
Selain sebagai hobi dan untuk mengisi masa terluang, bercucuk tanam juga merupakan satu terapi yang dapat menyihatkan fizikal dan mental manusia.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa tidak semua individu mempunyai bakat dalam bidang ini. Tetapi tahukah anda, bercucuk tanam tidak memerlukan bakat dan modal yang banyak pun.
Sebagai permulaan, boleh cuba dengan menanam nenas. Ini kerana semaian pokok nenas amat mudah dilakukan. Seperti yang dikongsi oleh Puan Siti Samsiah di Facebook, anda hanya memerlukan sebiji buah nenas untuk mendapatkan 4 anak pokok. Memang berbaloi kan!
Anak-anak pokok hasil semaian dari jambul sebiji nenas dibelah 4.
Satu jambul dapat 4 anak pokok. 4 jambul dah dapat 16 pokok. Seronok kan..
Dah muncul anak pokok, alih ke dalam polibeg. Letak di tempat panas sepenuhnya.
Tunggu berbuah pulak. Baru sekali baja. Baja kopi Amino beli di kedai RM2 je.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ibu Mertua Beri Privacy Untuk Anak Menantu Bina Keluarga Sendiri, Tapi Tetap Tinggal Bersama

Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR
Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura
Jenis Kediaman: Rumah kampung
Konsep Dapur: Industrial
Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cement render kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Artikel Berikut: Rawatan Mudah Untuk Masalah Pokok Yang Diserang Anai-Anai
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rangkaian Produk Terbaharu WiZ Dilengkapi Keupayaan Aliran SpaceSenseTM & Matter

Jenama Signify (dahulu dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju dunia dalam pencahayaan, telah melancarkan rangkaian WiZ terbaharu yang merangkumi produk tambahan Philips Smart LED dengan portfolio ketersambungan WiZ. Pelancaran baru ini merangkumi setiap pelusuk kediaman pengguna, daripada lampu mentol sehinggalah ke lampu mudah alih dengan sokongan aksesori bagi kegunaan mudah pengguna.
Produk WiZ menawarkan mod pencahayaan pra-tetap, pilihan suasana serta pilihan dinamik seperti simulasi kedipan lilin di mana pengguna akan dapat menikmati cahaya pintar berwarna penuh menerusi aplikasi WiZ terus dari telefon pintar anda.
Lampu Pintar Ketersambungan WiZ dan LED Pintar Philips dengan produk-produk ketersambungan WiZ kedua -duanya berfungsi dengan aplikasi telefon pintar WiZ. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan lampu mengikut kesesuain mereka saat tidur dan terjaga dari lena bagi tujuan tidur dan bangun tidur.
Malah pengguna juga boleh menggunakan dua pilihan warna yang berbeza untuk kesan pencahayaan ombre. Terdapat kawalan fizikal pada lampu termasuk WiZ Remote untuk memalap, mencerah, atau mengaktif mod pra-tetap, dengan pengunaan aplikasi WiZ atau kawalan suara dari jarak jauh.
Apa yang mengujakan dengan pelancaran baharu ini ialah, kini semua rangkaian produk WiZ tersedia dengan teknologi SpaceSenseTM dan diperakui Matter. Ciri -ciri baru ini kini boleh didapati di aplikasi WiZ V2 yang boleh dimuat turun dari kedai Google Play & Apple.
“Memahami trend peningkatan dalam penggunaan teknologi, kami amat teruja untuk mengembangkan pelbagai produk pencahayaan pintar kami, WiZ Connected untuk membawakan penyelesaian pencahayaan yang inovatif untuk kehidupan seharian dan membolehkan pengguna mengawal lampu dan aksesori sejurus dikeluarkan dari kotak,” ulas Sukanto Aich, Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia.
“Seiring dengan peningkatan aliran dalam penggunaan teknologi pintar, kami amat teruja untuk membawakan rangkain lampu pintar WiZ Connected yang innovatif untuk penggunaan harian anda, dan membolehkan para pengguna untuk mengawal lampu serta aksesori terus daripada kotak.
“Kami juga ingin memperkenalkan teknologi terkini yang digabungkan didalam product WiZ Connected, iaitu SpaceSense™ dan Matter, dimana ianya dapat memperkasakan penggunaan WiZ ke tahap lebih tinggi dan dilengkapi dengan teknologi yang mudah untuk digunakan yang boleh menambah baik kehidupan harian serta menyerikan rumah anda,” tambah beliau.
WiZ SpaceSense™
Memperkenalkan WiZ SpaceSense™, dengan versi WiZ App V2 baru. Naik taraf dalam aplikasi termasuk SpaceSense™ membolehkan anda untuk menyalakan lampu pintar hanya melalui gerakan tanpa sebarang sensor tambahan. Ini merupakan salah satu inovasi futuristik di dalam industri pencahyaan, di mana pergerakan anda dapat dikesan melalui isyarat WiFi.
Teknologi pengesanan WiFi dapat memantau gangguan dalam isyarat yang menunjukkan sebarang pergerakan. Ini membolehkan pengesanan gerakan tanpa garis penglihatan atau keperluan untuk memasang sensor berasingan. Pengguna hanya memerlukan sekurang -kurangnya dua lampu di dalam bilik untuk menggunakan ciri ini. Pengguna kemudian boleh menyesuaikan tetapan sensitiviti sistem dalam aplikasi untuk membolehkan pelarasan tertentu contohnya bagi pergerakan haiwan peliharaan pada waktu malam.
Adopsi Teknologi WiZ Matter
Produk rangkaian WiZ adalah antara produk pencahayaan pintar pertama yang mendukung teknologi, Matter. Matter adalah standard universal yang membolehkan peranti dan sistem yang serasi untuk menyambung dan berinteraksi dengan selamat dan disokong oleh semua teknologi utama seperti Bluetooth atau WiFi. Dengan penggunaan Matter, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan mudah dari aspek pembelian dan kawalan kerana teknologi ini menyediakan standard untuk peranti berkomunikasi dengan lancar merentasi teknologi dan platform.
Matter membolehkan pengguna untuk:
- Menyokong semua platform utama dunia tanpa perlu bimbang mengenai padanan sistem rumah pintar dengan sistem sedia ada di rumah.
- Akses menyeluruh bagi pengalaman kawalan suara tanpa masalah rumit atau berlebihan.
- Standard keselamatan yang tinggi untuk perlindungan pemilikan peranti dan privasi.
- Akses mekanisme pelbagai-tadbir untuk kawalan multi sistem
- Akses dan kawalan mudah untuk mengawal peranti menerusi Matter.
Temui kemudahan pencahayaan pintar dengan LED Pintar Philips yang dikuasai oleh WiZ dan WiZ Connected Lighting di www.wizconnected.com
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Makeover Tandas Dengan Bajet RM200, Hasilnya Memang WOW

Apabila dengar saja perkataan ubahsuai atau makeover, perkara pertama yang akan bermain difikiran adalah “berapa belanja yang diperlukan?”. Bukan mudah untuk sesetengah orang keluarkan duit yang banyak untuk mengubahsuai kediaman. LebiH-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
Tetapi, berita baik buat anda yang teringin nak tengok tandas di kediaman berwajah baharu, boleh ikut langkah jimat dan mudah ini.
Di akaun Facebook nya, saudara Ahmad Aqari ada berkongsi cara untuk memberikan nafas baru pada ruang tandas tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.
HANYA GUNA CAT, INI CARA MAKEOVER TANDAS LAMA JADI BARU DENGAN BAJET RENDAH
Since ramai kawan yang bertanya, kita share sikit apa yang patut untuk proses cat lantai ni.
Bajet ciput? Nak tukar tiles baru menelan kos yang agak tinggi? Dengan kos hanya bawah RM200 tandas purba yang dulunya malap kini berseri kembali.
CARANYA:-
Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² KERING tiles yang nak dicat tu.
STEP 1 (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.
**Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jgn buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku**
STEP 2 (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dgn Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan.
**(Sama juga mcm step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)**
Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.
FRIENDLY REMINDER, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dkt tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².
Selamat mencuba.
Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI