Dalam zaman ekonomi yang tak menentu ini, ramai yang terkesan terutamanya bagi mereka yang makan gaji. Ada yang di buang kerja dan ada pula masih bekerja berbulan lamanya tapi tidak di bayar gaji langsung.
Seperti yang dialami oleh Fahmie Abu Bakar 6 bulan setia bekerja tetapi tidak dibayar gaji. Sebagai ketua keluarga, banyak tanggungan yang perlu dilunaskan. Belanja sekolah anak-anak, rumah, makan dan minum dan pelbagai lagi keperluan wajib sebuah keluarga yang perlu berjalan seperti biasa. Tidak mahu hanya mengeluh beliau mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian sebagai salah satu langkah proaktif yang dilakukan.
Nak tahu macam mana usahawan tani ini boleh berjaya? Jom kita ikuti rentetan perjalanan usaha yang dilakukan.
Menyahut seruan sahabat admin, Pn Nurwahidah Hambali (Selamat Pengantin Baru) , saya pun nak berkongsi secebis pengalaman tak seberapa saya terlibat dalam bidang pertanian..
1) Tahun 2008/09 company tempat saya bekerja ada masalah, hampir 6 bulan tak dapat bayar gaji, jadi saya mengambil inisiatif untuk menampung keluarga melalui pertanian.
2) Mula menanam belakang rumah, 50 pokok. Dah ada sikit ilmu dah berangan nak buka kebun. Pegi sana sini cari funder daripada agensi kerajaan, buat paperwork bagai, 1 SEN TAK DAPAT. Jual apa yang ada untuk buat modal tanam pokok di kampung.
3) Pindah balik kampung tanam 500 pokok dengan modal hasil jualan barang-barang sendiri. Dari situ mula yakin sikit, jadi nak buat lagi besar.
4) Pindah ke Sg Ramal, kongsi modal dengan 2 orang rakan lagi, tanam 2000 pokok. TERLINGKUP.
5) Sambung kerja pejabat sebab dah susah sangat masa tu dan pasang niat nak kembali jadi petani satu hari nanti. Dalam masa yang sama buat online trading
barang-barang fertigasi & pertanian.6) 2011/12 dapat menyewa kedai dengan sewa RM193 sebulan, keluasan lebih kurang saiz kontena 20×10. Mula buat trading barang-barang pertanian, modal sendiri juga hasil jual barang-barang persendirian. MASIH LAGI TIADA BANTUAN KERAJAAN ATAU AGENSI.
7) 2013/4 Pergi sana sini lagi dengan paperwork, supporting document bagai mintak bantuan daripada MTDC, SME CORP, BIOTECH. MASIH LAGI TAK DAPAT 1 SEN PUN. Dengan modal sendiri kami kembali menanam di tanah yang sama di Sg Ramal. Keluasan 3 ekar, kayuh perlahan-lahan..tambah sikit-sikit.. tanam POKOK TIN.
8) Di pendekkan cerita setelah jatuh bangun, tergolek lebih kurang 3-4 kali, sekarang ni saya mengusahakan :
a) 3 kebun pokok tin + 1 dalam progress (total +-5000 pokok tin)
b) 3 cawangan kedai pertanian di Seri Kembangan, Kajang dan Kota Kinabalu, Sabah
c) 3 Pusat latihan pertanian
d) 1 pusat pemprosesan produk hiliran berstatus HALAL diiktiraf JAKIM
e) 3 Produk hiliran kami dah masuk ke BRUNEI dan insyaAllah pasaraya awal tahun depan.
MASIH LAGI MENANAM BELAKANG RUMAH, dan MASIH LAGI TIADA BANTUAN KERAJAAN ATAU AGENSI.
Tiada shortcut nak berjaya. Kerja keras dan tawakal lah banyak-banyak pada nya
FB AGRI INPUT : Formeniaga (SERI KEMBANGAN, KAJANG) & Formeniaga SABAH (KOTA KINABALU)
FB PUSAT LATIHAN : Formeniaga Training Centre
FB AGRI TECH : Urban Tani
FB KEBUN : Formeniaga Fig Farm
Sumber: Fahmie Abu Bakar