IMPIANA kongsikan 9 perkara yang perlu anda buat sebelum membeli tanaman di nurseri. Tip ini bakal membantu anda sedikit sebanyak sebelum bercadang membeli tanaman. Tidak semua orang arif tentang pokok kan. Ada juga yang 1st timer nak berjinak-jinak dalam gardening.
Jangan beli! Bunga yang sedang kembang
Fikir 2 kali sebelum membeli tumbuhan yang mempunyai bunganya yang sedang kembang mekar. Tidak pernah ditetapkan di dalam peraturan untuk mendapatkan sebuah laman yang cantik, anda perlu membeli tumbuhan yang mekar berbunga. Kerana kebanyakan tumbuhan yang bunganya bermusim dan kadangkalanya tumbuhan tersebut telah diberi baja bunga dan ada kalanya bahagian yang berbunga akan cepat layu selepas proses penanaman. Oleh itu digalakkan untuk anda memastikan tumbuhan anda stabil terlebih dahulu untuk mendapatkan bunga yang mekar dan cantik.
Tidak memeriksa dengan betul
kadangkala kita lupa untuk memeriksa dengan teliti tumbuhan yang telah dipilih. Perhatikan betul-betul pada bahagian daun dan pada bahagian dasar tanah tumbuhan tersebut. Kadangkala tanpa kita sedari, terdapat tumbuhan asing atau tumbuhan menumpang. Apa yang paling menggerunkan ialah, terdapat serangga atau siput di celah-celah daun yang merimbun. Perkara ini amat berbahaya kerana ia akan memberi kesan terhadap tumbuhan yang lain di laman kita nanti
Saiz bukan penentu segala-galanya
Tumbuhan yang bersaiz besar tidak bermakna tumbuhan itu bagus. Tumbuhan yang besar akan menyebabkan kos yang tinggi. Kenal pasti saiz pasu yang akan di gunakan atau size ruang yang mencukupi untuk tanaman tersebut. Untuk pemeriksaan yang betul, letakkan jari anda sedalam 1 inci dari dasar tanaman.
Terlalu berjimat
Perkara ini sering berlaku apabila pekebun membeli tumbuhan dengan jumlah yang sedikit atau tidak pelbagai. Kesannya akan mengakibatkan laman anda memberi impak yang tidak cukup dan tidak menarik. Sila buat penilaian yang secukupnya sebelum membeli dan membuat keputusan yang betul. Tidak menjadi masalah sekiranya anda dapat membeli lebih tanaman daripada jenis yang sama atau mempelbagaikan jenis tanaman yang akan dibeli.
Tidak memeriksa akar
Sila pastikan akar pokok terjalin rapi dan tidak terkeluar dari bekas semaian dan tidak terdapat akar yang berserabut terkeluar di bahagian lubang bawah bekas semaian atau pasu. Perkara ini boleh menyebabkan tanaman tersebut akan kehilangan nutrien. Di samping itu juga, sila pastikan tumbuhan yang telah anda pilih mempunyai akar yang matang.
Terlupa membawa senarai membeli belah
Sama seperti senarai membeli barangan dapur. Jika anda tidak membawa senarai barang untuk membeli, pasti ada barang yang anda akan lupa untuk beli atau terbeli barang yang tidak sepatutnya. Apabila sampai di rumah, pasti tumbuhan dan barangan yang telah anda beli tidak dapat memberikan reka bentuk laman yang anda inginkan.
Kenal pasti sifat fizikal tumbuhan yang akan dibeli
Minta nasihat pakar atau buat kajian terperinci sebelum anda memilih tumbuh-tumbuhan yang bakal anda pilih untuk dibeli terutamanya dari segi fizikalnya. Perkara ini dapat membantu anda untuk merangka kadar kepadatan dan kadar tumbesaran tumbuhan yang bakal ditanam di laman anda. Kerana ada di antara tumbuhan mempunyai ciri fizikal yang akan berubah dengan ketara apabila sampai waktu matangnya seperti tumbuhan renek boleh juga menjadi pokok kecil.
Jangan buang resit belian.
Simpan segala resit yang telah anda beli walaupun ia hanyalah resit membeli medium tanah. Sebahagian nurseri memberi jaminan terutamanya barangan landskap kejur. Ia amat berbaloi untuk kebaikan laman anda kerana ada kalanya ada pokok yang bermasalah atau perabot taman yang rosak dan anda boleh pulangkannya semula ke tempat yang telah anda beli.
Membeli tumbuhan pada pagi hari
Sudah berapa kali anda telah membeli tumbuhan dan bahan-bahan untuk menghiasi laman anda? Apabila sampai ke rumah, anda merancang untuk menanamnya kemudian di sebabkan kesuntukan masa sebab dah petang. Namun, hari demi hari anda tidak mempunyai masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti tersebut. Lama-kelamaan tumbuhan tersebut kekeringan dan mati. Oleh sebab itu, di galakkan anda untuk merancang waktu untuk ke nurseri dan tapak semaian di waktu pagi supaya anda mempunyai masa untuk menanam dan menghias laman anda diwaktu petang.