Tidak kira sama ada pasangan yang baru berkahwin mahupun telah berkeluarga, pindah ke rumah baru memang kita akan rasa teruja. Kebiasaannya, hal pertama yang akan anda akan lakukan setiap kali ingin berpindah adalah mencuci. Tak kira lah rumah baru ke lama, mencuci WAJIB dilakukan.
Tapi sebenarnya, setakat mencuci sahaja tak cukup. Ada beberapa perkara terutamanya mengikut islam yang perlu anda lakukan. Antaranya:
1. Laungkan azan
Ini perkara paling wajib dan utama dilakukan terutamanya bagi rumah yang telah lama ditinggalkan. Dalam hadis Rasulullah S.A.W pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu telah lama tidak berpenghuni, ia pasti akan menjadi habitat makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-Ammar).
Jadi untuk memastikan ketenteraman nakal penghuni, buka semua tingkap dan pintu dan azan 4 penjuru untuk mengusir jin yangtelah bermastautin dalam rumah tersebut
2. Baca Surah Al-baqarah
Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Ads
3. Solat dan Membaca Al-Quran
Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
Ads
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah
Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.
Ads
Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.
Sumber: https://sempoimedia.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rotan merupakan metarial semulajadi yang boleh diperbaharui, tumbuh di kawasan tropika sekitar Afrika, Asia dan Australasia. Kerana sifat rotan yang ringan, tahan lama dan agak fleksibel, ia digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan perabot, kraf tangan, dan juga bahan bangunan. Rotan menjadi sumber pilihan yang mendapat permintaan tinggi di Asia Selatan dan Asia Tenggara kerana ia lebih mudah dan cepat matang berbanding pokok untuk mendapatkan kayu.
Perabot dan aksesori rotan bukan sahaja kelihatan cantik malah ia juga tahan lama, jadi kebanyakan perabot rotan hanya memerlukan pembersihan dan penjagaan asas untuk mengekalkan kekuatan dan warna semulajadi nya. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjaga perabot rotan anda agar kekal cantik seperti hari pertama anda membelinya. Selamat mencuba!
Langkah 1
Bersihkan permukaan perabot dengan kerap. Pembersihan mingguan atau bulanan adalah tempoh yang ideal bagi melindungi dan mencegah kerosakan serius. Bersihkan dengan pencuci pinggan mangkuk yang dicairkan sedikit dengan air. Alirkan air sabun dari atas menggunakan kain lembut dan kemudian lap permukaan perabot tanpa membasahkan kayu. Pastikan air masuk dan gosok ke dalam celah-celah dan alur dengan berus gigi atau berus kecil.
Langkah 2
Walaupun rotan boleh digunakan di luar rumah, adalah lebih baik jika anda tidak meletakkan ia direct dibawah cahaya matahari. Rotan akan lebih cepat rosak jika dibiarkan terlalu lama terdedah diluar rumah tanpa perlindungan.
Langkah 3
Jika terdapat kerosakan minor atau kotoran terpalit, cepat-cepat betulkan atau bersihkan. Gunakan bahan pencuci dan kain untuk gosok keluar kotoran sejurus selepas berlaku. Untuk kerosakan yang lebih serius seperti keretakan atau belahan, cuba rebuskan linseed oil untuk melembap semula bahagian tersebut.
Langkah 4
Adakan aktiviti pembersihan major sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pembersihan menyeluruh boleh mengelak pengumpulan kotoran dan juga akan menghalang kerosakan yang lebih teruk. Gosok rotan dengan bahan pencuci, menggunakan lebih sedikit air daripada yang anda gunakan untuk pembersihan mingguan. Kemudian keringkan perabot rotan itu secepat mungkin, sama ada dengan menggunakan pengering rambut atau menjemurnya diluar. Akhir sekali, sapukan lapisan syelek atau lacquer sebagai pelindung perabot sementara menunggu sesi pembersihan seterusnya.
Langkah 5
Jangan lupa letakkan rubber stopper di bawah kaki perabot rotan anda. Ruang antara rotan dengan lantai itu akan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini untuk jangka masa yang panjang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kadangkala apabila terlalu penat, kita terlepas pandang ataupun lupa mahu mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Sudahnya, warna luntur pada baju putih dan mungkin tidak boleh dipakai lagi. Tetapi, sebelum anda buang baju yang terjejas itu, cuba dahulu beberapa tip IMPIANA ini mudah-mudahan ia dapat mengembalikan keaadan asal pakaian tersebut.
1. Rebus pakaian
Merebus pakaian yang terkena warna luntur sejurus selepas anda menyedarinya akan mengurangkan risiko warna tersebut untuk kekal pada pakaian. Lagi cepat, lagi bagus.
tetapi bergantung pada jenis material pakaian juga. Jika jenis yang nipis dan kurang tahan, lebih baik anda rendamkan sahaja dalam air panas selama beberapa minit.
2. Perahan lemon/limau
Selain itu, boleh juga cuba untuk rendamkan pakaian terjejas kedalam campuran air panas dengan perahan lemon. Bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku, perahan lemon perlulah dibancuh sesuai dengan kekotoran.
3. Bahan peluntur
Letakkan 1 sudu sabun basuh baju kedalam baldi kemudian isi air mengikut kesesuaian. Ambil peluntur sebaiknya yang berperisa lemon, dan tuang sebanyak 5 penutup botol kedalam baldi tadi.Kacau campuran sehingga rata dan rendamkan baju terjejas kedalam baldi tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sebelum dibasuh dan dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah nyamuk dalam rumah bukan sahaja mengganggu tetapi juga boleh membahayakan kesihatan kerana nyamuk adalah pembawa beberapa penyakit berbahaya seperti denggi dan malaria.
Walaupun terdapat banyak produk di pasaran untuk mengendalikan nyamuk, penggunaan bahan semula jadi adalah alternatif yang selamat dan mesra alam.
Gunakan serai dan daun pandan
Cuma layurkan saja dua daun ini atas api sekejap. Waktu ini memang wangi satu rumah. Kemudian hiris halus seperti bunga rampai dan masukkan dalam bekas.
Letak di sudut bilik atau ruang. Menurut Wan Erni Suria yang berkongsi petua ini selepas mempraktikkannya hampir tiga minggu masalah nyamuk berkurang hamper 90 peratus.
EKSTRA
Satu lagi cara adalah dengan meletakkan pokok Jeremin atau pokok lima jari di dalam rumah. Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.