Percutian yang dekat dengan alam semula jadi di Sekeping Serendah Retreat Homestay. Sudah tentu ia merupakan destinasi paling ideal buat anda yang sukakan cabaran di dalam hutan serta merasai sebuah kehidupan paling asas di tengah belantara.
Terletak di Rawang yang tidak begitu jauh dengan ibu kota Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar utama lainnya di negeri Selangor, pencarian ke destinasi percutian ini tidaklah sukar kerana ia mudah diakses menerusi kemudahan satelit pada telefon pintar mahupun alat navigasi lainnya.
JAJAHAN MALAR HIJAU SEGARKAN PANDANGAN
Tidak dinafikan suasana resort Sekeping Serendah yang rimbun dilitupi dengan tumbuhan malar hijau menyumbang pada suhu dingin dan nyaman di sekitarnya. Kawasan jajahan hutan tropika ini menjadikan keadaan sekelilingnya lebih teduh serta lembap. Meskipun sesi penggambaran dijalankan pada waktu tengah hari yang terik namun oleh kerana faktor persekitarannya mempunyai pohon-pohon tinggi dan menutup lelangit, ia telah membantu sesi penggambaran berjalan dengan baik sekali. Amat jelas dan nyata, keadaan resort ini sekali gus membangkitkan aura relax dan fresh kepada penulis. Tambahan lagi, ia jauh dari hiruk pikuk kota membuatkan penulis terbuai dan terpesona dengan keasyikan semula jadi ciptaan Tuhan.
JAJAHAN MALAR HIJAU HIDANGKAN PENGALAMAN KEHIDUPAN PALING ASAS DI TENGAH HUTAN BELANTARA
Penulis memanjangkan langkah melalui jalan susur ke bahagian dalam resort untuk melihat dengan lebih terperinci. Dihiasi dengan teknik Rockin Landscape yang menggunakan river rocks untuk mencipta suasana realistic dan lebih alami, ianya juga merupakan salah satu strategi untuk mengawal lebihan air hujan. Manakala penggunaan common gravel berfungsi sebagai utilitarian purpose dijadikan sebagai pebble wash untuk pejalan kaki dan kenderaan. Di samping itu, teknik hiasan batu common gravel turut memainkan peranan penting dalam sistem saliran dan menjadi asas yang kukuh untuk struktur landskap. Menterjemahkan unsur-unsur sebatian alam, kaedah Rockin Landscape telah menyeimbangkan kesan dekor landskap agar tampak harmoni dan pragmatis.
FASILITI LENGKAP DITENGAH HUTAN
Menyediakan pegunjung dengan beberapa pilihan rumah penginapan seperti glass shed, glass box, mud shed, timber shed, dan warehouse yang keseluruhannya berjumlah 10 buah rumah penginapan. Setiap reka bentuk penginapan di sini melambangkan keunikan serta mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Menjengah masuk ke ruang kamar penginapan, penataan yang diterapkan dalam setiap sudut bilik cukup ringkas dan bersahaja. Resort ini mahu mendedahkan pengunjung dengan konsep kamar forest living environment. Menjenguk pada ruang kamar mandi, ia memberikan impak wow faktor kerana konsep kamar mandi tidak berbumbung ini cukup mengagumkan. Bayangkan, anda boleh mandi ditemani bintang dan bulan yang pastinya memberikan anda pengalaman ‘rare’!
Pun begitu, pengurusan resort turut mementingkan keselesaan dan keselamatan pengunjung dengan menyediakan bilik penginapan yang mempunyai katil queen size berserta mosquito nets dan kipas siling. Tidak mengehadkan keperluan dan kelengkapan harian pengunjung, resort Sekeping Serendah turut menyediakan hob dapur, cerek, ketuhar, pembakar roti, kelengkapan BBQ, kutleri, peti sejuk, singki, dan outdoor coffee table bagi memudahkan anda dan keluarga memasak. Penulis juga dimaklumkan oleh pihak pengurusan, mereka turut menyediakan khidmat tempahan makanan dan menghantar terus ke bilik penginapan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI