Dalam menjalani kehidupan masa kini dalam era norma baru ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kesihatan semakin merosot kerana tekanan yang mungkin kita sendiri tidak perasan dalam situasi yang membinggungkan. Kali ini IMPIANA kongsikan inisiatif NESTLE OMEGA PLUS dalam membantu masyarakat dalam menangani masalah jantung. Sihat bermulanya dari rumah.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia terpaksa ‘berkurung’ di rumah bagi membendung wabak COVID-19, sekaligus memburukkan lagi pelbagai masalah kesihatan yang serius. Penjagaan kesihatan jantung anda adalah mustahak, lebih-lebih lagi sewaktu wabak bermaharajalela. Dalam pada itu, individu dengan penyakit dan masalah jantung sedia ada, nampaknya lebih berisiko mengalami gejala atau komplikasi parah sekiranya dijangkiti COVID-19.
Menurut Persekutuan Jantung Sedunia1, hal ini kerana sistem imun penghidap penyakit jantung biasanya lebih lemah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada komplikasi virus yang parah. Semakin banyak kajian menunjukkan, ramai bekas pesakit COVID-19 mengalami kerosakan jantung walaupun tiada sejarah penyakit jantung atau tidak dimasukkan ke hospital.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia2. Malahan, serangan jantung telah menjadi pembunuh No.1 negara kita selama lebih 15 tahun.
Dr. Rohith Stanislaus, Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara berkongsi, “Kita dapat menyaksikan satu trend umum bahawa paras kolesterol di Malaysia semakin meningkat seiring kenaikan kadar penyakit arteri koroner dan serangan jantung.”
Penyakit jantung koronari berlaku apabila plak terdiri daripada kolesterol, lemak, kalsium dan sisa lain termendap pada saluran jantung. Pengumpulan plak inilah yang menjadi penyebab utama serangan jantung, yang tercetus apabila saluran tersebut tersumbat sepenuhnya dan menyekat bekalan darah ke jantung.
Meskipun statistik nampaknya suram, sinar harapan masih ada. Menerusi pilihan kita sendiri, kita sebenarnya mampu mengawal beberapa faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari.
Bagaimanapun, penjagaan kesihatan dan usaha mengubah gaya hidup sewaktu pandemik bukan semudah disangka, khususnya bagi mereka yang hidup dengan masalah jantung sedia ada.
Akan tetapi, ia bukannya mustahil, kerana terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil bagi meletakkan jantung anda kembali pada landasan yang betul, walaupun menghadapi wabak yang tiada kesudahan.
Diet yang sihat jantung
Menurut Dr. Rohith, diet yang seimbang, sihat dan terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan utama dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung. “Kurangkan pengambilan gula diproses dan garam, serta makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans” bukan sahaja satu langkah yang berkesan, tetapi juga mudah diamalkan di rumah.
Pastikan anda terapkan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet anda. Makanan berasaskan tumbuhan mengandungi pelbagai bahan yang dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi.
Amalan mengehadkan lemak tepu dan trans turut membantu mengurangkan paras kolesterol darah dan risiko penyakit arteri koronari.
Di samping itu, makanan yang kaya asid lemak omega-3 dapat membantu memerangi penyakit jantung. Salmon, tuna, sardin, dan ikan hering merupakan sumber kaya asid lemak omega-3.
Sokalingam Karuppiah, 57, yang merupakan pesakit jantung di Institut Jantung Negara, telah menjalani prosedur Intervensi Koronari Percutaneus (PCI) dan Pintasan Graft Arteri Koronari (CABG) bagi dua serangan jantung masing-masing pada tahun 2013 dan awal tahun ini.
Selepas itu, beliau terpaksa membuat perubahan drastik dari segi diet bagi menjaga kesihatannya. “Sekarang, saya makan lebih banyak ikan, dan pastikan saya makannya sekurang-kurangnya sekali seminggu. Saya juga telah menyingkirkan makanan berminyak dari diet saya, dan sebaliknya meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
Ads
“Jangan ambil mudah kesihatan anda. Perubahan tabiat makan anda merupakan satu pelaburan yang cukup kecil dan seharusnya menjadi kebiasaan kita semua. Saya kesal kerana mengabaikan kesihatan saya begitu lama. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya tetapi juga keluarga saya. Sekarang, ketika kita duduk di rumah, kita berpeluang memasak makanan sendiri yang jauh lebih sihat.”
Pengambilan sterol tumbuhan yang mencukupi juga terbukti dapat merendahkan kolesterol secara berkesan – sekurang-kurangnya 1.2 gram sterol tumbuhan sehari. Namun, bagi mendapatkan 1.2 gram sterol tumbuhan, anda perlu makan sekitar 255 biji tomato, 90 biji epal, atau 126 batang lobak merah!
Struktur sterol tumbuhan mirip kolesterol dalam badan kita. “Selepas dimakan, ia akan ‘bersaing’ dengan kolesterol dalam sistem penghadaman untuk diserap. Kesannya, penyerapan kolesterol tersekat dan menyebabkan paras kolesterol darah kita turun,” jelas Dr. Rohith.
Siah Peck Hwa, 41, ibu kepada dua cahaya mata berkongsi bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS membantu menguruskan paras kolesterolnya. “Saya mendapati kolesterol saya telah menurun apabila saya bermula mengambil susu ini. Kini, paras kolesterol saya jauh berbeza daripada sebelumnya.”
Sebenarnya, kuantiti makanan yang anda makan juga sama penting dengan jenis makanan yang diambil. Tabiat negatif seperti makan sehingga terlalu kenyang, pengambilan karbohidrat dan protein yang tidak sihat, dan menikmati ‘pusingan’ kedua makanan anda, dapat menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.
Setiap aktiviti kecil mampu mencetuskan impak bermakna
Walaupun amalan diet sihat merupakan kunci yang penting, senaman juga merupakan ‘ubat’ yang mujarab dalam menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
Rakyat Malaysia kini menghabiskan lebih banyak masa di rumah (bahkan bekerja dari rumah), dan perlu mengimbangi pelbagai tugasan secara serentak, seperti penjagaan kanak-kanak atau pembelajaran dalam talian. Sebagai natijahnya, kita mengabaikan senaman dalam rutin harian kita.
Mengemop lantai rumah atau aktiviti berkebun mungkin kurang menyeronokkan kalau dibandingkan dengan joging atau kelas Zumba. Namun, aktiviti-aktiviti dan tugasan rumah sedemikian dapat membuatkan anda bergerak.
Sebarang pergerakan yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan harian anda adalah bermanfaat. Aktiviti semudah berjalan-jalan, menaiki tangga dan tugasan rumah dapat memanfaatkan jantung apabila dijadikan amalan rutin.
“Senaman jauh lebih mencabar hari ini akibat COVID-19. Saya biasanya pergi ke taman untuk berjalan-jalan, tetapi saya tidak dapat melakukan ini sekarang, kerana kes COVID nampaknya semakin teruk dan saya enggan mengambil risiko. Namun, saya cuba mengeluarkan peluh di rumah, dengan melakukan lebih tugasan rumah dan senaman ringan bagi membuat jantung saya mengepam,” kongsi Malek Mohamed.
Ads
Malek, bapa kepada 3 cahaya mata, menderita penyakit jantung sejak tahun 2006, dan perlu menelan 10-12 pil ubat setiap hari bagi menguruskan kesihatan jantungnya.
“Ramai yang ingat bahawa setelah menjalani pembedahan atau dirawat untuk penyakit jantung, semuanya akan kembali normal. Namun, ini jauh dari kebenaran, lebih-lebih lagi sewaktu tempoh COVID di mana kesihatan anda amat penting. Anda harus melipatgandakan penjagaan untuk memastikan anda kekal sihat supaya anda tidak perlu lagi menjalani prosedur perubatan yang lain selain daripada mengambil ubat anda. Bagi saya, senaman merupakan antara langkah yang sangat saya utamakan,” tambahnya.
“Aktiviti seperti Walk A Million Miles sangat bermanfaat. Menyedari saya sedang melangkah ke satu misi yang dekat dengan hati saya – menjadi pembakar semangat saya untuk menyumbangkan langkah saya pada tahun ini. Ramai yang menganggap senaman sebagai satu beban. Namun, sekiranya ia dilakukan dengan cara menyeronokkan, terutamanya anda akan melangkah bersama-sama rakyat Malaysia lain ke arah matlamat kebaikan bersama, ia akan menyemarakkan lagi semangat anda! Sebagai penerima sumbangan Walk A Million Miles tahun lalu, saya amat bersyukur dan berharap untuk menyumbang balik kepada masyarakat.”
Bukti demi bukti manfaat senaman terhadap kesihatan jantung terus terserlah. Senaman membantu dengan membakar kalori, mendorong penurunan berat badan dan akhirnya menurunkan paras kolesterol. Di samping itu, senaman juga dapat ‘melatih’ jantung, seperti mana manfaatnya terhadap otot-otot lain dalam badan anda.
Dr. Rohith terus berkongsi, “Senaman dan aktiviti fizikal yang mencukupi, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu yang dapat dicapai melalui 30 minit sehari 5 kali seminggu, akan membantu menjaga kesihatan jantung anda. Cara mudah untuk meningkatkan tahap aktiviti termasuk menggantikan penggunaan lif dengan tangga.”
Menghindari tekanan
Individu yang menghadapi tekanan jangka panjang lebih cenderung beralih ke gaya hidup yang kurang sihat, seterusnya membawa kepada kehidupan yang tidak aktif, bahkan tabiat berbahaya seperti merokok, makan dan minum berlebihan – yang semuanya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Lebih membimbangkan, mereka yang tidak pernah menghadapi cabaran kesihatan mental sebelum ini mula menunjukkan gejala atau mengalami beberapa aspeknya, dengan ramai rakyat Malaysia terjebak dalam kemurungan, masalah pengurusan kemarahan, serangan kegelisahan dan panik yang bertubi-tubi.
Norma baharu bekerja dari rumah telah mengaburkan sempadan antara dunia kerja dengan kehidupan peribadi. Oleh sebab pekerja perlu mengorbankan aktiviti riadah bagi memenuhi tuntutan majikan yang kian membebankan, mereka terpaksa menahan waktu kerja lebih lama yang akhirnya menimbulkan tekanan emosi.
Rakyat Malaysia mungkin berisiko menghidap penyakit jantung pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus menghadapi tekanan kronik.
Ads
Siah Peck Hwa yang mengalami komplikasi jantung semenjak zaman kanak-kanak sentiasa berpegang kepada mantra ‘menghindari tekanan’. “Ia sungguh mencabar buat saya. Saya akan memantau denyutan jantung dan tekanan saya setiap kali saya berasa tertekan. Saya mesti bertenang pada setiap masa. Sesuatu perkara yang kecil sudah cukup menjadikan saya gelisah dan tertekan, jadi saya mesti cuba bertenang dan berfikiran positif.”
“Meskipun tidak sedar, namun kita dengan begitu cepatnya jatuh ke dalam ‘perangkap’ gaya hidup tidak aktif. Pada masa ini, kita duduk lebih lama dengan mata melekat pada skrin, tidak kira bekerja, melayari media sosial, ataupun menonton filem dan menikmati permainan. Tabiat ini sangat tidak sihat dan akan menjejaskan kesihatan mental kita dalam jangka panjang.”
Adalah sangat penting kita meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang dapat merehatkan minda dan badan kita.
Mendapat tidur mencukupi setiap hari dan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan anda dapat membantu menghilangkan tekanan. ‘Digital detox’, atau tindakan berehat daripada skrin, bukan sahaja membantu meningkatkan waktu tidur dan daya tumpuan, tetapi juga memberi rehat kepada mata dan minda anda. Meditasi kesedaran (Mindfulness meditation) dapat membantu menangkis impak negatif COVID-19 terhadap kesihatan mental, apabila dilakukan sebagai sesi singkat setiap hari.
Pada tahun 2020, Siah Peck Hwa pernah dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19. “Tahun lalu sangat sukar bagi saya kerana runsing memikirkan anak-anak dan keadaan jantung saya selain disahkan positif COVID-19. Namun, senaman mental yang mudah telah membantu saya mengharungi tempoh mencabar ini.”
Perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan
“Faktor risiko penyakit kardiovaskular terbahagi kepada dua kategori: dapat diubah dan tidak dapat diubah. Faktor risiko penyakit kardiovaskular yang tidak dapat diubah berpunca daripada faktor genetik, manakala faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh diubah adalah faktor yang dapat dikurangkan atau dikawal melalui perubahan tingkah laku seperti tabiat alkohol dan merokok,” jelas Dr. Rohith.
Pandemik ini juga dapat mencetuskan tabiat alkohol dan merokok yang lebih buruk.
Sebagai pesakit di IJN yang baru menjalani Pintasan Graft Arteri Koronari, Johnitar Behud terpaksa membuat beberapa perubahan gaya hidup. “Saya menghentikan rokok dan alkohol setelah didiagnos menghidap komplikasi jantung pada awal 2019. Sejak itu, saya mengamalkan senaman ringan dan diet seimbang seperti makanan rendah kolesterol dan tidak makan melebihi had yang ditetapkan.”
“Jika saya mampu melakukan perubahan ini sewaktu pandemik, saya yakin orang lain juga dapat membuat perubahan ke arah kebaikan jika mereka membulatkan tekad. Tidak perlulah membuat perubahan drastik. Mengambil bahagian dalam Walk A Million Miles 2021 dan menetapkan sasaran langkah setiap hari dapat membantu menerapkan jalan kaki ke dalam rutin harian anda dalam jangka panjang. Ini dapat membantu anda menghindari makanan yang tidak sihat, bahkan rokok dan alkohol”, tambah Johnitar.
Lawatan doktor dan pemeriksaan berkala dapat mengenal pasti faktor risiko dan menawarkan asas permulaan bagi mengambil langkah pencegahan. Tegas Dr. Rohith lagi, tidak pernah terlalu awal atau lambat untuk mengorak langkah menjaga kesihatan anda. “Kami menyarankan saringan awal untuk mereka yang menghadapi pelbagai faktor risiko dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.”
Harus diingatkan bahawa kepatuhan diet yang ketat, rutin senaman dan pemantauan kesihatan di rumah tidak boleh menggantikan pemeriksaan rutin. Anda disarankan untuk menggabungkan lawatan doktor serta ujian berkala dengan peralatan di rumah untuk menjamin bacaan yang betul.
NESTLÉ OMEGA PLUS mengalu-alukan khalayak ramai untuk turut serta dalam Walk A Million Miles 2021 dengan memuat turun aplikasi mudah alih BookDoc untuk menjejaki bilangan langkah mereka.
Perkongsian ini amatlah berguna untuk semua rakyat Malaysia. Mulakan hidup anda dengan gaya yang lebih sihat selamat. Segalanya bermula dari rumah yang terbaik. Ingat IMPIANA tidak pernah lupa akan membawa anda semua untuk bina gaya hidup yang lebih teratur dan harmoni.
Pakar hartanah dan kewangan, Azizul Azli Ahmad ada berkongsi sebuah kisah perihal sahabatnya yang ada mengenali seorang wanita warganegara Indonesia telah menjalankan kegiatan perniagaan sewa hartanah di sekitar ibu negara.
Kongsinya menerusi satu hantaran di akaun media sosial Facebook memberitahu wanita berkenaan dikhabarkan telah memiliki sebanyak 17 buah kediaman untuk disewakan kepada orang ramai.
Maklumnya lagi, wanita yang berasal dari negara jiran itu dianggarkan telah memperoleh pendapatan bersih sekitar RM25,000 sebulan.
Nyata, hasil pendapatan yang diperolehi boleh disifatkan sebagai satu jumlah yang sangat besar dan memberangsangkan.
1. Kisah ini dari sahabat saya, ada kenalan wanita indonesia ini gigih usahanya.
2. Beliau sewakan Regalia Apartment, Kuala Lumpur pada kadar sekitar RM1800.
3. Dia sewakan Kadar sewa studio RM180 – RM200 semalam. Dia menjaga unit yang disewakan ini dengan baik.
4. Khabarnya beliau kini memiliki 17 kediaman yang dijaga dengan sempurna.
5. Pendapatan bersih setelah tolak sewasekitar RM25 500! Sahaja sebulan.
6. Suaminya penjawat awam gred biasa sahaja. Bukan pegawai yang berbaju batik sepanjang masa.
Berusahalah anak muda anda pasti berjaya. Dia warga Indonesia dan dia gigih berusaha.#PelungDiNegaraKita,” tulisnya untuk dikongsikan bersama para pengikutnya.
Dalam pada itu, pakar hartanah dan kewangan itu menasihati kepada orang ramai khususnya anak muda sentiasa berusaha sekiranya mahu menjadi seorang yang berjaya.
Akhirinya lagi, dia berharap agar perkongsian kisah ini mampu menyuntik dan menjadi pembakar semangat orang ramai untuk terus berjaya maju ke hadapan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Jubin Dan Langsir,Kemasan Penting Dalam Rumah. Dua jenama besar dalam industri hiasan dalaman iaitu Creative Lab dan juga BAAGUS Curtain bukan jenama asing lagi dalam industri ini. Penyatuan dua jenama hebat ini dalam industri hiasan dalaman memudahkan pemilik kediaman membuat keputusan di satu pusat sehenti sahaja. Pasti sudah ramai yang tahu tentang Creative Lab yang menawarkan perkhidmatan jubin terbaik untuk setiap ruang dalam kediaman.
Kini, Creative Lab membuka sayap peniagaannya agar lebih menarik dan memudahkan pelanggan memilih dan merancang dengan baik untuk kemasan rumah mereka. Dari jubin sehinggalah langsir kini bersama jenama tersohor dalam kemasan langsir iaitu BAAGUS Curtain. Pada suatu ketika dahulu, sebut sahaja langsir BAAGUS Curtain pasti sudah ramai yang tahu tentang kualiti dan kemasan langsir yang di tawarkan kepada semua pemilik rumah. Bukanlah satu jenama yang biasa dalam industri langsir.
Mr. Keith Loh, Chief Retail Officer of Creative Lab
Penggunaan fabrik berkualiti tinggi yang di import dari negara luar luar tidak perlu menyangkal lagi kelebihan yang ada pada langsir jenama BAAGUS Curtain ini. Bagi yang pernah menggunakan perkhidmatan dari BAAGUS Curtain ini mesti tahu kan.
Mr. Tay Ching Teck (General Manager of Home Creative Lab), Mr. Lucas Seak Qi Hao (Operation Director of Baagus), Mr. Keith Loh Chi Yan (Chief Retail Officer of Niro Ceramic Creative Lab), Ms. Christy Wong (Managing Director of Baagus), Mr. Seak Thean Pow (Group Managing Director of Baagus), Ms. Seak Ci Xuan (Business Development Manager of Baagus)
Creative Lab x BAAGUS Curtain
Apakah daya penggerak di sebalik keputusan Creative Lab untuk bekerjasama dengan BAAGUS?
Dalam matlamat kami untuk menjadi hab sehenti untuk pembaikan rumah untuk pemilik rumah di Malaysia, adalah penting untuk mempertimbangkan semua aspek berbeza dalam mereka bentuk rumah. Kerjasama strategik ini adalah selaras dengan matlamat tersebut. Dengan BAAGUS, pakar dalam langsir dan bidai yang bergaya dan moden, kami berusaha untuk meningkatkan pengalaman pemilik rumah dalam pembaikan rumah. Pilihan langsir dan jubin adalah aspek penting dalam pembaikan rumah kerana lantai dan kemasan lembut adalah rangsangan visual utama untuk rumah.
Kami percaya bahawa kerjasama strategik dengan jenama-jenama adalah penting untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Oleh itu, kami memilih BAAGUS sebagai salah satu rakan kongsi rasmi kami kerana reputasinya untuk menghasilkan dan membekalkan produk berkualiti dengan perkhidmatan sokongan yang baik sambil sentiasa berusaha untuk memenuhi jangkaan pelanggan.
Bolehkah anda berkongsi beberapa usaha yang telah diambil oleh Creative Lab dalam merealisasikan matlamatnya untuk menjadi kedai sehenti untuk pemilik rumah yang ingin mengubah suai? Apakah rancangan masa depan untuk Creative Lab pada tahun akan datang?
Memandangkan matlamat syarikat kami adalah untuk menjadi hab sehenti bagi pemilik rumah yang ingin mengubah suai, kami ingin menawarkan barangan lain seperti perabot, lantai alternatif, dapur, almari pakaian dan banyak lagi. Selain itu, pada Ogos 2021, kami melancarkan krew jubin dalaman kami sendiri — ia adalah satu perkhidmatan pemasangan jubin yang terdiri daripada gabungan pemasang jubin berpengalaman, bahan mentah berkualiti, peralatan canggih dan teknik pemasangan untuk memastikan kemasan projek berkualiti tinggi untuk pemilik rumah. Ini bagi memastikan pemasangan jubin yang betul dapat dilakukan dan melancarkan proses untuk pelanggan kami mengubah suai kediaman mereka.
Melangkah ke hadapan, Creative Lab akan bekerjasama dengan rakan kongsi teknologi kami untuk mencipta platform dalam talian yang menyerupai permainan video, di mana orang ramai boleh mencampur dan memadankan jubin melalui platform tersebut. Pelancaran ini akan diumumkan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. Kami juga sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan teknologi realiti tambahan (AR) dengan bantuan rakan kongsi teknologi kami di Jerman.
Dari segi pengembangan, kami sangat teruja untuk mengembangkan lagi Creative Lab dengan melancarkan lebih banyak cawangan, terutamanya di kawasan pinggir bandar untuk memberikan lebih kemudahan kepada mereka. Kami menyasarkan untuk mempunyai lebih 60 cawangan menjelang akhir tahun 2022.
Bagaimanakah pandemik mengubah landskap pembaikan rumah?
Sepanjang tempoh pandemik ini, kami telah melihat peningkatan dalam pengubahsuaian do-it-yourself (DIY). Projek DIY menjadi popular kerana ia adalah lebih senang bagi orang ramai untuk mempertingkatkan kediaman mereka tanpa memerlukan perkhidmatan luar. Ketika PKP, orang ramai banyak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di rumah yang membolehkan mereka meneliti semula ruang kediaman mereka di rumah dan menilai fungsi dan kepraktisan. Oleh itu, industri pengubahsuaian rumah telah berkembang pesat di tengah-tengah pandemik.
Ketika PKP juga, permintaan untuk menyediakan saluran alternatif untuk menjangkau pelanggan kami meningkat. Oleh itu, kami menyediakan pilihan untuk perundingan dalam talian dengan Pereka Jualan kami, di mana pemilik rumah boleh mendapatkan reka bentuk 3D segera bagi ruang yang mereka inginkan dengan mudah. Pada ketika ini, perancangan pengubahsuaian rumah boleh diakses dan ia telah mengubah cara pemilik rumah mengalami perjalanan pengubahsuaian rumah mereka.
Apakah faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan apabila pemilik rumah memilih atau menukar jubin untuk rumah?
Ia adalah penting untuk mempunyai pelan yang jelas sebelum meneruskan dengan sebarang pemasangan jubin, kerana ini akan membantu meminimumkan risiko hasil yang tidak memuaskan. Anda memerlukan idea yang kukuh tentang di mana anda ingin jubin anda diletak dan kesan yang ingin anda cipta. Apabila memilih jubin, adalah penting untuk mempertimbangkan susun atur atau gaya sedia ada rumah anda dan selaraskan pemilihan jubin anda agar sesuai dengannya.
Memandangkan jubin yang berbeza mempunyai tujuan yang berbeza, anda perlu mengetahui di mana anda ingin meletakkan jubin, sama ada di dalam atau di luar rumah, malah di atas lantai atau di dinding. Tidak melupakan aspek keselamatan juga, ruang yang mempunyai trafik pejalan kaki yang tinggi tidak seharusnya menggunakan jubin yang mempunyai permukaan mudah tergelincir.
Memilih warna jubin yang betul juga merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan. Warna-warna terang membantu mencipta kesan yang meluaskan ruang dan bagus untuk bilik yang kecil manakala jubin berwarna gelap menambah gaya anggun tetapi akan menjadikan ruang kecil berasa sempit. Ia juga penting untuk memilih saiz jubin yang betul bergantung pada skala ruang. Oleh itu, anda perlu bayangkan perkadaran bilik anda dan bagaimana jubin boleh membantu meningkatkannya.
Walaupun menghadapi cabaran kompetitif dalam pasaran reka bentuk dalaman, bagaimanakah BAAGUS kekal di hadapan untuk memenuhi permintaan pengguna yang berubah dengan pantas?
BAAGUS memberi tumpuan yang tinggi pada kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan kami juga sentiasa mencari inovasi untuk terus maju dalam industri perabot lembut/langsir di Malaysia.
Selain itu, kami juga meneroka kerjasama strategik — sama seperti dengan Creative Lab, untuk memenuhi permintaan pengguna yang berubah dengan pantas. Kerana kami memahami bahawa pilihan pengguna adalah kompleks dan diperibadikan, oleh itu, kami memilih rakan kongsi yang berkongsi visi yang sama seperti kami — iaitu melengkapkan keperluan pelanggan untuk kesempurnaan ruang ideal mereka.
Apakah langkah penting yang perlu diambil untuk memastikan pilihan yang tepat dibuat dalam mengubah suasana rumah dengan perabot lembut?
Soft furnishing (seperti langsir, kusyen, upholsteri, dan sebagainya) boleh mengubah rupa rumah secara dramatik, jadi ia adalah penting untuk mempertimbangkan rupa keseluruhan yang diingini sebelum meneruskan sebarang perubahan. Mula-mula, tentukan kain yang anda ingin gunakan di dalam bilik tertentu. Perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa memilih fabrik ialah tekstur, warna dan kelembutan fabrik. Tekstur fabrik perlu diambil kira agar sesuai dengan reka bentuk dalaman sesuatu ruang. Warna membantu menetapkan suasana ruang, contohnya, memilih langsir berwarna pastel akan memberikan rupa kelengkapan yang lembut pada ruang itu. Akhir sekali, adalah penting juga untuk mengambil kira kelembutan fabrik itu sendiri kerana fabrik yang lembut membolehkan lekuk langsir jatuh dengan cantik dan senyap tanpa mengganggu suasana. Sekiranya langsir keras atau tebal, lengkungan tirai akan kelihatan kaku dan besar.
Rancang kediaman yang sempurna dengan pemilihan produk serta kelengkapan rumah yang berkualiti tinggi. Barulah dapat rumah impian anda!
Laporan global baru-baru ini mendedahkan bahawa jualan peralatan rumah dan kelengkapan lembut melonjak apabila orang ramai berusaha keras untuk menjadikan rumah mereka sebagai tempat perlindungan semasa tempoh berkurung. Apakah tindak balas dalam pasaran Malaysia?
Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan pertumbuhan e-dagang di Malaysia dan ini juga telah merebak ke dalam jualan perkakas rumah dan soft furnishing. Pengetatan sempadan antarabangsa dan larangan rentasan negeri telah mengakibatkan lebih ramai orang menghabiskan lebih banyak masa di rumah mereka dan seterusnya, melabur lebih banyak untuk produk perkakas rumah. Memandangkan kami berada di peringkat endemik, kami menjangkakan pengguna masih akan meneruskan minat mereka terhadap perkakas rumah dan soft furnishing kerana perapian rumah mereka akan kekal penting.
Selama hampir 30 tahun dalam industri, bagaimana BAAGUS telah berkembang dan bagaimana ini mempengaruhi cara syarikat bekerja dalam landskap semasa?
BAAGUS bermula sebagai kedai tirai pada tahun 1993. Menjadi penyumbang dalam industri ini selama 28 tahun tidak melambatkan cita-cita BAAGUS untuk terus berinovasi dan memperkenalkan ciri-ciri menarik ke dalam industri tirai. Kami mahu mengubah tanggapan umum orang ramai terhadap langsir dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa langsir itu sendiri adalah sejenis fesyen. Lengkapan bergaya di kedai and kualiti product kami membezakan BAAGUS dengan jenama lain.
Ramai yang selalu PM IMIPIANA tanya mana nak beli MOP SPRAY,KLIK Di Sini untuk pembelian. Murah dan Mudah untuk kerja rumah anda.
Sering kita tidak sedar kehadiran aura negatif dalam kediaman. Aura negatif tidak semestinya berpunca dari perkara mistik semata-mata. Adakalanya aktiviti atau elemen tak sesuai yang dipadankan dalam kediaman juga antara punca
Pernah tak rasa rumah dah hias cantik-cantik, tapi anda rasa tidak selesa berada dalam rumah untuk tempoh yang lama? Jika hal ini berlaku, ia petanda kediaman anda dikelilingi aura yang tidak baik atau negatif. Kompas.com berkongsi 3 petanda kediaman anda dikelilingi aura negatif apabila:
1. MERASA CEMAS DAN TERTEKAN KETIKA BERADA DIRUMAH
Jika terus rasa takut, cemas bahkan dipresi setiap kali berada di rumah, ia kemungkinan besar kediaman anda memiliki aura negatif. Walaupun terdapat punca atau alasan lain kepada situasi ini, namun aura negatif adalah antara punca utama dan sering berlaku.
Untuk mengesahkan keadaan ini, cuba buat sedikit kajian. Jika anda berasa lebih tenang berada di luar rumah dan mula cemas dan tertekan sekembalinya di rumah, ia adalah petanda yang jelas.
Jika kediaman berasa suram walaupun dekor dah cantik, lampu dibuka terang benderang, ini menunjukkan ada masalah dengan aura kediaman anda
3. TIDUR TAK NYENYAK
kerap dah pukul 1-2 pagi, tapi mata masih tak boleh lena atau sekejap-sekejap terjaga. Ini indikasi menunjukkan kediama ada dihadiri aura negatif.
Susah tidur atau tidak bisa tidur nyenyak memang biasanya dikaitkan dengan penggunaan handphone yang berlebihan. Namun, sebaiknya kamu juga tidak mengabaikan kehadiran aura negatif di rumah.
6 Tip Elak Aura Negatif Dan Rasa Bosan Dalam Kediaman
Pernah rasa tak rumah dah cantik, tapi emosi anda berasa suram? Ia di sebabkan terdapat aura atau cas negatif yang terperangkap di dalam kediaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan anda tidak perasan akan kehadirannya. Ia akan menyebabkan gangguan emosi dan jika dibiarkan akan menyebabkan dipresi dan kemungkinan memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, untuk pastikan aura negatif ini terbebas dari kediaman anda, lakukan 13 perkara ini:
1. BUKA TINGKAP
Menurut Silvia Christmann, Growth Coach and health and happiness guru, “udara segar adalah segala-galanya. Oleh itu, pastikan setiap pagi tingkap rumah anda di buka untuk memberi laluan keluar masuk udara segar di dalam kediaman. Yang paling penting, pastikan laluan udara di dalam kediaman tidak di halang walaupun hanya dengan sehelai langsir.
2. BAKAR KAYU DUPA
Kayu dpua atau kemenyan bukan lah amalan mistik, Ia telah digunakan sejak zaman perbua bagi sebagai ubat dan rawatan rohani. Antara kayu dupa yang seusai untuk menyingkirkan aura negatif di dalam kediaman adalah Nag Champa. Kandunggannya berupaya membersihkan udara di dalam kediaman disamping mengundang aura tenang.
3.BUANG ATAU BAIKI BARANG ROSAK
Barang atau kelengkapan kediaman yang telah rosak seperti kerusi patah walaupun sedikit dan boleh dibaiki, akan mengundang aura negatif kepada pengguna. Apa kata, anda segra baiki kerosakkan tersebut atau buangkan sahaja. Jangan biarkan ia terlalu lama
4. SEMBUR AROMA PATI MINYAK OREN
Umum tahu, rona kuning dan aroma oren mengundang semangat ceria. Disamping itu, sifat limau yang berasid dan sangat sesuai bagi tujuan penyingkiran kotoran. Oleh itu, untuk menyingkirkan aura dan membangkit suasana ceria di dalam kediaman sembur atau diffuse pati minyak oren di dalam kediaman
5. BUANG BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN
Apa perasaan anda bila melihat counter top yang penuh barang berjaya dikosongka? mesti legakan. Begitulah bila keadaan dalam rumah dipenuhi dengan barang yang tidak diperlukan
6. CAT DINDING DENGAN RONA KUNING
Warna memankan peranan penting dalam mencetus ambiance yang terbentuk di dalam sesebuah kediaman. Menurut pereka dalaman Ana Zuravlionva, warna kuning berupaya meneutralkan iron negatif yang terperangkap di dalam kediaman. Selain itu juga, ia membuatkan kediaman anda kelihatan lebih luas
Ceiling Wallpaper dinding 3D waterproof foam wall interior and exterior decoration self-adhesive brick wall decoration wall sticker
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.