Keindahan seni bina agung ini saling tidak tumpah seperti Taj Mahal di India dan Masjid Nabawi. Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan itu telah dibuka kepada umum dengan rasminya pada 20 September yang lalu.
Dengan kos hampir 100 juta ringgit, Masjid Sri Sendayan yang mampu menempatkan lebih 5000 orang jemaah pada satu-satu masa ini telah menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Melalui konsep wakaf, masjid ini yang telah mula dibina sejak tahun 2015 itu dibiayai sepenuhnya oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Ads
Selain mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah), masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan. Semuanya terletak dalam kawasan yang berkeluasan 4.5 hektar!
Surau dibina kebiasaanya atas bantuan kewangan dari kerajaan atau pun komuniti. Namun, berbeza bagi Surau Langgar Rindu yang terletak di Kampung Rhu Tapai, Merang
Rekabentuk surau ini sangat unik kerana dibina dari kayu terpakai dan dahan hanyut yang dikumpul oleh Haji Abdul Karim Embong, ataupun dikenali sebagai Pok Su. Kebanyakkan jenis kayu yang digunakan adalah dari jenis pokok kayu cengal dan tembusu.
Alhamdulillah….. Rezeki sampai sini.Segala puji bagi Allah pemilik sekalian Alam.Terima kasih paksu pemilik Surau Langgar Rindu?
Zaman sekarang, rumah yang menerapkan ciri-ciri tradisional memang jarang sekali kita dapat lihat. Barang kali, ada juga yang telah lupa akan seni bina tradisional. Bagi anda yang ingin merasai sendiri dan menghayati nilai seni bina tradisional yang semakin ditelan zaman, ini antara lokasi yang patut anda kunjungi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai penduduk kota kini lebih memilih percutian yang menenangkan. Ini kerana ramai yang ingin lari dari hiruk pikok dan kesesakkan kota. Sekali, sekala rawatan minda dengan percutian yang menenagkan mampu mengembalikan aura dan semangat baru. eco-tourism adalah pilihan yang terbaik. Kini, banyak lokasi pelancongan berkonspekan eco-tourism yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Bertempat di pinggir kota Kuala Lumpur, The Sticks menyajikan pengalaman yang menarik dan indah buat mereka yang mencari ketenangan dalam keindahan hutan hijau.
Terdapat beberapa unit yang mempu memuatkan 2 hingga 4 orang dalam satu masa, setiap unit penginapan mempunyai rekabentuk dan konsep yang berbeza. Lebih mengetengahkan konsep Glamping dan rustik, The Sticks dihadirkan bersama pakej alamnya yang berupa air terjun chiling dan hutan tebal Bukit Kutu.
Antara aktiviti yang disediakan di The Stick adalah jungle tracking, paragliding, White water rafting, Botanical walk, Board games dan Yoga.
Opera House
Tenduk House
The bamboo house
Sumber: http://thesticks.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.