Pelakon Azhar Sulaiman,53 atau juga lebih mesra membahasakan diri ‘Behar’ baru-baru ini berkongsi antara aktiviti malamnya di bulan Ramadan. Dalam perkongsian di media sosial, jelas pengacara yang juga seorang arkitek ini, sejak 1 Ramadan dirinya tak boleh tidur malam dan memenuhi waktu malam tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mencuci karpet di rumah.
“Sejak 1Ramadan Behar takleh tido malam. I think i dah terkena Amnesia – Terlupa untuk tido malam!” katanya.
Kreatif Jemur Karpet Guna Rangka Laundry Bag
Dalam video ringkas yang dikongsikan, pelakon yang dikenali suka bertukang serta melakukan aktiviti DIY ini juga turut berkongsi tip cara dia mencuci dan menjemur karpet di laman rumah.
Menariknya Behar cukup kreatif menggunakan rangka laundry bag IKEA dan rod panjang untuk dijadikan tempat menjemur karpet yang telah dicuci nanti.
Ads
Bukan itu sahaja, ayah kepada Kasih Iris Leona, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin ini turut merancang untuk memperbaiki semula rumah kucingnya yang rosak terbiar sebelum ini. Behar merancang untuk mengecat, meletak lampu raya sebelum diletakkan di laman rumah menjelang raya nanti.
Ads
Memang rajin sungguh dan cukup kreatif pelakon Azhar Sulaiman ni. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Foto: Twitter DASH Expressway Official
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kayu Katil Pelapik Tilam Daripada Terbuang, Kreatif Dijadikan Meja Jepun! Barang yang dah rosak atau patah di rumah tu jangan dibuang begitu sahaja, dengan olahan idea kreatif boleh digunakan dan berfungsi dengan cara lain pula.
Memang kreatif idea yang dikongsikan oleh Puan Nur Erieini. Siapa sangka kayu katil pelapik tilam boleh dijadikan meja bersaiz rendah stail meja jepun yang berfungsi sebagai meja tambahan ketika majlis makan-makan di rumah. Malah, kaki meja pula boleh dilipat, boleh di gantung pada dinding untuk dijadikan dekorasi sekaligus dapat menjimatkan ruang pada kediaman.
Berikut perkongsian tersebut;
Saje la nk share hasil kerja bertukang makcik. Ceritanya begini.
Kayu-kayu katil (pelapik tilam) tu patah dalam 1, 2 batang, namun setengahnya masih elok. Jadi daripada terbuang, kayu-kayu yang elok tu makcik jadikan meja ( meja jepun la konon)😅.
Hehe dah siap pun meja jepun, kaki meja tu boleh dilipat. Sebenar nye meja ni tak de fungsi sangat pun kalau takde acara makan-makan. Jadi kita gantung jer la kat dinding ni, sebagai dekorasi.
Semoga memberi manfaat.. Hidup sekerang keras anak-anak, jangan mmbazir✌️.
IMPIANA: Memang kreatif! daripada terbuang atau terbiar begitu sahaja, boleh juga berfungsi dengan cara lain. Boleh dijadikan inspirasi jika ada kayu katil pelapik tilam di rumah.
Bilik Berpantang UYAINA ARSHAD Serba Lengkap, Sederhana & Selesa! Baru-baru ini, Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengumumkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada pukul 10 pagi.
Pemilik nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad ,31 ini juga ada berkongsi dekorasi dan persediaan bilik berpantang di rumahnya. Meskipun tak mewah namun serba lengkap untuk keselesaan dirinya sewaktu menjalani proses pemulihan selepas bersalin.
Keselesaan Bilik Berpantang Jadi Keutamaan
Bagi Uyaina, ramai mak ayah memilih untuk fokus membuat bilik bayi namun bagi dirinya menyediakan bilik berpantang yang selesa ketika dalam proses pemulihan selepas bersalin juga sama penting.
“While most people would focus on setting up the nursery for the baby, I feel like it’s equally important to have a convenient & conducive place during confinement for the mother,” jelas Uyaina.
Bilik Berpantang Disediakan Suami
Uyaina menjelaskan dirinya memilih untuk berpantang secara tradisional di rumah sendiri. Malah sangat gembira apabila bilik berpantang tersebut disediakan oleh suami tersayang, Raja Syahiran.
So here I wanna share with you my Pantang Nest. Tak besar, tak mewah, but sederhana & selesa.
Honestly.. I suka berpantang cara tradisional & berpantang di rumah. So when Syahiran set up this room for me to berpantang, I happy sangat-sangat, “ujar Uyaina.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, bilik berkeluasan saiz sederhana rona ‘off white’ ini terletak di tingkat atas kediaman. Mempunyai bilik air sendiri, ruang untuk berurut dan berdiang, ruang bacaan, televisyen, ‘Nursing Chair’, Pull-Out Bed, Peti Sejuk Mini & Sterilizer.
Malah turut dilengkapi dengan penghawa dingin selain pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi menerusi bukaan tingkap di ruang bilik.Memang cukup selesa buat ibu yang lepas bersalin.
Bukan itu sahaja, bilik berpantang Uyaina ini juga dilengkapi dengan baby cot, portable baby bed & baby rocker untuk kegunaan bayi.
For the baby, we do have baby cot, portable baby bed & baby rocker, cuma tak ada dalam video ni je.Tu kena video lain kot?Hehe.
Terdahulu, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan pasangan ini memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.
IMPIANA: Setuju dengan Uyaina, bukan sahaja perlu sediakan bilik bayi, bilik berpantang juga perlu selesa buat ibu selepas bersalin. Semoga menjadi inspirasi dalam dekorasi bilik buat ibu-ibu lain yang bakal bersalin.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.