Setiap kali tibanya penghujung tahun, kalender pastinya akan dipenuhi dengan percutian, perjumpaan keluarga dan kawan-kawan. Ia juga merupakan masa terbaik untuk merasai suasana meriah menikmati sajian di restoran-restoran yang baru di buka di Malaysia. foodpanda Malaysia pastinya tidak mahu anda terlepas peluang menerokai beberapa buah kedai makan terbaharu di kawasan tumpuan yang popular di sekitar bandar ini. Dengan pandapro, kini anda boleh membawa citarasa anda sambil menikmati diskaun tetap 25 peratus untuk bil makan di rumah anda. Nah! Inilah yang dinamakan meraikan diri dengan cara panda!
Pengarah Komersial Kanan foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan berkata, “Kami percaya dengan apa yang dilakukan ini, ia memberikan satu pengalaman terbaik dan lebih nilai kepada para pelanggan kami. Dengan pandapro, kami membolehkan sesiapa sahaja seperti seorang yang pro
. Pelan langganan ini bukan sahaja menawarkan tawaran yang menarik tetapi juga penjimatan yang hebat.”Tambah beliau, “Akhirnya, matlamatnya adalah untuk memastikan para pengguna kami dapat menikmati makanan yang digemari tanpa perlu berbelanja besar.”
Selain itu, para pelanggan pandapro juga boleh menikmati faedah-faedah lain yang menarik termasuk:
● Diskaun 15 peratus untuk restoran-restoran terpilih.
● Diskaun tambahan 5 peratus untuk pesanan yang diambil sendiri di restoran-restoran yang mengambil bahagian.
● Diskaun 20 peratus untuk pandamart bagi tempatan melebih RM45 dengan 2 baucar sebulan.
Apa yang menariknya lagi, kesemua pengguna pandapro berpeluang untuk mendapatkan tawaran diskaun ini di restoran pada senarai restoran-restoran popular antaranya Dave Deli, Santan, Carls Jr, Syed Bistro dan banyak lagi. Untuk menebus diskaun, para pelanggan pandapro perlu klik pada pilihan ‘Dine-In’ yang tersedia di aplikasi utama foodpanda dan pilih tawaran yang diingini. Setelah membuat pilihan, para pelanggan dikehendaki untuk mengimbas ID penebusan di restoran untuk pengesahan tawaran dan diskaun akan ditunjukkan semasa pembayaran. Sejujurnya ini merupakan transaksi yang mudah dan tanpa sentuh.
“Saya pasti ramai yang merindui untuk menikmati sajian di restoran semasa pandemik seperti juga restoran yang merindui untuk melayan pelanggan. Dengan adanya manfaat menikmati sajian di restoran, kami harap lebih ramai pelanggan akan mengunjungi restoran untuk menikmati sajian kegemaran masing-masing dengan orang tersayang,” kata Jay Ar lagi.
Bukan itu sahaja! Pastikan anda sentiasa bersedia dengan tawaran istimewa termasuk tawaran promosi sehingga 35 peratus untuk rakan kongsi terpilih sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang akan tiba tidak lama lagi. Tunggu apa lagi? Hanya sentuh pada aplikasi untuk melanggan pandapro dan nikmati diskaun menarik lebih daripada 700 buah restoran di seluruh negara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?