Isi Kandungan
ToggleMembeli rumah adalah impian setiap individu, namun ia juga merupakan satu tanggungjawab yang besar. Satu aspek penting yang sering diabaikan oleh pembeli rumah adalah mengenai perjanjian jual beli rumah yang melibatkan pembiayaan pinjaman perumahan (loan).
Ramai yang kurang memberi perhatian kepada kemungkinan berlaku kematian pemilik rumah sebelum pinjaman selesai dibayar. Ini adalah satu situasi yang boleh membawa kesan yang besar kepada waris.
Perkara ini dikongsi oleh seorang Haniza Hussin yang juga seorang perancang kewangan . Berikut adalah perkongsian beliau yang tular laman Facebook.
Dah check ke belum perjanjian jual beli rumah
Sesiapa yang ada beli rumah melalui loan dengan bank, wajib tengok balik agreement.
1. Check loan dengan bank berapa lama?
2. Check MRTT/MLTT (insurans rumah) cover berapa lama?
Penting kenapa?
Kita tak nak bila berlaku kematian nanti, rupanya bank dah tak cover loan rumah.
Which means still ada hutang lagi walaupun pemilik dah meninggal dunia.
Kesannya
1. Siapa yang akan tanggung teruskan bayar dekat bank?
2. Mampu tak orang tersebut tanggung teruskan bayar dekat bank?
So, Wajib!
Elakkan jadi macam gambar di bawah ini. Loan bank 35 tahun tetapi MRTT cover 18 tahun sahaja.
Apa tu? Maksudnya bank hanya akan tolong settlekan loan kalay peminjam meninggal dalam tempoh 18 tahun pinjaman.
Meninggal tahun ke-19, bank tak cover dah. Selepas itu ahli keluarga pula kena settlekan loan rumah tu. Kalau ahli keluarga tak dapat bayar, bank lelong lah rumah tu. Hah! Jenuhh.
Apa perlu buat
Dalam pada itu menurut Hasniza sebaiknya tempoh perlindungan sama dengan tempoh pinjaman. Namun keadaan tersebut bergantung kepada institusi kewangan. Ada yang hanya menawarkan perlindungan setakat 15-20 tahun saja.
Jika mengetahui tempoh perlindungan tempoh perlindungan kurang dari tempoh pinjaman sebaiknya kata beliau peminjam segera bertindak dengan mengambil pampasan insuran atau pampasan takaful sebagai persediaan.
Semoga bermanfaat.
Artikel Menarik: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Jenis Serangga Ini Bukan Perosak Tanaman, Kalau Jumpa Di Kebun Jangan Musnahkan
Kebiasaannya, kalau nampak serangga di sekitar laman mesti anda ingat ia satu ancaman kepada tanaman. Sebenarnya, tidak semua serangga pemusnah taman, ada juga yang memberi manfaat. Berikut, 10 jenis serangga yang anda patut ternak di laman atau kebun.
1. Mentadak mentadu
Dah lama betul tak tengok mentadak mentadu ni kan. Apa yang akan anda lakukan jika jumpa serangga yang mempunyai karakter menarik ni? Mesti anda akan tanya, “Mentadak Mentadu, Macam mana _____ tidur?” betul tak. Tapi sebenarnya serangga ini datang ke laman anda atas tujuan hakikinya. iaitu mencari makanan.
Makanan kegemaran mentadak mentadu adalah seperti grub, pepijat, aphid, belalang, cengkerik, lalat dan lain-lain. Mentadak juga dikategorikan sebagai serangga yang pelahap kerana tabiat makanan nya yang laju dan cepat. Jadi, ia boleh memusnahkan serangga perosak yang terdapat di laman anda dengan cepat.
2. Lebah
Lebah membantu pendebungaan. Jika anda ada tanam pokok seperti tomato, tembikai, timun, pokok kelapa atau apa sahaja lah yang memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, lebah adalah pembantu yang terbaik.
Selain itu juga, ia mampu memberi hasil tuaian yang paling berkhasiat di dunia iaitu madu. Lebah juga, dikategorikan sebagai pollinators terbaik di dalam kitaran hidup tanaman. Oleh itu, kalau ada lebah di rumah tu, selagi tak mengancam keselamatan anda bela je lah.
3. Ladybugs (ladybird)
Ladybugs adalah antara serangga yang mempunyai karakter yang paling unik, comel dan menarik kalau ada di laman anda. Keterujaan akan terpancar bila anak anda tengok serangga ni kan. Secomel-comel serangga ni, namun tersembunyi satu sisi yang tak pernah orang perasan.
IA MERUPAKAN PEMANGSA. Dengar macam ganas je kan. Sebenarnya, ladybugs suka makan serangga yang kerap mendatangkan masalah kepada tanaman anda seperti Aphids, Whiteflies, Scale insects dan pelbagai lagi.
4. Rama-rama
Rama-rama juga merupakan serangga yang berfaedah kepada laman anda. Memang lah beluncas nya akan makan daun tanaman, tapi ia boleh dikawal dan dia makan pun bukan nya pokok tu mati terus. Malah kalau gondol pun di makan, pucuk atau tunas baru akan lebih banyak tumbuh dan cantik.
Selain menceriakan laman anda dengan pancaran warna nya yang unik dan menarik, Rama-rama sebenarnya adalah antara agen yang diperlukan untuk melakukan pendebungaan.
5. Lacewings
Lacewings amat membantu untuk menyingkirkan aphids atau bena dan whiteflies di laman anda. Ia memusnahkan serangga perosak ini dari peringkat lava lagi.
Lacewig akan bertelur di atas lava whiteflies dan aphids. Apabila ia menetas, lava lacewing akan menjadikan whiteflies dan aphids tadi sebagai sumber makanan. Kalau anda nak lacewings datang ke laman anda, pastikan tiada ancaman dari semut kerana semut akan memakan telur lacewings dan melindungi aphids.
6. Pepatung
Selain sebagai indicator kepada kualiti persekitaran, Serangga purba ini menjadikan nyamuk, lalat, kupu-kupu, lalat buah dan pelbagai lagi sebagai makanan.
Menarik minat pepatung untuk menjadikan laman anda sebagai habitat mereka adalah salah satu langkah proaktif kalau anda merancang untuk menghasilkan sebuah kebun organik. Cara nak tarik minat mereka tak susah pun, hanya perlu sedia habitat mengikut keperluan mereka walaupun hanya pada saiz 1 kaki x 1 kaki sahaja.
7. Cacing tanah
Tak perlu diterangkan dan dipertikaikan lagi keperluan cacing tanah ini terhadap semua tanaman. Selain banyak membantu memulihkan struktur tanaman, tinja yang dihasilkan oleh cacing mempunyai nutrient yang tinggi untuk tanaman.
Oleh itu, kehadiran cacing tanah di laman perlu dipupuk dan dirangsang lebih banyak.
8. Lebah bumble
Lebah bumble adalah antara lebah yang digunakan untuk tujuan pendebungaan. Namun saiznya lebih besar berbanding yang lain. Walaupun ia bersaiz besar dan kehadiran nya lebih jelas membuatkan kita panik, sebenarnya serangga ini tidak akan menyerang jika tidak diancam.
Kebiasaanya, lebah jenis ini hidup di dalam tanah atau di dalam batang kayu yang berlubang. Madunya jarang diambil, namun ia juga agen terbaik dan lebih cepat melakukan pendebungaan.
9. Labah-labah
Kelihatan, labah-labah memang menyeramkan. Tetapi sebenarnya ia adalah salah satu serangga yang mempunyai faedah kepada laman anda. Memang ada sebahagian kecilnya akan memberi masalah, tapi secara asasnya tidak. Ia membantu laman anda terhindar dari serangan nyamuk, lalat, belalang, semut, bena dan apa sahaja serangga jenis terbang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pentingnya Miliki Insurans Rumah Ramai Yang Ambil Ringan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale. Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah:
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
ARTIKEL BERKAITAN
Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Cara Tukar Geran Tanah Hilang, Rosak Atau Hancur
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI