Sekian Lama Menyewa Fokus Majukan Bines, HAFIZ MAHAMAD Akhirnya Pindah Rumah Sendiri. Syawal tahun ini pastinya menjadi lebih istimewa buat pempengaruh media sosial Hafiz Mahamad,31 serta keluarga kecilnya apabila berjaya memiliki kediaman sendiri dan telah selamat berpindah ke rumah baru mereka semalam.
Hidup Sederhana Tingga Rumah Sewa
Hafiz berkongsi khabar gembira tersebut menerusi perkongsian posting terbaru di Instagramnya. Menurut Hafiz, semenjak berkahwin dia dan keluarga hidup secara sederhana dan hanya tinggal di rumah sewa. Rumah pertama yang baru dibeli juga diletakkan atas nama isterinya, Aina.
“Happy sangat bila tengok anak anak semalam masuk rumah. Rasa rindu juga dekat rumah sewa kami sebelum ni, banyak kenangan dekat situ.”
“Saya happy bila Aina terima je kita hidup sederhana & duduk menyewa selama ni. Dia tak pernah nak demand macam macam & itu yang buat saya sebagai suami happy.”
“Rumah baru ni pun, memang milik isteri sepenuhnya. Saje buat camtu, biar ada rasa sedar diri yang saya menumpang rezeki isteri selama ni,” ujarnya.
Fokus Majukan Bisnes
Hafiz juga menjelaskan dia dan keluarga tinggal di rumah sewa selama ini demi menyediakan tempat selesa untuk team mereka bekerja dan fokus untuk memajukan bisnes terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk membeli dan tinggal di rumah sendiri.
“Ramai yang tanya saya & Aina sebelum ni. Kenapa menyewa selama ni, sedangkan business bagus ?”
Ads
“Alhamdulilah, selama ni saya & Aina fokus bangunkan @ainaabeautyofficial dulu. Tak sangka Allah datangkan team yang baik baik dalam hidup kami dan dari sini ada satu perasaan yang susah nak diceritakan.”
“Saya dan Aina malu jika kami berlebih-lebih terlalu jauh dari mereka. Kami beli rumah ni pun selepas dah sediakan tempat selesa untuk team bekerja. Team Agent Stokis Ainaa pun dah ramai yang ada rumah sendiri.
“Saya ada mohon izin isteri, kalau nak beli rumah. Biarlah nilai komitment rumah tu kalau team dengar, nilai tu team mampu bayar/beli. Taknak dengar reaction, weh mahalnyaa.
“Alhamdulilah, rumah baru ni dah cukup selesa sangat untuk keluarga kecil kami. Taklah besar dan tak lah kecil. Mohon banyak kasih sayang & kenangan yang terbina disini, jelasnya.
Rumah Konsep ‘Muji Aesthetic’
Hafiz membeli rumah jenis teres bertingkat lot tepi. Interior hiasan dalaman cukup cantik, nampak simple namun elegan dengan berkonsepkan ‘Muji Aesthetic’. Beberapa sudut dekorasi rumah juga dikongsikan seperti ruang tamu, bilik kerja, bilik tidur, dapur, landskap laman rumah,mini kafe, ruang patio dan sebagainya. Rona lembut dan cerah seperti, off white, beige dan coklat mendominasi tema kediaman ini, sekaligus bertepatan dengan konsep yang dipilih.
Ads
Ads
IMPIANA: Tahniah buat Hafiz sekeluarga, yang berpindah ke rumah baru. Cantik sungguh hiasan dalam dan keseluruhan dekorasi rumah berkonsep ‘Muji Aesthetic’ ini. Semoga mencipta lebih banyak kasih sayang dan kenangan indah bersama keluarga di kediaman baru ini.
Idea counter island di dapur tidak kira lah besar atau pun kecil saiznya memberi kemudahan dan menjadi ruang kerja tambahan. Namun, kebiasaanya counter island dibina kekal. Kelak, jika ada kegunaan lain ruang tersebut atau ada ubahsuai dilakukan, counter island yang dibina kekal terpaksa dirobohkan. Tambahan, counter island kekal membataskan penggunaan ruang dapur.
Sebagai pilihan, apa kata kita bina counter island mudah alih. Bukan sekadar lebih cantik dan menarik, alah memudahkan anda ubah suai dekorasi ruang dapur terutamanya bagi yang bersaiz kompak. Berikut beberapa idea counter island mudah alih:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Situasi anak kencing malam mungkin boleh diatasi dengan menggunakan lapisan pelindung tilam tetapi secara jujurnya, pasti ada hari yang kita terlepas pandang dan tumpas juga akhirnya. Jadi untuk pastikan tempat tidur sentiasa bersih dan tidak berbau hancing, boleh gunakan beberapa bahan ini
Tips mudah untuk hilangkan kesan dan bau hancing pada tilam
Sabun pencuci baju
Cara yang paling mudah adalah menggunakan sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing itu. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Pastikan anda tekan tuala kering itu dengan kuat bagi memastikan ia dapat menyerap lebih banyak lembapan. Jika perlu, gosokkan sedikit tuala itu untuk tujuan mengelap bahagian yang terkena air kencing.
Tips: Untuk kesan yang terbaik, gunakan sabun pencuci baju berasaskan enzim kerana ia akan menguraikan asik urik yang menjadi punca kesan kotoran dan bau hancing pada tilam anda.
Cuka
Cuka yang biasa digunakan di dapur? Biar betul? Ya, anda boleh cuba saja cuka untuk menghilangkan kesan dan bau hancing yang terdapat pada tilam anda. Kadangkala, sabun tak cukup kuat untuk hilangkan bau hancing akibat daripada bau hancing yang terlalu kuat. Jadi, cuka adalah pilihan lain kerana ia mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, dan bakteria.
Tips: Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan cuka putih (white distilled vinegar) dan campurkannya dengan air suam. Goncangkan dan tekapkan cuka ini pada kain kemudian kesatkan pada tompokan air kencing itu selama 10-15 minit.
Soda penaik
Soda penaik boleh digunakan selepas anda mencuci tilam anda dengan sabun atau cuka. Taburkan soda penaik atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut, tutup kawasan tompokan kencing itu dengan plastik atau balutkannya dan biarkan ia semalaman. Pada keesokkan harinya, buang plastik itu dan vakum untuk membersihkannya.
Tips: Lebih banyak anda gunakan soda penaik lebih baik kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal.
Hidrogen peroksida
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu kegunaan hidrogen peroksida atau mungkin anda tak pernah dengar pun tentangnya. Sebenarnya ia adalah salah satu formula bagi menghilangkan kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing. Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
8oz hidrogen peroksida
3 sudu besar soda penaik
Setitik sabun pencuci
Campurkan hingga soda penaik itu larut dan masukkan ke dalam botol spray yang kosong. Semburkan ia ditompokan air kencing, gosokkan sedikit dan biarkan ia mengering. Jika sudah kering sepenuhnya, bersihkan sisa habuk atau kesan soda penaik yang tertinggal. Selepas itu, lihatlah hasilnya!
Tips: Antara campuran bahan lain yang anda boleh gunakan jika anda tidak mempunyai bahan di atas ialah campuran antara hidrogen peroksida, cuka, dan air suam. Hasilnya adalah sama seperti bahan sebelumnya.
Semburan penyegar
Semburan penyegar boleh digunakan selepas cucian dilakukan. Ia boleh menambahkan bauan segar pada tilam anda yang pasti akan membuat anda tidur dengan lena. Caranya, anda boleh titiskan minyak aromaterapi dan campurkan ia dengan soda penaik. Sembur pada tilam atau kawasan tompokan air kencing dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, vakumkan hingga bersih.
Tips: Langkah ini juga berkesan dan boleh dilakukan untuk membuang bau hapak serta menyegarkan tilam anda, walaupun tilam anda tidak terkena air kencing.
SELAMAT MENCUBA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rona yang sering dikaitkan dengan inspirasi cinta sudah pasti warna merah menjadi pilihan. Namun begitu, rona merah tidak boleh berdiri dengan sendiri nya tanpa sokongan warna lain terutamanya dalam menghasilkan sesuatu dekorasi yang indah.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Quara.com, penggunaan rona merah sahaja tidak dapat menzahirkan ilham cinta. Maka sebagai pilihan padanan yang tepat, Quara.com telah memilih rona hijau untuk mengharmonikan lagi sensasi rona cinta.
MERAH
Mengikut sejarah, rona merah melambangkan kegairahan, percintaa, dan tenaga seksual. Padanan merah dan hijau dapat menzahirkan cetusan atau cita rasa yang lebih mewah. Tambahan, rona hijau mempunyai maksudnya yang tersendiri. Seperti penggunaan pemerah pipi, lipstik atau gaun mnerah,Ia menjadikan si pemakai lebih menonjol dan sentiasa menajdi perhatian. Sebab itu, ros merah diberikan sebagai tanda cinta
HIJAU
Hijau merupakan warna penyembuhan, alam semula jadi, keseimbangan dan kesihatan. Apabila menyebut atau menyentuh menganai semangat melindungi alam semula jadi, ia menjadi fokus seluruh dunia. Sebab itu Rona hijau adalah warna cinta yang digunakan secara global.
Oleh itu, untuk menghasilkan aura cinta yang kuat atau tinggi melalui gabangun dua warna ini, pemilihan rona terang amat di galakkan. Gabnguna ke dua-dua rona ini dapat membangkit gaya kemewahan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.