Keindahan seni bina agung ini saling tidak tumpah seperti Taj Mahal di India dan Masjid Nabawi. Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan itu telah dibuka kepada umum dengan rasminya pada 20 September yang lalu.
Dengan kos hampir 100 juta ringgit, Masjid Sri Sendayan yang mampu menempatkan lebih 5000 orang jemaah pada satu-satu masa ini telah menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Melalui konsep wakaf, masjid ini yang telah mula dibina sejak tahun 2015 itu dibiayai sepenuhnya oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Selain mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah), masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan. Semuanya terletak dalam kawasan yang berkeluasan 4.5 hektar!
Foto kredit : Farhan Che Hassan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tempat Percutian Unik dan Mesra Kanak-kanak wajib kunjungi
Horray!!!Cuti……..
Hujung tahun je pasti semua mencari lokasi untuk menikmati cuti panjang bersama keluarga. Legoland sudah, Hello Kitty Town sudah, Langkawi sudah, Kota Kinabalu sudah, Cameron Highlands sudah, mana lagi ya?
Bosan dengan percutian yang biasa? IMPIANA nak share beberapa tempat yang mungkin jarang digembar gemburkan di media sosial dan kurang promosi yang membuatkan tempat ini menjadi lebih eksklusif.
Jangan risau dengan harga, kalau dah kata lokasi tersebut eksklusif. Pasti ada tawaran hebat di dalam laman web pakej percutian. Setahun sekali mencipta memori indah dengan keluarga tercinta apa salahnya kan!
Inginkan percutian yang mendamaikan? Anda pasti sedang mengangguk-anggukkan kepala sekarang. Siapa yang tidak mahu bukan?
Namun, untuk ibu-bapa, percutian mendamaikan itu amat diingainkan jika membawa anak-anak kecil bersama.
RESORT MESRA KANAK-KANAK
Banyak resort yang menawarkan fasiliti dan kemudahan untuk kanak-kanak. Ini bakal melekakan anak-anak yang dalam kepala mereka, hanya memikirkan tentang tiga perkara; main, main, main……
Lokasi ini juga mempunyai tarikan dari segi seni bina lama yang mampu menjadi tarikan.
Inginkan percutian yang mendamaikan? Anda pasti sedang mengangguk-anggukkan kepala sekarang. Siapa yang tidak mahu bukan?
Namun, untuk ibu-bapa, percutian mendamaikan itu bakal menjadi mimpi ngeri jika semua anak-anak diangkut bersama. Apa tidaknya, kadang-kadang jadi lebih penat daripada biasa dek melayan kerenah anak-anak.
SENARAI RESORT MESRA KANAK-KANAK
Meritus Pelangi Beach & SPA – LANGKAWI
Resort Meritus Pelangi Beach & Spa, Langkawi ada menubuhkan Kelab KiKi untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun. Kelab ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya berhibur dengan maskot kelab, bermain di taman permainan, berenang di kolam malah restorannya siap dilengkapi dengan kerusi kecil, kertas lukisan dan permainan. Menarik bukan? Ibu bapa tak perlu gusar jika inginkan kedamaian dalam percutian kali ini.
Hard Rock Hotel- Penang
Jika anda mempunyai anak remaja, bolehlah menginap di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang yang bukan sahaja menjanjikan keriangan berterusan malah kolam renang berkeluasan 2,400 kaki persegi lengkap dengan kepulauan pasir serta papan gelongsor pasti kena dengn cita rasa mereka.
Swiss-Garden Hotel– Melaka
Menariknya kolam renang boleh dikatakan keliling hotel. Sangat besar. Ada kolam renang di dalam bangunan juga bagi mereka yang inginkan privasi.
Sambil anak-anak mandi di kolam, mak ayah boleh berehat di sauna dan gym.
Lexis Hibiscus Port Dickson- Negeri Sembilan
Kolam renang persendirian membuatkan rasa lebih privacy, aktiviti untuk anak-anak memberi kepuasan pada mereka tatkala menghabiskan masa lapang waktu cuti sekolah ini. Menariknya lagi konsep moden dalam ruang hotel ini membuatkan rasa lebih selesa dan nyaman dalam sentuhan hotel pilihan ini.
Hotel Legoland
Menariknya terdapat 4 tema bilik yang anda boleh pilih, Pirate, Adventure, Kingdom, Ninjago. Rasaikan pengembaraan sebenar di dalam bilik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jadi Tarikan Di JohorAnantara Desaru Coast Residences
Bayangkan percutian anda kali ini hanya di dalam negara yang sudah pastinya anda telah banyak berjimat dalam percutian mewah kali ini. Terletak dalam jarak yang berdekatan dari Singapura dan Kuala Lumpur, keunikan pantai Anantara Desaru Coast Residences yang mewah dan percutian mesra keluarga menonjol di antara villa-villa kediaman di Malaysia.
20 villa yang dilengkapi kolam renang, beberapa unit bilik yang menghadap Laut China Selatan. Pemilik dan penghuni menikmati akses ke Pantai Desaru dan kemudahan lima bintang di Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu dengan akses mudah dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, Anantara Desaru Coast Residences menawarkan gaya hidup pantai yang unik dengan koleksi 20 villa kolam renang peribadi dan empat bilik tidur mewah untuk dijual. Kediaman yang dikendalikan oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini dilengkapi dengan kemudahan resort lima bintang, akses ke pantai peribadi dan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan untuk semua.
Terletak di 17 kilometer di tepi pantai, Desaru Coast adalah destinasi akan datang yang terdiri daripada hotel dan resort terkenal di peringkat antarabangsa, dua padang golf oleh The Els Club Desaru Coast, Adventure Waterpark – salah satu yang terbesar di dunia, serta tempat membeli-belah dan tempat makan.
Pemaju memenangi anugerah kediaman berjenama mewah di Semenanjung Tanah Melayu Minor International dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembangunan villa kediaman berjenama Anantara pertama di Malaysia – Anantara Desaru Coast Residences.
“Kami gembira dapat memperkenalkan kemewahan asli Anantara ke semenanjung Malaysia,” kata Micah Tamthai, Naib Presiden Real Estate, Minor International. “Terletak di salah satu daerah yang paling didambakan di negara ini, dan dengan hanya 20 kediaman yang ada, pembangunan ini merupakan penanda aras prestij dan eksklusif.”
“Anantara Desaru Coast Residences menawarkan perpaduan unik dari kemewahan, gaya hidup di tepi pantai dan kemudahan keluarga. Dengan lokasi yang ideal di tengah-tengah Pantai Desaru, kediaman baru adalah tempat percutian tepi pantai yang sempurna untuk keluarga dari Malaysia dan sebagainya, ”tambah Micah.
Dibangunkan oleh Minor International – salah satu syarikat perhotelan, restoran dan gaya hidup terbesar di Asia Pasifik, dan Resort & Hotel Bertema (TAR & H) – anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, Anantara Desaru Coast Residences mempunyai 20 kolam renang peribadi, tiga dan empat bilik tidur villa masing-masing dengan pemandangan Laut China Selatan dan akses terus ke pantai. Villa yang berukuran dari 3,100 hingga 6,426 kaki persegi dan menawarkan ruang tamu dalaman dan luaran dengan cahaya semula jadi dan angin laut melalui tingkap-tingkap besar, ruang makan dan ruang santai terbuka serta kolam renang yang luas. Dikelilingi oleh pepohon yang rimbun untuk menambah nikmat privacy, kamar tidur suite yang luas menawarkan pemandangan kolam renang tanpa batas, pantai dan laut cukup mengujakan.
Kediaman diuruskan dan diservis sepanjang tahun oleh Anantara Desaru Coast Resort & Villas. Pemilik dan penghuni menikmati akses eksklusif, kemudahan lima bintang di resort ini. Ini termasuk pantai peribadi, kolam renang laguna dan kolam infiniti menghadap laut, Anantara Spa, pusat kecergasan, kelab kanak-kanak dan remaja serta pelbagai pilihan tempat makan Malaysia, Thailand dan antarabangsa terdapat di sini.
Potensi pembangunan Desaru Coast yang luas sebagai destinasi mewah, ditambah dengan pengalaman Minor International selama beberapa dekad dalam pengurusan kediaman berjenama, menjadikan Anantara Desaru Coast Residences sebagai peluang pelaburan yang sangat baik. Kediaman ini boleh dibeli dengan harga bermula MYR 7.5 juta.
Untuk maklumat mengenai Anantara Desaru Coast Residences, sila layari: www.anantaradesaru-residences.com. Pertemuan peribadi boleh diatur dengan menghubungi +60 19 241 2296 atau
propertiysales@minor.com.
Sebuah pembangunan yang sedang meningkat nama di selatan, pastinya memberi impak yang cukup memukau bagi yang inginkan sebuah percutian mewah dalam gaya tersendiri. Lihat sahaja tawaran villa yang ada di sini, anda hanya perlu tanya selera apa yang anda inginkan sewaktu percutian kali ini. Jadikan percutian dalam negara ini satu kenangan terindah untuk anda sekeluarga.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Interior Mewah “Gaggan at Louis Vuitton”, Restoran Pertama LV Di Asia Tenggara
Berita baik buat peminat jenama mewah antarabangsa, “LV The Place Bangkok” kini telah dibuka di Bangkok, Thailand.
Mempunyai dua tingkat dan terletak di kompleks pusat bandar di Ratchaprasong, “LV The Place Bangkok” yang baru sahaja dibuka pada 28 Februari baru-baru ini, menawarkan pengalaman 360 darjah yang baharu ke dunia jenama mewah ini.
Ia mengetengahkan konsep yang menghubungkan seni, fesyen, makanan dan budaya, merangkumi ruang pameran, butik jualan, restauran dan kafe yang cukup elegan dan mempesonakan.
Para pengunjung juga ‘disajikan’ dengan dekorasi interior mewah, baik dari segi pemilihan perabut dan perhiasan, kemasan lantai, siling serta dinding, susun atur ruang pameran, mahupun menu yang sediakan.
Pada pintu masuk bahagian hadapan, pengunjung disambut oleh fasad yang menarik, dihiasi dengan bentuk berlian yang gemerlapan, untuk merasai pengalaman yang menakjubkan.
Ruang Pameran “Visionary Journeys”
Di tingkat bawah, tetamu memulakan “Visionary Journeys”, yang menempatkan ruang pameran mengenaisejarah Louis Vuitton. Pengalaman scenografi ini, direka oleh OMA dan Partner Shohei Shigematsu, membawa pengunjung mengembara melalui bilik bertema, bagi meneroka aspek berbeza legasi Maison, daripada sudut seni pertukangan dan inovasi kepada perjalanan dan kreativiti.
Le Café Louis Vuitton
Le Café Louis Vuitton juga terletak di tingkat bawah, menawarkan pengalaman kulinari yang menarik. Suasana kafe yang menghijau, menampilkan unsur botani dan perincian reka bentuk Louis Vuitton yang cukup ikonik. Cafe ini juga menyediakan suasana yang sempurna untuk menikmati pelbagai jenis pastri, kek dan pencuci mulut yang lazat, dengan sentuhan Louis Vuitton yang istimewa.
Louis Vuitton Store
Tingkat atas menempatkan kedai Louis Vuitton, ruang elegan yang mempamerkan koleksi lelaki dan wanita. Kedai ini menampilkan produk eksklusif, termasuk beg Alma Nano Rainbow yang eksklusif di seluruh dunia dan kasut LV Trainer Upcycling, di samping koleksi yang disusun rapi dan pilihan hot stamping.
Gaggan at Louis Vuitton
Bukan itu sahaja, menariknya “LV The Place Bangkok” juga menempatkan restoran pertamanya di Asia Tenggara. Ia dinamakan “Gaggan at Louis Vuitton” bersempena dengan kerjasama chef terkenal dunia Gaggan Anand.
Variasi menu kulinari mewah berinspirasikan hidangan Thai disajikan daripada udang galah hinggalah kepada pencuci mulut yang luarbiasa cantik dan sedap bagi memenuhi citarasa.
Pelanggan juga boleh merasai menu santapan eksklusif berdasarkan 5 “S” – (Sweet) Manis, (Sour) Masam, (Salty) Masin, (Spicy) Pedas dan (Surprise) Kejutan.
Jadi buat yang berada di Bangkok, Thailand, rebut peluang merasai pengalaman mewah di “LV The Place Bangkok” ini.
📍LV The Place Bangkok
Pusat Beli-belah Gaysorn Amarin, Ratchaprasong, Bangkok
⏰ 12pm – 3pm, 6pm – 11pm (Tutup pada Selasa & Rabu)
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber: Bangkok Foodie, pamper
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI