Umum mengetahui, bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan telah hilang sejak November tahun lalu telah mengejutkan orang ramai.
Khabar berita tentang kehilangan personaliti TV berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga menjadi perbualan hangat di laman maya.
Sebelum ini, media pernah melaporkan kediaman Zalina Azman yang terletak di Seksyen 3, Shah Alam berada dalam keadaan berselerak dan tidak terurus seperti sudah ditinggalkan beberapa bulan.
Memetik Berita Harian Online, rumah banglo milik Zalina Azman itu kini kembali sunyi sepi selepas pemeriksaan oleh pasukan Forensik Bukit Aman, pada September lalu.
Ads
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan tiada petunjuk baru ditemui sepanjang pemeriksaan oleh pasukan Forensik dijalankan sehingga kini.
Imbas kembali, anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, telah berhubung kehilangannya ibunya pada 29 November tahun lalu.
Ads
Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.
Sumber: Berita Harian Online
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Dapur, selain merupakan tempat kegemaran seisi keluarga, juga dikenali sebagai jantung bagi sesebuah kediaman. Ini kerana banyak perkara penting yang terjadi di dapur. Oleh itu, dapur yang selesa, luas dan cantik sememangnya akan menjadi idaman ramai orang.
Bagi pemilik, Puan Rozie Rozaini dari Pulau Pinang, pemilihan rona putih yang digabungkan bersama aksesori emas untuk tampil lebih eksklusif. Elemen pokok-pokok hijau juga menjadikan dapur kediaman Semi D ini lebih nyaman dan sejuk mata memandang.
Dapur yang berkeluasan 338 kaki persegi ini dilengkapi dengan kaunter pulau bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan. Ruang ini juga mempunyai skylight bagi membenarkan pencahayaan natural masuk ke kawasan dapur.
Dengan berpandukan konsep inggeris kontemporari, pemilik mendapat idea melalui carian internet dan juga hasil dari perbincanganbersama suami dan kontraktor.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ambil Tahu Ciri Homestay Yang Baik, Sebelum Bercuti. Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
KEMUDAHAN ASAS Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Bosan dengan gaya biasa di ruang makan? Anda mungkin boleh mencetuskan kelainan dengan menyuntik pelbagai warna dengan gaya yang berbeza di ruang menjamu selera anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil inspirasi ala kafe untuk merubah ruang makan yang hambar menjadi lebih bermaya. Gaya ini sangat sesuai buat anda yang berjiwa muda dan sukakan sesuatu yang segar. Web Impiana berkongsi dengan anda 5 gaya yang pastinya buat anda terpersona.
1.Jarang-jarang kita lihat ruang makan tampil sebegini. Inspirasi dari sebuah kafe di Singapura ia sangat memukau. Di tambah pula dengan pilihan kerusi dengan reka bentuk serta warna yang berbeza telah merubah ruang tampil ceria.
2.Wow!!! Sesuai untuk anda yang punya citarasa yang tinggi.Kediaman jenis apartmen dan studio boleh jadikan ini sebagai inspirasi.
sumber foto: homefuly.com
3.Go Green!!!! Pencinta hijau pasti sukakan ini. Kafe-kafe sekarang banyak yang memilih gaya seperti ini. Mementingkan keselesaan, sedap mata memandang dan punya keunikkan yang tersendiri.
4. Satu lagi gaya kafe di ruang makan. Santai, selesa dan simple. Namun paling menarik dinding menggunakan konsep papan hitam. Idea bijak!
5. Kalau tadi untuk peminat hijau ini khas untuk peminat biru. Kabinet dan kaunter pulau serba biru. Konsep yang menarik malah sangat unik dan berani mencipta kelainan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.