Sebelum beli perabot, ada perkara penting kena tahu, barulah tak menyesal. Membeli perabot memanglah sesuatu yang menyukarkan. Kadangkala apabila berada di kedai perabot pasti anda menjadi rambang mata dengan pilihan-pilihan pelbagai reka bentuk perabot yang ditawarkan.
Oleh itu, bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam membeli perabot, anda boleh ikuti LIMA perkara ini.
1. SAIZ RUANG
Jumlah perabot dibeli dan dihias perlu berpadanan dengan saiz ruang. Bagi ruang sempit, pilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya sofa bed amat praktikal untuk kegunaan tetamu yang bertandang.
2. PENGGUNAAN RUANG
Pemilihan perabot haruslah sesuai dengan umur, saiz dan ketinggian penggunaan ruang. Bagi ruang yang dikongsi, keperluan setiap penggunaan harus dititik beratkan. Contohnya rak tinggi, berkaca serta perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk ruangan kanak-kanak.
3. PEMILIHAN WARNA
Perabot selalunya datang dengan variasi warna. Pilih warna perabot bukan sekadar mengikut faktor warna kegemaran, tetapi juga warna cat dan kemasan ruang, serta konsep perabot lain. Bagi ruangan kanak-kanak atau ruangan yang diguna lasak, pilih warna perabot yang tidak mudah dikotori.
4. KETAHANAN DAN JANGKA HAYAT
Ambil kira juga faktor ketahanan perabot tersebut terutamanya perabot seperti katil, sofa dan meja makan yang kerap digunakan. Begitu juga dengan rak yang menempatkan barangan berat seperti koleksi buku, pinggan mangkuk dan perhiasan kaca.
5. BAJET
Kenal pasti berapa anggaran perbelanjaan anda bagi setiap ruangan yang ada. Jangan pula terlebih berbelanja pada sesuatu ruang dan tidak cukup perbelanjaan untuk ruangan lain. ukur dan buat perbandingan harga barang dan ketahanannya. Biarlah alah membeli, menang memakai.
Wow siapa sangka, anak kepada Allahyarham Rohana Jalil, Kilafairy rupanya berbakat besar dalam rekaan dalaman. Menurut perkongsian beliau baru-baru ini di Instagramnya, Kilafairy berkongsi gambar rumahnya sebelum dan selepas direnovasi.
Jelas Kilafairy, dia membeli rumah ini 2 tahun lepas kerana azamnya adalah untuk memiliki rumah sendiri sebelum berusia 30 tahun. Namun, Kilafairy hanya sempat tinggal selama dua kali sahaja kerana dirinya mahu sentiasa dekat di sisi arwah bondanya.
Apatah lagi rumah bondanya menyimpan 1001 kenangan indah bersama. Lantas Kilafairy membuat membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut. Dan mujur rumahnya disewa dan dijaga rapi oleh penyewa.
Mentransformasikan kediaman dari konsep biasa-biasa ke konsep lebih moden dan kontemporari, di samping penggunaan warna lembut dengan cahaya natural dari luar, ternyata menyerlahkan sudut ruang tamu rumah berkenaan di samping susun atur perabot yang lebih mementingkan keselesaan untuk bergerak bebas.
Menariknya, Kilafairy turut berkongsi bagaimana dia menukar beberapa sudut di dalam bilik tidurnya, siap mempunyai walk-in wardrobe sendiri. Menerusi gambar sebelum dan selepas yang dikongsikan, Kilafairy turut berkongsi momen dirinya melakukan transformasi dan dekorasi biliknya sendiri.
Di ruangan komen, ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang memuji bakat terpendam yang dimiliki Kilafairy malah ramai yang mengakui tidak menyangka Kilafairy mampu untuk mengubah suai kediamannya tanpa mengupah pereka hiasan dalaman.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Proses renovasi dapur merupakan salah satu perkara yang paling merumitkan. Sama seperti tandas atau bilik air, ruang dapur memerlukan ketelitian pada kemasan sesuai dengan aktiviti. Sistem perpaipan sanitari jugaperlu dititikberatkan supaya tiada sebarang kesulitan yang boleh berlaku dimasa hadapan. Selain ituj konsep sesebuah dapur juga perlu seiring dengan fungsi dan penggunaannya agar lebih mudah untuk pemilik menyelenggara dapur kediaman.
Konsep rustik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Konsep ini mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan bahan semulajadi yang lebih sesuai dibiarkan raw dan tanpa kemasan. Kayu palet pula merupakan salah satu jenis kayu yang paling mudah dan murah anda boleh dapati. Jom tengok beberapa inspirasi dan idea untuk kabinet dapur menggunakan kayu palet.
Bila lapisan waterproof rosak atau bocor, banyak kerja dan kos perlu dilakukan. Masalah ini kebiasaanya berlaku di dalam bilik air dan bumbung rata dari konkrit seperti di kawasan pakir kereta. Cara baik pulih paling mudah dan murah adalah menggunakan epoxy flake.
ArlanZa SyaZreen tunjuk cara macam mana nak buat kemasan epoxy flake sendiri.
Untuk lantai :-
1) Flake epoxy rm250 boleh cover 20-25 kaki persegi
2) Berus RM5/pcs total 2pcs
3) Roller RM10/pcs total 2pcs
4) Masking Tape RM2/pcs total 4 pcs
5) Thinner RM10
Total RM298
1) Black epoxy RM45
2) White epoxy RM45
Total RM90
Total Lantai & Dinding RM388
Alat-alat yg digunakan :-
1) Pensil
2) Pita ukur
3) Pembaris
4) Pisau lipat
Cara-cara:-
1) Bersihkan permukaan lantai & bilik air2) Pastikan tutup lubang-lubang tiles yangg pecah dengan simen
3) Gosok permukaan tiles dengan kertas pasir
4) Lap dengan thinner
5) Pastikan permukaan bebas habuk/debu dan basah
6) Pastikan lantai dan dinding betul-betul kering
7) Guna masking tape untuk corak di lantai8) Gunakan Flake Epoxy yang terbahagi pada 2 part
Bahan A Primer, Bahan B Finising. Boleh rujuk youtube cara guna
9)Pastikan Flake epoxy betul-betul kering sebelum guna tandas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.