelbagai maklumat anda boleh cari di internet, majalah dan sebagainya,” jelasnya.
Konklusinya, adakah anda sanggup untuk mencatu makanan harian anda serta ‘mengikat perut’ semata-mata demi mahu memiliki sebuah rumah yang cantik? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
.
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?