Sentuhan Magis Glam Moden

Share

Memiliki sebuah kediaman pastinya menjadi impian ramai diluar, tetapi bila sudah memiliki kediaman tidak tahu pula tema apa yang ingin di ketengahkan dalam rumah. Moden, klasik, Inggeris, kontemporari, minimalis, zen dan sebagainya.Tepuk dada tanya selera apa konsep dan gaya yang ingin ada ketengahkan dalam kediaman peribadi.

Konsep Glam Moden kali ini jadi pilihan Impiana untuk mengupas apa sebenarnya konsep ini, dari seri pemilihan warna, susun atur seta pemilihan perabot dalam ruang kediaman.

Kemasan lembut seperti langsir, bantal hiasan dan hamparan permaidani juga penting bagi menaikkan seri ruang dengan konsep ini.

Warna gold dan hitam menjadi pilihan utama bila menyentuh konsep Moden Glam ini. Sejauh mana warna ini mampu memainkan peranan dalam pemilihan gaya dan cita rasa.

Sejujurnya, warna gold atau keemasan ini adalah tona warna yang mewah jika diselitkan dalam hiasan. Manakala hitam pula satu warna yang dominan jika digabungkan dengan warna gold.

Apa kata anda?

                   

Gambar: Pinterest

 

Published by
Impiana