Selalu Buat Kerja DIY Tapi Tak Menjadi? Jom Ikuti Tip Ini.

Share
Sekarang ini video pendek proses menghasilkan sesuatu yang kreatif atau lebih kepada DIY (Do It Yourself) semakin banyak di media sosial. Ramai yang tertarik dengan kreativiti proses penghasilan sesuatu objek itu kerana ia mampu untuk dihasilkan sendiri. Namun, ramai juga yang hanya sekadar suka melihat dan tidak yakin untuk menghasilkannya.
DIY atau Do It Yourself merupakan istilah yang digunakan untuk membuat, inovasi atau memperbaiki sesuatu benda oleh diri sendiri atau bersama rakan dan keluarga. Kerja-kerja DIY ini dilakukan bagi menguji kreativiti dan ekspresi diri selain daripada dapat menjimatkan kos. Bagi anda yang ingin melakukan kerja-kerja DIY, jangan khuatir kerana anda pasti yakin selepas mengikuti beberapa tip ini.
7 Tip Perlu Tahu Sebelum Membuat DIY
  1. BACA ARAHAN BERULANG KALI
Sebelum melakukan DIY, anda harus baca dan fahami arahan dengan betul supaya tiada kesilapan ketika proses pembuatan. Penyediaan bahan serta kelengkapan haruslah sempurna mengikut arahan yang diberikan.
  1. LUASKAN KREATIVITI
Anda tidak perlu mengikut bahan rujukan sepenuhnya. Jika anda mempunyai idea yang lebih kreatif, anda boleh mengolah sendiri hasil DIY yang ingin dihasilkan. Sebagai contoh, jika DIY itu melibatkan fabrik yang kosong, anda boleh mengubahnya dengan menggunakan fabrik bercorak dan ia lebih menarik.
   3. JANGAN TERLALU TERBURU-BURU
Bagi menghasilkan sesuatu anda perlu kesabaran dan ketelitian. Memanglah video yang anda rujuk itu duration hanya 1 minit setelah di edit. Namun, jika anda terlalu menggesa pasti hasilnya nanti akan mengecewakan. Ikutlah arahan mengikut urutan yang diberikan. Jika anda berasa tidak yakin, rujuk semula arahan yang diberi.
  4. MURAH TETAPI BERKUALITI
Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk melakukan DIY kerana aktiviti ini banyak menggunakan barangan terpakai. Anda hanya perlu mendapatkan barang asas yang terpakai dan peralatan yang lengkap. Anda pasti berasa bangga setelah dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dengan mengeluarkan kos yang rendah.
 5. JANGAN MENYERAH
Jangan sesekali menyerah kalah sekiranya anda gagal dalam percubaan pertama. Pasti terdapat kesilapan pada bahan atau cara anda lakukan. Kenal pasti punca dan baiki atau lakukannya sekali lagi.
  6. PERBANYAKKAN RUJUKAN
Anda harus banyak membuat rujukan supaya lebih peka terhadap keperluan yang boleh didapati. Sebagai contoh, rujukan pertama menggunakan bahan yang sukar untuk anda dapatkan, lantas anda boleh mencari rujukan lain yang sama hasilnya namun menggunakan bahan berlainan.
  7. PERALATAN LENGKAP
Jika ingin melakukan pertukangan haruslah mempunyai peralatan lengkap. Jika tidak, proses DIY anda tergantung begitu sahaja. Dapatkan peralatan secukupnya, jangan sesekali memulakan aktiviti DIY tanpa peralatan lengkap.
Published by
Impiana