Sedap mata memandang dan cantik dekorasi rumah yang dihias sendiri oleh Dya Zakira dan suami. Cukup minimalis, kemas dan teratur susun atur perabut dan sesuai dengan keluasan rumah. Begitu juga dengan pemilihan warna dan aksesori kediaman.
“Alhamdulillah 2024 genap setahun kami huni #rumahkecilku #syurgaku Main deco-deco bersama suami ,suka tengok dalam FB rumah deco cantik-cantik untuk cari idea dekorasi ,jadi tercipta lah deco minimalis rumah kami,”ujar Dya Zakira.
Menariknya, segala dekorasi rumah adalah idea bersama suami isteri, tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman. Namun, pemilik menjadikan dekorasi Pereka Hiasan Dalaman terkenal, Anis Syuhada sebagai sumber inspirasi dan idea mereka suami isteri dalam menghias rumah.
Barang-barang dekorasi dan aksesori rumah pula kebanyakkan dibeli dari Shoppe, IKEA dan SSF.
Dalam menyusun atur dekorasi rumah, pemilik berpendapat jika memiliki keluasan yang kecil, mengurangkan barang-barang yang tidak perlu dan mempunyai kabinet untuk meletak barang-barang kecil seperti kuali, periuk dan sebagainya membuatkan perkakasan dan barangan nampak lebih rapi tersusun.
Pemilik juga mempunyai alasan tersendiri dalam mengekalkan kemasan jubin pada lantai dan memasang SPC pada ruang tertentu di rumah.
“Saya beli rumah ni, ruang tamu luar tiles dah cantik. Itu yang saya pasang SPC di dapur, tangga, bilik tetamu dan bilik anak sahaja. Bagi pendapat saya kalau buat full rumah guna SPC, ruang rumah nampak sedikit sempit berbanding pasang tiles. Mungkin sebab effect kilat tiles,”
ujarnya.Mesti Baca:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Baca Lagi Di Sini:Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Artikel Menarik:Gaya Minimalist Scandinavian Jadi Pilihan Pemilik Pangsapuri Saiz Kecil 750Kps
IMPIANA: Memang cantik dan kemas dekorasi rumah berkonsep minimalis ini. Walaupun hanya cetusan idea sendiri, suami isteri dan bukan profesional, namun hasilnya tak kurang hebatnya. Semoga menjadi inspirasi buat penggemar konsep sebegini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.