Dekorasi

Selain Ikut Arah Kiblat, 5 Susun Atur Kediaman Disarankan Dalam Islam

Share

Sememangnya tiada dalil atau hadith yang menyatakan arah mana sesebuah rumah harus didirikan, tapi sebagai orang muslim, kediaman kita haruslah bersesuaian dengan ajaran Islam.

Jadi pertimbangkan 6 kriteria ini sebelum memulakan proses pembinaan atau pembelian, posisi dan orientasi setiap ruang agar anda tidak menyesal dikemudian hari.

  1. KEDUDUKAN RUMAH


Sememangnya tiada dalil atau hadith yang menyatakan arah mana sesebuah rumah harus didirikan tetapi sebagai seorang muslim, kediaman kita haruslah dapat memenuhi setiap keperluan penghuninya yang beragama Islam. Ini termasuklah keperluan melakukan ibadat solat fardhu mahupun solat sunat jadi sebaiknya rumah diletakkan pada posisi yang mengadap kiblat. Hal ini bertujuan untuk memudahkan penghuni dan tetamu beribadah tanpa perlu berasa ragu-ragu atau tercari-cari arah kiblat yang betul.

Selain arah kiblat, sebuah rumah yang memenuhi ciri islamik ialah rumah yang mengadap cahaya matahari dan arah mata angin. Selain mendapat pencahayaan semulajadi dan melancarkan peredaran udara kedalam rumah, hal ini juga dapat membantu menjimatkan tenaga dengan penggunaan yang lebih efisyen.

2. KEDUDUKAN BILIK TIDUR


Kamar tidur merupakan ruang privasi buat individu dan juga merupakan salah satu tempat yang penting di dalam sesebuah kediaman. Bilik tidur juga mempunyai aturan yang digalakkan menurut Islam. Contohnya, katil mestilah diletakkan dalam posisi dimana kepala akan mengadap kiblat dan kaki pada arah bertentangan. Hindari dari meletakkan katil dimana kaki akan mengadap ke arah kiblat ketika tidur sebagai tanda menghormati. Selain itu, kita juga digalakkam tidung mengiring ke kanan, mengikut sunnah Rasullullah SAW.

3. KEDUDUKAN BILIK AIR


Bilik air dalam rumah seorang muslim juga mempunyai aturan yang telah ditetapkan sebagai panduan memandangkan ruang ini dianggap kotor kerana tempat terkumpulnya najis. Jadi, bilik air atau tandas tidak elok dibina mengadap kiblat, mahupun membelakangi arah tersebut. Walaupun begitu, ia tidaklah menjadi satu dosa jika tandas yang telah sedia ada memang mengadap kiblat. Cuma, lebih baik jika dapat dielak.

4. KEDUDUKAN DAPUR


Dalam Islam, dapur adalah sebuah ruang yang amat penting untuk diberi perhatian kerana melalui dapurlah seorang muslim dan keluarganya menyediakan makanan dan berkumpul bersama untuk menikmati hidangan tersebut. Sebuah dapur yang dibina dengan aturan yang sistematik dan efisyen adalah dapur yang amat digalakkan dalam agama Islam. Perletakan ruang dapur juga perlu di titik beratkan agar tidak diletakkan pada bahagian yang boleh mendedahkan aurat penghuninya. Seeloknya pisahkan dapur dengan ruang utama yang lain dan letakkannya pada bahagian belakang kediaman.

5. KEDUDUKAN RUANG SOLAT


Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakkan rumah muslim akan ada disediakan bilik atau ruang untuk melakukan ibadah yang khusus. Tidak kiralah saiznya besar atau kecil, ruang ini perlulah dibina mengadap kiblat, yakni pada posisis dimana ia memudahkan pemilik menunaikan solat sesuai dengan fungsi utama ruang ini. Sentiasa menitikberatkan kebersihan dan kesucian ruang ini kerana ia merupakan tempat untuk kita merasa lebih dekat dengan Tuhan.

6. KEDUDUKAN DALAM KEJIRANAN


Sesebuah rumah muslim dilarang menghalang atau menutupi sumber cahaya dan udara lancar yang diperlukan oleh jirannya. Kawasan perumahan yang baik seharusnya dibina dengan kedudukan teratur yang tidak akan menyulitkan pergerakan jiran disekitarnya. Kesimpulannya, rumah kita tidak sepatutnya mendatangkan sebarang mudarat atau keburukan buat mereka yang tinggal disekitarnya.

Jadi, sebelum membina rumah idaman, sudah tentu anda akan membuat perancangan yang rapi dan teliti kerana sebuah kediaman merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh mempengaruhi kehidupan seharian dimasa hadapan.

Baca Lagi Di Sini:Tanam Lada Solok Tepi Rumah Je, Buah Lebat Siap Boleh Berniaga
Mesti Baca:Cara Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Pokok Cili Guna Baja Organik Ini
Artikel Menarik:Panduan Lengkap Tanam Kelapa Hibrid MATAG Untuk Hasil Yang Lumayan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana