Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!

Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlukan ruang dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.

Semak 5 Perkara Ini Sebelum Beli Peti Sejuk Baru

 

Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? Ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.

Semak 5 Perkara Ini Sebelum Beli Peti Sejuk Baru

Ads

 

Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda
Sila lihat semula dalam peti sejuk anda sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..

Semak 5 Perkara Ini Sebelum Beli Peti Sejuk Baru

Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi sebelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.

Ads

Semak 5 Perkara Ini Sebelum Beli Peti Sejuk Baru

 

Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisyen dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilih peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk dengan teknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.

Ads

Semak 5 Perkara Ini Sebelum Beli Peti Sejuk Baru

Jadi, tunggu apa lagi? Selamat membeli-belah!

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI