Adakah anda bercadang untuk membeli rumah pada tahun 2020?
Dalam era pembangunan ini, masing-masing berebut untuk membeli rumah sendiri. Terdapat juga lambakan unit kediaman untuk dijual di pasaran dan pelbagai pakej ditawarkan oleh pihak pemaju.

Tetapi sebagai pengguna yang bijak, anda tidak seharusnya senang terpengaruh dan pastikan dahulu latar belakang dan kredibiliti pemaju. Jangan mudah teruja dengan pendingin hawa atau kabinet dapur percuma yang kos nya tidak lebih RM10 ribu pun. Sebenarnya, lebih menguntungkan jika diskaun diberi.

Selain itu, terdapat beberapa faktor lagi yang boleh mempengaruhi keputusan membeli anda. Seperti dalam perkongsian pakar hartanah Dr Azizul Azli Ahmad, ini senarai semak yang perlu anda ikuti jika tidak mahu menyesal dikemudian hari.

Sebelum Beli Rumah, Semak Dulu Tip 2020 Dari Pakar Hartanah Ini

TIPS BELI RUMAH 2020

1. Jangan Tergesa Gesa Membeli

IKLAN

Jangan buat keputusan beli rumah dalam masa sehari. Beri tempoh bertenang antara 5-7 hari baru bayar booking. Kita cenderung buat keputusan salah bila terburu buru.

2. Hadiah Percuma!

Dapat aircond, kabinet dapur, SnP dan lawyer fees percuma itu dah biasa. Belajar negosasi minta pemaju kurangkan harga. Pasaran lebihan hartanah starta makin buruk, mintak diskaun 20-25% lebih baik dari hadiah percuma.

3. Pasaran Kondominium

IKLAN

Lebihan kediaman strata membimbangkan semua, semak kembali jika nak beli kondominium tahun ini. Ada hartanah landed yang dah turun harga dan hampir sama. Kini harga kondominium tak seimbang lagi.

Semak, semak dan semak kawasan sekitarnya.

4. Kos Tambahan Hartanah Strata

Bagi pangsapuri dan kondo ada kos tambahan seperti yuran selengara dan insuran. Ada setengah tempat kos selengara hingga RM0.45 sekaki persegi. Jika keluasan lantai 900kps. Kita perlu bayar selenggara RM405 setiap bulannnnn!.

IKLAN

5. Jarak Tak Lebih Sejam

Rumah yang sihat adalah tidak lebih sejam perjalanan ke tempat kerja. Semakin jauh semakin besar kos bulanan kita sebenarnya. Cari beberapa pilihan mengunakan Google map untuk ketempat kerja kita dari arah berbeza.

Jangan terburu, tahun ini dijangka lebihan hartanah cecah lebih 40,000 .

Beli yang mampu bukan yang kita suka.

Azizul Azli Ahmad
Pelabur Kecil Hartanah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI