Banjir bukan sahaja menjejaskan harta benda seperti kereta dan rumah malah hasil tanaman juga terkesan.
Terutama anak pokok durian yang ditenggelami air dalam jangka masa yang lama, ini boleh menyebabkan akar menjadi lemas dan pokok mati akibat kekurangan oksigen. Namun, jangan panik! Terdapat beberapa cara berkesan untuk menyelamatkan anak pokok durian daripada musnah akibat banjir.
Pernah berdepan dengan situasi banjir yang menenggelamkan kebun duriannya, Tok Alang Channel telah berkongsi cara paling berkesan untuk merawat pokok durian selepas banjir.
2 cara selamatkan pokok yang ditenggelami air banjir
Usaha saya menyelamatkan pokok-pokok durian yang digenangi air. Ada dua kaedah yang boleh dipraktikkan dan keduanya menggunakan;
- Chitosan berfungsi untuk memulihkan, menguatkan dan menyuburkan kembali sel-sel pokok yang reput dan rosak (klik SINI untuk beli di Shopee)
- Racun kulat Aliette fungsinya untuk merawat & mencegah serangan kulat yang mereputkan akar & batang pokok durian yang rata-rata masih muda.
1. Kaedah siraman
- Kaedah ini menggunakan Chitosan sebagai bahan utama untuk memulihkan sel pokok yang sudah mati dan lemah akibat ditenggelami air.
- Caranya, campur Chitosan ikut sukatan yang ditetapkan dalam air berisi baldi.
- Kemudian campur dengan racun kulat – untuk merawat serangan kulat yang mereputkan akar dan batang pokok durian yang masih muda.
- Kacau rata dan siram keliling pangkal pokok untuk merawat akarnya. Chitosan dan racun kulat akan dapat bantu pemulihan pokok yang sudah kekuningan ini.
2. Kaedah semburan
- Masukkan Chitosan mengikut sukatan ke dalam air bersama dengan racun kulat.
- Kemudian letakkan baja foliar berasas amino asid bersama dengan racun serangga 505 dan juga gam pertanian.
- Masukkan dalam alat penyembur dan sembur pada seluruh pokok termasuk pangkalnya. Sembur sehingga semuanya basah dan air menitik.
- Insya-Allah jika dipraktikkan cara ini pokok akan pulih.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton VIDEO
yang dikongsi
Tok Alang Channel. Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Mesti Baca: Selepas Lebih Sedekad, Rumah Mewah MICHAEL JORDAN Berjaya Dilelong RM63 Juta
Baca Lagi Di Sini: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Artikel Menarik: Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota