Sebuah kediaman suami isteri yang berkeluasan 900 kaki persegi diberi nama ‘Kotak Teduh’ jadi tarikan

Share

Kediaman kompak pastinya sudah menjadi kegilaan rakyat di luar negara. Banyak kelebihan sebalik rumah yang kecik dan comel ini jika anda ingin tahu. IMPIANA tertarik dengan kediaman yang dikongsikan di dalam media sosial Siapa Apit ini. Pasangan suami isteri ini berkongsi idea tentang rumah comel mereka yang bersaiz 900 kaki persegi.

“Idea dan design oleh saya dan isteri sendiri dan kami juga banyak buat reference Tiny House kat internet juga. Kos lebih kurang RM120k++ termasuk (exterior + interior + furniture + tanah). Untuk ruang tamu, bilik dan ruang kerja kami gunakan kontena. Untuk dapur dan bilik air kami gunakan konkrit + bata merah. Ruang dalam dinding kontena masih mengekalkan karakter kontena yang berlekuk-lekuk. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh la cover

dinding tu. Untuk reduce heat kami just guna ventilation fan (murah) dan aircond (on bila perlu sahaja).

Kami menetap sudah lebih kurang 3 tahun. So far tiada lagi isu besar terlalu panas. Macam kita stay rumah biasa je. Jarang kami on air cond. Banyak guna kipas dan buka tingkap je. Kemungkinan isu utama adalah heat + humidity. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh upgrade ventilation method tu contoh letak insulator dan sebagainya. Selain tu saya dan isteri banyak tanam pokok tak nak nampak rumah keras selain nak rasa lebih nyaman. Dalam rumah juga letak pokok-pokok. Bahagian belakang rumah ada “hutan kecil” yang wife buat untuk tanam pokok-pokok.

Rumah ni ada 3 ruang santai lepak-lepak. Dua dekat atas satu dekat bawah. Ruang kerja dekat bahagian atas memandangkan isteri kerja sendiri, maka atas tu kira macam office dia la. Untuk pagar just guna wire mesh untuk bahagian depan. Bahagian belakang saya guna metal deck roof jadikan pagar. Macam kat construction site tu. Idea ni dapat waktu stay kat Aussie. Kebanyakan pagar rumah kat bahagian belakang ditutup dengan metal deck.

Untuk grill sliding door bawah, saya reuse pagar gunting yang dah rosak dapat kat kedai secondhand. Owner just bagi free sebab dah berkarat dan memang tak function dah. Just improvise guna sikit kreativiti. Alhamdulillah, so far rumah dah 90% siap. Tinggal ada beberapa bahagian je lagi nak upgrade. Kumpul duit sikit-sikit. Baru buat. Jadi prosesnya lambat, sebab tak buat loan rumah. Just guna duit simpanan yang kumpul bertahun-tahun. Semoga dapat memberi sedikit info tentang rumah kontena ni.

Untuk pengetahuan semua, rumah ni diberi nama “Kotak Teduh”. Berkonsepkan model minimalis. ” Less is more.”

Jalan cerita sebalik rumah yang diberi nama ‘Kotak Teduh’ ini cukup memberi inspirasi untuk anda di luar sana yang baru ingin memula kan hidup. Inilah yang dikatakan semua orang boleh memiliki rumah idaman.
“Ukur baju dibadan sendiri”. Pasangan ini cukup memberi insipirasi kepada semua pasangan muda di luar sana dalam bagaimana cara bijak untuk berbelanja dan mmemiliki hartanah.

Published by
Impiana