Masalah habuk ni memang musuh paling utama kakak-kakak dan mak-mak. Baru saja mop dan sapu dah ada balik habuk. Masalah selesema, batuk ni susah nak hilang bila habuk banyak dekat rumah. Kadang-kadang sampai bergaduh siapa nak kemas rumah. Tapi nak rumah cantik kemas sentiasa. Tapi malas, macam mana ni! Jangan risau IMPIANA bantu anda. Kali ini IMPIANA nak kongsikan kelebihan penyedut hampagas atau vakum tangan yang boleh mengantikan batang penyapu anda yang berkuasa tinggi.
Ya, IMPIANA tahu banyak jenama lain diluar sana tapi IMPIANA memilih jenama Samsung untuk kali ini. Samsung banyak mengeluarkan perkakas elektrik yang bermutu tinggi. Kali ini vakum tangan Samsung Jet 60 Pet yang mempunyai kuasa tinggi serta ringan untuk dikendalikan jadi pilihan.
Kuasa Sedutan, Pembersihan Yang Kuat
Dilengkapi dengan teknologi Jet Cyclone, vacuum stick tanpa wayar ini mampu menghasilkan daya sedutan sehingga 150W. Ia dapat membersihkan permaidani dan lantai mozek dengan lebih berkesan.
Ads
Saiz yang Ringan
Dengan berat 1.45kg*, Jet 60 merupakan vacuum stick paling ringan yang dikeluarkan oleh Samsung. Anda boleh membersihkan rumah anda dengan mudah tanpa meletihkan tangan dan bahu anda! Size kecil dan ringan tetapi hebat! Membersih Lebih Mudah.
Pembersihan yang Menakjubkan Dengan Berus Jet Fit
Malah zarah debu halus dapat di sedut dengan mudah bila menggunakan berus Jet Fit. Putaran 180 darjah memudahkan kerja pembersihan setiap sudut rumah. Yang terbaik, hanya memerlukan satu klik untuk membersihkan berus ini!
Ads
IMPIANA berpeluang mencuba sendiri vakum Samsung Jet 60 Pet ini memang tidak menyangkal sekecil-kecil habuk mampu disedut dengan sudutan yang berkuasa tinggi. Kerja harian juga lebih mudah, celah sofa semua dapat dibersihkan dengan sempurna.
Bila anda memiliki vakum Samsung Jet 60 Pet ini pasti anda akan rasa kenikmatan dalam mengemas rumah. Tak susah lagi nak sedut habuk yang melekat sana sini. Paling best, tidak akan memakan ruang penyimpanan anda. Saiz kompak dan mudah untuk simpan membuatkan ia lebih kemas dan teratur.
Sempena kempen Shopee Brand Day, semua pembaca IMPIANA layak membeli Samsung Jet 60 Pet ini di Shoppe dengan potongan RM150. WOW! Nak tak? Klik Di Sini (Samsung Jet 60 Pet SBD). Cepat! hanya 10 orang yang pertama. Guna promo kod yang diberikan.
Promo code: JET60SBD
Ads
Ada lagi tawaran yang diberikan untuk anda semua sempena kempen Shopee Brand Day ini potongan sebanyak RM50 untuk sebarang pembelian di Shopee Klik Di Sini. (Shopee Brand Day Voucher). Guna promo kod yang diberikan.
Promo code: SS50PR
Kempen ini hanya berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 21 Julai 2022. JANGAN LUPA TARIKH INI.
Lipat baju memang bukan lah aktiviti yang menajdi kegemaran ramai. Tapi, kalau lihat baju yang dilipat tersusun rapi macam kat kedai memang rasa seronok dan puas hati. Seperti yang dilakukan oleh Puan Rose Kamarina melalui perkongsiannya di group Facebook #kemasrumahwithhani
Mood lipat kain. Edit sebab masing-masing teruja. Saya bukan Pro,suri rumah biasa, anak 4. Kadang kita kena kreatif untuk selesaikan masalah kain yg tak pernah habis ikut keselesaan masing-masing. Moga lepas ni semua semangat nak lipat kain
Boleh pakai kad/kertas keras/kotak/buku sebagai acuan atau ukuran. Suka hati nak saiz mane, Saya pakai kertas A4 putih dengan folder yang dah uzur
Yang atas tu sebagai ukuran. Bawah lapik dengan kertas A4 putih biasa
Dah siap lipat, boleh cabut ukuran tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Laci yang menggunakan rail atau track biasa, kalau dapat kat mak-mak yang jenis kerja cepat memang berdentum-dentum bunyi masa nak tutup. Apa kata, tukar track lama kepada jenis soft closer. Dulu memang mahal track ni, tapi dekat shopee harganya tak sampai RM 10 pun. Nak tukar pun mudah je. Tapi sebelum beli, pastikan saiz atau panjang track sama dengan yang lama. Hal ini turut dilakukan oleh Ahmad Ruim di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Lampu LED dan Lampu Pendarflour. Kedua-dua lampu ini adalah lampu yang pernah dan sering kita pakai. Cumanya, dahulu kita selalu pakai lampu pendarflour tapi sekarang, dengan adanya LED, ramai yang memasang lampu LED di rumah. Walaupun kedua-duanya benda dan berfungi dengan sama, tapi apakah perbezaanya? Maka dengan itu lah, pada harini, saya akan membahaskan apa perbezaan Lampu LED dan Lampu Pendarflour.
Antara perbezaan lampu LED dan lampu pendarflour ini, ia terletak pada sumber cahayanya, pengeluaran haba dan kecekapan cahaya. Sumber cahaya. Lampu biasa ialah lampu pendarfluor, dan prinsip pemancar cahayanya berbeza daripada lampu LED. Pencahayaan lampu pendarfluor disebabkan oleh balast yang menghasilkan voltan tinggi pada saat elektrifikasi, yang menyebabkan nyahcas antara dua pin dalam tiub lampu, yang seterusnya menyebabkan pencahayaan fosforus. Teknik ini menghasilkan banyak haba. Pemancar cahaya LED adalah hasil penghijrahan elektron di dalam semikonduktor, yang menghasilkan cahaya tanpa menghasilkan haba.
Kedua, adalah penghasilan haba. Senang sahaja perbezaan kedua-duanya, di mana lampu pendaflour menggunakan tenaga haba yang banyak manakala LED, tidak menggunakan tenaga haba yang banyak kerana ia mengubah semua menjadi tenaga cahaya.
Ketiga, jangka masa hidup atau berapa lama boleh bertahan. Kalau lampu pendaflour, ia boleh bertahan selama 10 Ribu hingga 20 Ribu jam tanpa bekalan tenaga manakala lampu LED, boleh bertahan selama 50 Ribu jam tanpa bekalan tenaga.
Yang keempat pula, kecekapan ringan. Lampu LED sangat cekap dan cemerlang. Pada masa ini, lampu LED yang baik di pasaran mempunyai kecekapan cahaya lebih daripada 130, iaitu lebih kurang dua kali ganda daripada lampu pendarfluor. Dalam erti kata lain, mentol LED 18W boleh digunakan sebagai ganti lampu pendarfluor 36W. Mentol LED 130lm / W 18W mempunyai kesan pencahayaan yang sama seperti lampu pendarfluor 48W.
Maka, berakhir saya dalam membahas tentang perbezaan lampu pendaflour dan lampu LED. Jadi yang manakah pilihan anda? Itu semua ketentuan sediri.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.