Hartanah

Selamatkan Barang Elektrik Ditenggelami Banjir, Paling UTAMA Jangan Hidupkan Untuk Test!

Share

Apabila banjir melanda, salah satu cabaran utama yang dihadapi adalah menyelamatkan peralatan elektrik yang terjejas.

Selain kerosakan harta benda lain, barangan elektrik yang ditenggelami air boleh menjadi risiko keselamatan sekiranya tidak ditangani dengan betul. Berikut adalah panduan dan langkah-langkah penting untuk menyelamatkan barangan elektrik selepas banjir:

Langkah untuk bersihkan barang elektrik selepas banjir surut

Foto Harakah Daily

1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 3 ke 4 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering ,boleh juga tembak dengan angin tapi guna hos kecil.

6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang setelah DIPERIKSA BETUL-BETUL KERING ( 3-4 HARI ) . JANGAN RUSHING

7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Semoga tip ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .

Sumber: Ben Safwan

IMPIANA : Apabila menghadapi kerosakan akibat banjir, keselamatan harus menjadi keutamaan. Menghidupkan peralatan yang basah bukan sahaja membahayakan diri anda, malah boleh merosakkan peralatan tersebut sepenuhnya.

Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!


Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat

SUMBER : Instagram

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Nana