Selain Mencuci Rumah, Ini 5 Perkara Wajib Dilakukan Sebelum Pindah Masuk Rumah

Share

Tidak kira sama ada pasangan yang baru berkahwin mahupun telah berkeluarga, pindah ke rumah baru memang kita akan rasa teruja. Kebiasaannya, hal pertama yang akan anda akan lakukan setiap kali ingin berpindah adalah mencuci. Tak kira lah rumah baru ke lama, mencuci WAJIB dilakukan.

Tapi sebenarnya, setakat mencuci sahaja tak cukup. Ada beberapa perkara terutamanya mengikut islam yang perlu anda lakukan. Antaranya:

1. Laungkan azan
Ini perkara paling wajib dan utama dilakukan terutamanya bagi rumah yang telah lama ditinggalkan. Dalam hadis Rasulullah S.A.W pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu telah lama tidak berpenghuni, ia pasti akan menjadi habitat makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-Ammar).
Jadi untuk memastikan ketenteraman nakal penghuni, buka semua tingkap dan pintu dan azan 4 penjuru untuk mengusir jin yangtelah bermastautin dalam rumah tersebut

2. Baca Surah Al-baqarah
Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Solat dan Membaca Al-Quran


Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah
Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.

Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.

Sumber: https://sempoimedia.com

Published by
Impiana