Sayur Ceylon Spinach Yang Ramai Tak Tahu Khasiatnya. Remayong atau ceylon spinach merupakan tumbuhan tropika yang tumbuh menjalar di kawasan bertanah lembap. Lebih dikenali dengan nama botaninya Basella spp. dipercayai berasal dari India Selatan.
Di Asia, remayong dikenali dengan berlainan nama seperti bayam Ceylon, bayam Malabar, mana choy (Cina), mong toi, mung towi (Vietnam), alugbati (Filipina), pui saag (Bengali), genjerot, gondola (Indonesia), Phakpang, phakplang, plakplang yai (Thailand) dan baselle atau brede (Peranchis).
Walaupun tumbuhan remayong biasanya sangat gemar ditanam di kalangan keluarga Asia Selatan, kini ianya mula popular dikalangan penduduk negara beriklim tropika dan sederhana di Amerika, Australia, dan Eropah kerana ianya digemari kerana berkhasiat dan lembut.
Pokok remayong adalah tumbuhan saka dan tumbuh sebagai tanaman herba yang sesuai ditanam di tanah yang subur dengan iklim panas dan lembab. Mudah dibiakkan dengan menggunakan biji benih atau keratan batang. Ia mudah dibiakkan namun mempunyai jangka hayat yang pendek.
Pokok remayong mengeluarkan bunga berwarna putih atau putih-merah muda bergantung kepada spesies dan ungu dari tangkai yang mempunyai buah beri hitam. Remayong boleh dituai selepas 35 – 45 hari ditanam dengan memotong bahagian pucuk. Pucuk remayong enak jika digoreng bersama perencah udang atau bilis seperti memasak kangkong atau bayam.
Remayong adalah sayur-sayuran berdaun hijau yang digemari dalam masyarakat Asia Timur kerana profil fitonutriennya yang sihat. Remayong didapati sangat rendah kalori dan lemak (100 gram daun mentah menyediakan hanya 19 kalori). Walau bagaimanapun, ia memegang sejumlah besar vitamin, mineral dan antioksidan.
100gm Remayung = 8000 IU Vitamin A atau 267% daripada keperluan harian yang disyorkan
Daun segar remayong hijau adalah sumber yang kaya dengan beberapa antioksidan pigmen karotenoid, penuh dengan kadungan penting seperti ß-karoten, lutein, zeaxanthin. Sebatian ini mampu bertindak sebagai pelindung terhadap radikal bebas dalam oksigen dan spesies oksigen reaktif (ROS) yang memainkan peranan penyembuhan dalam penuaan dan pelbagai proses penyakit.
Dalam 100 gm daun segar dapat menyediakan 8000 IU atau 267% daripada keperluan harian yang disyorkan oleh RDA. Selain dari itu remayong mempunyai lebih banyak kandungan vitamin C, vitamin B kompleks seperti folat, vitamin-B6 (pyridoxine), riboflavin dan zat besi yang mampu membantu tubuh manusia mengembangkan daya tahan terhadap agen-agen berjangkit dan membuang radikal bebas oksigen berbahaya.
KLIK Di Sini Untuk membeli Benih Bunga Rose
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.