Sedar Tak Sedar, Macam-Macam Jenis Tangga Ada Dekat Malaysia Ni.

Share

Di rumah banglo ataupun rumah yang mempunyai 2 tingkat atau lebih, semestinya ada tangga. Tanpa tangga, rumah tersebut tidak akan menjadi rumah yang bertingkat dan hanya jadi rumah teres yang biasa. Tapi, tahukah anda, tangga-tangga ini semua, mempunyai jenisnya yang lain. Mahu tahu? Mari sini saya memberitahu anda tentang jenis tangga supaya anda boleh menambahkan lagi pengetahuan tentang tangga.

Tangga Lurus

Tangga lurus ini adalah tangga yang merupakan designnya hanyalah lurus dan terus terhubung dengan tingkat seterusnya. Tangga ini lurus ini dibuat bersama pelantar yang dapat memberi keselesaan kepada kaki. Kalau anda nak tahu, tangga ini lah yang selalu digunakan di setiap rumah kerana kosnya sangat rendah.

Tangga Suku Pusingan

Tangga ini mempunyai dua deretan anak tangga yang akan kita pijak sebelum tiba di tingkat seterusnya dengan pelantar yang pusingannya sebanyak 90 darjah di pertengahan tangga ini. Tangga ini sesuai digunakan sebagai pilihan selepas tangga lurus kerana ia sesuai untuk ruangan dalaman rumah yang terhad.

Tangga Separuh Pusingan

Tangga ini pula ia sama sahaja seperti tangga suku pusingan tadi, cuma pusingannya lebih daripada suku pusingan iaitu 180 darjah sebelum tiba di tingkat berikutnya dan kedua-dua deretan anak tangganya adalah selari.

Tangga Geometri

Geometri atau Elips, adalah nama bagi tangga ini. Tangga ini mempuyai reka bentuk yang menarik kerana keistimewaannya meliputi deretan anak tangga yang berterusan dengan disusun mengelingi tupang tengah yang menjadikan satu tangga keliling. Tangga seperti ini, orang kaya selalu ada kerana tangga seperti itu hanya ada di rumah banglo sahaja.

Kesimpulannya, bermacam-macam tangga ada di dunia ini dan cuma kita sahaja perlu memeilih dengan cermat dan teliliti.

Sumber: Pelan Banglo (http://pelanbanglo.com/index.php/tips-info/424-tip-28-jom-ketahui-jenis-jenis-tangga-yang-sesuai-dengan-kediaman-anda)

Published by
Yasin