Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65, pusat membeli-belah kelengkapan barang rumah terkemuka, IKEA Malaysia dengan berbesar hati menyajikan beberapa tawaran promosi menarik bagi memeriahkan lagi semangat rakyat Malaysia.
Di samping itu, IKEA juga telah melancarkan promosi tawaran istimewa pemotongan harga kepada para pelanggan setianya bermula 1 sehingga 24 Ogos depan.
Sepanjang promosi tawaran berlangsung, para pelanggan berpeluang untuk menikmati diskaun sekurang-kurangnya 65% untuk produk terpilih yang merupakan antara potongan harga terbesar pernah ditawarkan oleh IKEA.
Menariknya lagi, tawaran penjimatan ini termasuk bagi pelbagai jenis perabot seperti rangka katil, tekstil, rangkaian pencahayaan serta keperluan rumah harian di semua keempat-empat cawangan IKEA Malaysia.
Ads
Tidak dinafikan meski tanah air kini sudah berubah dan semakin maju mengorak langkah kehadapan sejak 65 tahun yang lalu, cinta rakyat Malaysia makanan tidak pernah berubah.
Buat julung kalinya, Restoran Sweden IKEA telah memperkenalkan satu menu terbaharu iaitu Rendang Bebola Daging istimewa buat pelanggan setia mereka.
Ads
Selain itu, kek berperisa Ondeh Ondeh yang sememangnya menjadi kegemaran ramai kini tersaji kembali dalam menu Bistro Sweden ini sepanjang bulan Ogos ini.
Cara Kemas Bilik Tidur, Cepat Mudah, Macam Hotel. Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Kemas bilik tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Kemas Bilik Tidur
Untuk memiliki bilik tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Bilik tidur ini adalah tempat untuk kita berehat. Jika kita malas untuk mengemasnya pastinya ia nampak seperti sarang tikus, dan berbau hapak. Bilik tidur merupakan satu lambang peribadi untuk pemiliknya. Jika ia seorang yang malas maka. Biliknya akan bersepah dan berserabut.
Throw cushion ubah rupa ruang tamu, tak perlu pun tukar sofa baru. Ruang tamu merangkap ruang keluarga boleh dianggap sebagai pusat aktiviti di sesebuah kediaman. Di ruangan ini, penghuni rumah berkumpul bersama keluarga atau hanya duduk berehat dan bersantai selain ruang untuk menerima tetamu.
Kewujudan ruang tamu yang selesa pada umumnya dicirikan dengan kehadiran sofa sebagai salah satu perabot utama. Susunan sofa tidak kurang pentingnya daripada susunan perabot di ruangan lain di rumah. Susun atur sofadi ruang tamu serta elemen hiasan adalah kunci utama keindahan dekorasi hiasan ruang tamu.
Anda tidak perlu bersusah payah menukar sofa untuk mendapatkan penampilan ruang tamu yang lebih menarik. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui susunan dan pilihan kusyen atau dikenali juga sebagai throw cushion.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. Anda boleh mencampurkan dan memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu.
KOMBINASI WARNA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah helah paling mudah untuk paparan sofa yang lebih menarik. Jika anda mempunyai sofa gelap, anda boleh memadankannya dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, anda boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.
GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Oleh itu, anda boleh menggabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang menarik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kusyen bulat untuk memaniskan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Bukan sahaja bentuk, anda juga boleh menggabungkan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.
AKSEN TIPOGRAFI (TYPOGRAPHY)
Sebagai pemanis untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain daripada tipografi, anda juga boleh memberikan aksen dalam bentuk motif geometri yang agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.
KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK GARIS/JALUR
Throw cushion dengan motif garis atau jalur Baling atau kain hiasan untuk sofa adalah sama penting untuk dicampur dan dipadankaboleh dijadikan elemen hiasan untuk sofa polos. Padankan dengan warna sofa. Dengan cara itu anda boleh lebih bebas memilih motif dan warna kusyen.
SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.
SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Berikut dikongsikan juga tip bagaimana memanjangkan hayat throw cushion ini agar sentiasa kelihatan baru.
1.Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2.Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Esok sudah tibanya hari yang dinanti-nantikan umat islam, bangun sahur adalah saat paling indah tetapi ada yang liat nak bagun sahur pun ada. Kali ini IMPIANA nak share resipi dengan pembaca semua. Sesuai untuk juadah bersahur.
Asyik cerita pasal mengemas ja kan, kali ni IMPIANA nak buat kelainan sikit kat dapur tu. Jom pergi dapur check bahan-bahan ni ada ke tak?
Bahan-bahan
Minyak Masak
Ikan bilis
Bawang Besar
Cili Padi
Cara Memasak
Panaskan kuali dengan minyak masak.
Goreng ikan bilis sehingga garing.
Asingkan ikan bilis yang telah digoreng.
Goreng bawang besar yang telah dihiris bersama cili padi yang dibelah dua sehingga kekuningan.
Campurkan ikan bilis, bawang dan cili padi.
Hidang sedia untuk dimakan .
Mudahkan, makan dengan nasi panas dan kicap… Perghhhhhh!
Pasti tersenyum sepanjang hari berpuasa. Kalau tak percaya boleh cuba. Jimat dan sedap!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.