Sebelum tinggalkan rumah pulang kampung untuk cuti raya seeloknya letak duit syiling dalam freezer, tak kiralah berapa sen pun.

Tiada kaitan dengan amalan mistik ia sebaliknya adalah untuk keselamatan apabila berlaku ganguan bekalan elektrik di rumah terutama dalam jangka masa yang lama. Dan ada penjelasan yang amat logik mengapa kita perlu lakukannya.

Ada kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik

Bila kita tinggalkan rumah dalam tempoh lama untuk pergi bercuti, balik kampung dan sebagainya ada kemungkinan ketika itu berlaku gangguan bekalan elektrik. Perkara ini takkan kita tahu.

Kalau gangguan hanya dua atau tiga jam ia mungkin tak memberi kesan. Ia juga tidak datangkan masalah pada alatan seperti lampu, tv, kipas dan sebagainya kerana biasanya kita akan memadamkannya.

Ads

Tapi ia akan memberi kesan kepada makanan yang ada dalam freezer seperti ayam, ikan, daging, lauk pauk dan makanan sejuk beku yang kita simpan.

Lebih-lebih lagi kalau gangguan bekalan elektrik itu berlaku dalam tempoh yang lama mungkin setengah atau satu hari. Makanan dalam freezer ini bila sudah cair dan terdedah lama sudah tentu tidak elok untuk kita makan.

 

Ads

Duit syiling tentukan berapa lama elektrik terpadam

Macam mana kita nak tahu dan nak elak dari makan makanan yang sudah rosak ini?

Inilah gunanya letak duit syiling dalam freezer. Ia akan memberitahu kita berapa lama peti sejuk terpadam.

Caranya:

Sebelum Tinggalkan Rumah Untuk Tempoh Lama Cuti Raya, Letak Duit Syiling Dalam Freezer. Ini Sebabnya

Ads

 

  1. Masukkan 3/4 air ke dalam gelas atau bekas lutsinar. Kemudian masukkan ke dalam freezer, biar ia beku.
  2. Selepas beku, letak duit syiling di atas bekas ini.
  3. Setiap kali balik rumah lepas cuti panjang, periksa syiling dalam gelas itu.Jika syiling masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
  4. Tapi kalau syiling tu di lantai gelas, bermakna ais tu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama. Jadi jangan makan makanan dalam frezeer untuk elak keracunan makanan.

Sumber: Rizzal Abdullah

Baca Lagi: Kotak Fius Pastikan Ia Berfungsi, Kena Uji Begini Sebulan Sekali

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI