Warna juga adalah asas dalam pelbagai perkara. Ia bukan sahaja memberi impak yang mendalam kepada individu malah persekitarannya. Walau hanya calitan pada pakaian, ia berupaya mempengaruhi emosi seseorang.
Warna juga berupaya memberi gaya simbolik terhadap sesuatu perkara, memberi impak terhadap tindakkan seseorang, malah ia sangat mempengaruhi emosi dan personaliti. Setiap warna membawa tujuan dan maksud berbeza. Oleh sebab itu, tidak kira pada pakaian mahupun persekitaran, warna mampu memberi impak.
Antara langkah mudah yang boleh dilakukan adalah dengan menjadikan pilihan warna sebagai perkara asas dalam memulakan hari-hari yang semakin mencabar. Anda digalakkan mencuba vibrasi warna baru dan terkini untuk disuai padankan dengan dekorasi kediaman untuk impak yang lebih mendalam. Tidak bermakna kediaman anda kelihatan tenang dan indah jika menggunakan dekorasi mewah namun padanan warnanya tidak sesuai dengan atmosfera yang ingin dicetus.
Walaupun dengan hanya calitan cat pada dinding, ia berupaya mengimbangi emosi dan merawat lelah setelah seharian penat melakukan tugasan harian. Oleh itu, sangat penting untuk memilih warna yang sesuai dengan emosi yang ingin dicetuskan di dalam kediaman anda. Selain menggunakan warna-warna padu yang kelihatan mendatar pada dinding, IMPIANA ingin mencadangkan anda untuk menggunakan cat dengan kesan khas.
Jika anda mempunyai kekangan untuk mengindahkan dinding, tidak perlu risau. Palitan warna cat bukan sekadar pada dinding. Permukaan lain yang sesuai di cat adalah seperti kerusi, kabinet, bingkai katil, pagar dan sebagainya.
Tapi, bagaimana anda boleh cat semua jenis barang dan permukaan tanpa menghadkan kreativiti anda? Tidak perlu risau, Nippon Paint mempunyai pelbagai vibrasi warna cat untuk pelbagai permukaan sama ada dari bumbung ke lantai, untuk permukaan besi, kayu, siling dan sebagainya
Menghidupkan suasana ruang dengan transformasi warna pada dinding
Ads
Bosan melihat dinding dan perabot kelihatan sama bertahun-tahun lamanya? Sudah pasti idea terbaik adalah dengan melakukan ubah suai untuk memberi nafas segar. Namun, peruntukkan ubah suai tak begitu banyak dan amat terhad. Apa kata, berikan sentuhan segar kediaman anda dengan langkah yang paling mudah dan sangat jimat hanya menggunakan teknik magis.
Salah satu langkah mudah untuk mendapatkan dinding yang menarik tanpa perlu merosakkan dinding dengan gam dari kertas dinding (wallpaper) ialah dengan menggunakan cat dengan efek khas dari Nippon Paint iaitu Momento® Special Effect Paint yang bukan sahaja dapat memberikan anda hasil yang lebih menarik, malah amat mudah untuk dilakukan.
Dengan kesan khas, Nippon Paint Momento® Special Effect Paint memberi peluang untuk anda menghasilkan karya agung dengan cara yang tersendiri. Tambahan lagi, setiap teknik mengecat menghasilkan tekstur dan kesan visual yang berbeza bergantung pada kreativiti anda.
Jadi, pada November yang lalu bertempat di Nippon Paint (M) Sdn. Bhd, Shah Alam, satu bengkel mengecat telah berlangsung. Bengkel #PaintAllSurfaces merupakan usaha bersama pembekal cat No. 1 Malaysia iaitu Nippon Paint dan Impiana dalam membantu pengguna dalam industri untuk mengenalpasti pelbagai permukaan yang sesuai untuk digunakan dengan cat dari Nippon Paint.
Ads
Berikut adalah antara hasil dari peserta bengkel #PaintAllSurfaces menggunakan cat dari Nippon Paint :
Sementara itu, untuk perabot lama yang kelihatan kusam, teknik baik pulih dengan hanya menggunakan palitan cat adalah pilihan terbaik dan berupaya menyelamatkan poket anda dari bocor. Tersedia di Nippon Paint, vibrasi rona cat yang sesuai digunakan untuk pelbagai permukaan termasuk kayu, metal, cermin dan sebagainya.
Meja solek kayu di cat semula menggunakan Nippon Paint Gold Paint hasil dari peserta Jamil Hakim.
Meja kayu ini telah di cat semula menggunakan Nippon Paint Hydro Finish oleh peserta Miriam Omar.
Ads
Kerusi besi yang sudah kusam di cat semula dengan Nippon Paint Hydro Finish dalam kod Arrow Wood oleh Shazreen Muhd.
Kerusi kayu yang di cat semula menggunakan Nippon Paint Hydro Finish oleh Nadia Zakaria
Mari kita mula mengecat semua permukaan hari ini, dengan warna yang lebih ceria ke dalam ruang rumah dan anda mampu mengubah perabot lama atau dinding rumah yang membosankan menjadi lebih menyerlah!
Masih adakah yang percaya akan mitos ini? Hijau tanda cemburu namun persoalannya hijau yang mana? Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis hijau untuk memenuhi permintaan khalayak. Dari pastel, krim, biasan putih, terang dan gelap. Pilihlah mana yang anda gemar yasng menepati cita rasa anda dan situasi di kediaman anda.Mengapa hijau?
Hijau baik untuk mata dan juga mempunyai daya meransang semangat dan memberi ketenteram terutama bagi tuan rumah yang mengidap penyakit seperti darah tinggi dan jantung. Inspirasi di alam semula jadi memberi kelebihan hijau sebagai sebahagian dari tumbuh-tumbuhan. Jadi berinspirasikan dari alam memudahkan kita menyesuai padan perabot berwarna kayu atau putih.
Uniknya hijau, ruang kekal elegan dan ia sebenarnya sangat fleksibel. Bayangkan perabot perang koko, kayu jati atau birch kekal cantik dipadankan dengan kemasan lembut hijau daun pisang atau epal. Malah kebelkangan ini pereka memadan kan perang koko dengan turquoise yang dengan tidak disangka-sangka menjadi ikutan kerana kemewahan warnanya. Itu tidak menghairankan kerana hijau merupakan warna bagi mereka yang berfikiran terbuka dan tenang serta kejujuran.
Bahkan perabot putih juga mula dipadankan dengan rona krim atau pastel. Jika dulu biru atau biru muda menjadi rona klise untuk perabot seperti ini. Tetapi kini pereka mahukan sesuatu yang nampak lebih menarik. Hijau turquoise lembut dn padankan dengan hijau terang juga dalam nada yang sama. Ia umpama dua karakter panas dan dingin menjadi satu. Padankan pada apa sahaja konsep. Scandinavian, moden klasik, shabby chic, nusantara, Inggeris, urban, country dan beberapa lagi konsep lain, hijau mampu menukar mood pandangan anda dengan sekelip mata. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah siapa yang tiada bahan pencuci atau peluntur? Agak pelik jika tiada bahan-bahan pembersihan ini dirumah kan.
Tetapi tahukah anda, lebih 50% daripada kes keracunan bahan kimia isi rumah (‘household chemicals’) yang diaporkan kepada Pusat Racun Negara adalah melibatkan produk pencuci dan peluntur pakaian.
Tidak kira keracunan yang disengajakan atau tidak, ia berlaku kerana bahan ini sangat mudah didapati atau mudah dicapai di dalam rumah.
Langkah-langkah penyimpanan selamat yang boleh anda lakukan :
Simpan semua bahan kimia yang terdapat dalam kediaman di tempat yang tinggi dan sukar untuk dicapai kanak-kanak. Lebih elok jika simpan bahan-bahan tersebut dalam tempat yang berkunci.
Pastikan bahan kimia disimpan didalam bekas asal bagi tujuan mudah dikenalpasti selain bagi memastikan maklumat penting pada label dapat dibaca.
Jika terpaksa memindahkan bahan kimia ke bekas lain,jangan lupa untuk labelkan dengan lengkap agar tidak timbul kekeliruan.
Elakkan daripada menyimpan bahan kimia berdekatan dengan kawasan makanan.
Jangan pindahkan bahan kimia kedalam bekas makanan atau minuman.
Kita selalu berfikir, hanya dinding televisyen kita menjadi kawasan menempatkan televisyen, kita akan menempatkan segala macam gambar dan hiasan yang lain bersama televisyen. Mungkin dari aspek visual ia nampak cantik tersusun. Tetapi soalnya kini di mana mata kita mahu difokuskan? Segala visual ditempatkan dalam satu tempat dan umpama merebut perhatian kita. Mana tempat untuk kita beri tumpuan?
Dinding televisyen sewajarnya dihias secara minimum. Pereka yang peka selalunya menempatkan televisyen dan sistem penstoran kemas agar ruang yang ada dapat dimanfaatkan tanpa mengganggu tumpuan kita menonton.Seperti biasa anda boleh merancang kedudukan televisyen berdasarkan pelan lantai. Jadi ukur kedudukan televisyen anda berdasarkan tempat duduk anda. Ini adalah kerana ada di antara kita yang suka duduk di lantai, hanya bantal besar di rumahnya. Ada juga yang gemarkan sofa lembut yang agak mendap apabila diduduki dan ada juga yang suka sofa yang agak tinggi sedikit seperti sattee. Jadi pastikan bahagian tengah televisyen berada di kedudukan aras mata kita.
RINGKAS DAN KEMAS. RAK BINA DALAM YANG CANTIK UNTUK MENEMPATKAN PELBAGAI BARANG PENTING DAN HIASAN MINIMUM. TELEVISYEN NAMPAK LEBIH SELESA DITONTON,
GAYA SEDERHANA NAMUN PRAKTIKAL. POTONGAN KABINET TERTUTUP BAGI MENEMPATKAN SEGALA KEPERLUAN DAN DITUTUP KEMAS AGAR TIDAK MENGGANGGU FOKUS TONTONAN TUAN RUMAH.
IDEA MODEN DENGAN KEMASAN RINGKAS DAN KABINET POTONGAN MINIMUM DAN BIJAK MENYEMBUNYIKAN BARANG AGAR TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.PILIHAN WARNA GELAP MEMBANTU MENYERLAHKAN LAGI VISUAL TELEVISYEN.
SENTUHAN MODEN. TEMA JIMAT RUANG DAN MENGELAKKAN KEMALANGAN KECIL MENJADI INSPIRASI. SESUAI UNTUK PEMILIK RUMAH KECIL.
ALAHAI COMELNYA. SUAI PADAN DAN KITAR SEMULA BARANG MENJADIKAN DINDING INI SEPERTI RUANG PAMER PRODUK DEKOR YANG CANTIK. TIDAK BANYAK BARANG , SEMUANYA DI SIMPAN DI DALAM KABINET TERTUTUP, ADA ELEMEN HIDUP DAN PEMILIIHAN WARNA LEMBUT MEMBERI KESELESAAN PANDANG PADA RUANG KECIL INI.
REKAAN BIJAK DAN KEMAS. WARNA PUN MENARIK DAN MUDAH UNTUK DIJAGA SERTA MEMBERI KESELESAAN PADA TONTONAN JUGA CUKUP BERGAYA. SAMA PULA WARNA KAYU DENGAN KULIT KERUSI BARCELONA TU…MENARIK…
CLEAN CUT. IDEA SIMPLE YANG BOLEH DIIKUTI OLEH SEMUA PEMILIK KEDIAMAN. KEBANYAKAN KABINET BINA DALAMNYA PULA TERTUTUP KEMAS DAN TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.
IDEA KEMAS DAN TERSUSUN. BUKAN SAHAJA REKAAN DIBUAT SECARA HORIZONTAL TETAPI VERTICAL. IA MENYERLAHKAN NILAI ELEGAN SEBUAH RUANG YANG PADA DASARNYA SIMPLE DAN KOSONG. BAHAGIAN TELEVISYEN KEKAL DIKENAKAN DENGAN RONA GELAP.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.