Tahukah anda, asam jawa mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor, serat dan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh serta berpotensi melindungi diri daripada pelbagai penyakit.
Kandungan karbohidrat dalam asam jawa tersimpan dalam bentuk gula yang banyaknya hampir sama dengan 17 sudu teh. Wow!
Meskipun begitu, asam jawa bukan hanya boleh digunakan untuk menyedapkan masakan tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan dan manfaat lain untuk kita. Jom baca perkongsian Puan Shahila
ini.NAK TAU MANFAAT ASAM JAWA?
Sebelum ni kita tau asam jawa kita tambah dalam masakan kan, sebagai penyedap rasa. Ada jugak yang suka buat minuman, lagi lagi yang selalu sakit tekak tu.
Tapi, rupanya asam jawa bukan setakat yang cikla nyatakan dekat atas tu, banyak lagi kebaikan dia terutama dalam kesihatan seisi keluarga.
Kegunaan yang paling popular adalah untuk menurunkan suhu badan anak yang demam.
Kalau yang ni memang betul, sebab cikla memang apply dekat anak cikla kalau diaorang demam.
Memang habis satu badan, start dari kepala, celah ketiak, pelipat kaki, badan semua cikla sapu dengan asam jawa yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Serius, memang cepat kebah panas badan dia.
Ada jugak yang buat cara ni untuk baby, iaitu ambil segenggam asam jawa lepas tu ramas dalam semangkuk air sebelum air tu dilumurkan atas kepala baby sambil berselawat.
Sama juga cara cikla tadi kan, cumanya cikla tala satu badan. Hihi. Biar cepat sikit turun panasnya.
Dalam masyarakat Melayu pulak, ada yang kata asam jawa boleh bantu melegakan rasa sakit akibat sengatan lipan atau lebah. Caranya, ambil 3 hingga 5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Tumbuk biji asam jawa tu sampai halus.
First, sapukan minyak kayu putih tu pada tempat yang bengkak. Tapi, sebelum sapu tu bersihkan dulu kawasan bengkak dengan kain. Lepas dah sapu tu, baru taburkan atau tepekkan biji asam jawa yang dah ditumbuk tu pada tempat yang sama. InshaAllah, rasa sakit akan semakin berkurang.
Hurmm, kadang-kadang, petua orang lama ni memang berkesan kan, terutama untuk jenis yang ringan ringan. So, tak salah kalau kita nak mencubanya. Tapi, kalau sakit berlarutan elok jumpa doktorlah ye dapatkan rawatan lanjut.