Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.
“Saya memiliki rumah ini sejak tahun 2021 dan ia disewakan pada tahun 2022. Saya pindah semula pada Aug 2023.”
“Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Usia Sebenarnya rumah ini adalah lebih dari 100 tahun sebab ia dibina pada permulaan tahun 1900,” ujar Eddie.
Berkongsi tempoh proses renovasi kediaman yang terletak di Northern Rivers, New South Wales, Australia ini, menurut pemilik renovasi dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah pada permulaan 2022 untuk membina dek belakang rumah manakala peringkat kedua pula mengambil masa hampir 7 bulan, bermula dari bulan Dec 2023 hingga ke bulan Jun 2024.
Inspirasi & Konsep Kediaman
IMPIANA tertarik dengan pelbagai mainan warna yang ditonjolkan, menyerlahkan karakter dan seri ruang kediaman yang tampak ceria. Pemilik ‘berani’ menyuntik elemen rona terang pada dekorasi ruang kediamannya, berbanding kebanyakan pemilik rumah lain yang gemar memilih rona selamat seperi warna lembut dan pastel.
“Secara jujur, saya pun tak tahu apakah konsep rumah saya. Akan tetapi, saya memang minat dengan warna. Saya juga gemar dengan konsep minimalist (less is more), modern contemporary, vintage dan sebagainya,” kata Eddie.
Ruang Masuk ke dalam rumahRuang Tamu
Ads
Balkoni depan rumah atau ruang matahari (sun room)Balkoni depan rumah atau ruang matahari (sun room)Bilik tidur
Menariknya pemilik cukup berjiwa kreatif dan bijak menghias sendiri dekorasi hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri.Inspirasi menghias kediaman ilham datangnya dari majalah-majalah dekorasi, kedai-kedai perabot, filem-filem antarabangsa dan sebagainya.
Pintu ke ruang dapur dan dek belakang rumahDapur
Sebahagian ruang dapur
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah ruang yang lapang, tenang dan ceria serta dipenuhi tumbuhan semulajadi menghiasi laman dan ruang kediaman. Maka tidak hairanlah ruang dek belakang (back deck) menjadi ruang kegemaran buat pemilik dalam meluangkan masa dan menangkan fikiran di rumah.
“Rumah seharusnya adalah tempat dimana saya akan berasa selesa, tenang dan selamat selain dari tempat berteduh. Rumah juga adalah tempat yang selalu saya banggakan, lagi-lagi bila saya berasa tenang setiap kali saya pulang,”
“Saya suka ruang yang ceria, lapang, teratur dan juga dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga-bunga hidup. Saya tak mahu rumah saya kelihatan berserabut,” jelas Eddie.
Ads
“Ruang favourite saya adalah dek belakang (back deck). Ruang ni selalu membuat saya berasa tenang, dikelilingngi kicauan burung-burung, pemandangan yang indah dan juga hirupan udara yang segar. Memang terbaik untuk minda,” ujar Eddie lagi.
Ruang santai di dek belakang rumah.
Perancangan Masa Hadapan
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan buat kediaman ini, pemilik berhasrat untuk melakukan renovasi pada bilik air serta ingin bercucuk tanam di laman rumah.
Ads
“Saya merancang untuk membuat renovasi pada kamar mandi dan bilik air tahun depan jika ada rezeki yang berlebihan, in shaa Allah. Saya juga teringin nak memulakan tanaman sayur-sayuran, pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan seperti pokok cili, tomato, kacang panjang dan lain-lain lagi,” ujar Eddie.
Garage (digunakan untuk storage)Car port yang diubah menjadi ruang santai BBQ.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan dapat direalisasikan hendaknya suatu hari nanti. Semoga menjadi inspirasi buat peminat hiasan dalaman dan dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Eddie Usia Kediaman: Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist, Classic & Modern Contemporary, Vintage Lokasi: Northern Rivers, New South Wales, Australia Keluasan Kediaman: 525sqm Jenis Kediaman: Banglo Rumah Kampung Spesifikasi Ruang Kediaman:
1 Dapur, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, 1 Balkoni Depan atau Bilik Matahari (Sun Room), Ruang Tamu, Dek Belakang (Back deck), Garage (digunakan untuk storage) dan tempat letak kereta (car port) yang diubah menjadi ruang santai luar rumah.
Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix merupakan tanaman saka yang berasal dari Asia Tenggara. Hari ini limau purut banyak ditanam di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Keiffer lime (Kafir lime) di Barat, Bai makrut di Thailand dan di Indonesia dipanggil Jerut purut kerana rasanya masam dan sedikit pahit.
Limau purut ditanam secara meluas di seluruh dunia sebagai penyeri laman untuk diambil buahnya. Ia sesuai ditanam dalam bekas tanaman dan juga dalam pasu-pasu besar yang diletakkan di patio atau pun teres.
Limau purut kelihatan sama dengan limau nipis, cuma buahnya bulat, kulitnya lebih mengerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berair, masam dan pahit. Kadar tumbesarannya agak perlahan jika dibandingkan dengan limau lain. Ia boleh tumbuh sehingga 30 meter tinggi. Daunnya akan membiak dan berwarna hijau gelap. Struktur daunnya yang bersayap seolah-olah memberi gambarandua helai daun yang dicantumkan dari hujung ke hujung dan kelihatan seperti nombor lapan. Daunnya mengandungi sejenis minyak yang berbau wangi yang kuat, berunsur kimia dengan bahan sabininie sebanyak 14% dan bahan liminene sebanyak 15%.
Cara Penanaman
Sediakan lubang penanaman berukuran 0.6 x 0.6 x 0.6 meter dan diisi dengan baja triplesuper phosphate (100 gram), baja tahi ayam (100 gram) dan 100 gram GML. Gaul hingga rata.
Masukkan anak benih yang telah ditut atau yang didapati dari tapak semaian ke dalam lubang tadi. Masukkan tanah sehingga memenuhi lubang dan biarkan sedikit tinggi dari permukaan lubang.
Kemudian siram.
Jika pasu digunakan sebagai bekas tanaman, pastikan campuran tanah dengan kadar 3:1:1 (komposis tanah: tahi ayam: pasir). Isi campuran tadi ke dalam pasu sehingga paras 2 inci lebih rendah dari permukaan pasu dan mempunyai lubang air. Masukkan anak benih pokok tadi dan siram. Letakkan di tempat yang dapat menerima sinaran cahaya matahari yang mencukupi.
Penjagaan
Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Bajakan anak pokok menggunakan tahi ayam reput dalam kuantiti 5 kg setiap satu, setiap 6 bulan bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).
Lakukan cantasan untuk membuang tunas air, ranting dan dahan yang berpenyakit dan kurang sihat.
Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan mencabut di keliling pokok-pokok muda. Elakkan dari menyembur racun kimia pada pokok kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan sebagai produk kesihatan.
SELAMAT MENCUBA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lisa BLACKPINK memang bijak melabur kekayaannya di usia muda dalam hartanah. Baru-baru, penyanyi yang berasal dari Thailand ini telah membeli sebuah banglo mewah yang terletak di Beverly Hills, California.
Pada usia 27 tahun, Lalisa Manoban telah memperluaskan portfolio pelaburannya dengan membeli hartanah yang berharga AS$3.9 juta atau kira-kira RM19 juta. Perkara ini tidak hanya mencerminkan statusnya sebagai salah seorang selebriti terkaya, tetapi juga menunjukkan kebijaksanaannya dalam pengurusan kekayaan.
Jom kita intai dekorasi rumah Lisa di kawasan elit ini:
Banglo berkeluasan 1.3 ekar itu cukup mewah selain dikelilingi landskap bukit bukau yang cukup menenangkan selain dilengkapi sistem keselamatan canggih. Mansion Gloval melaporkan Lisa yang berasal dari Thailand membeli hartanah itu hanya selepas beberapa hari banglo mewah itu siap.
“Lisa membeli sebuah banglo pada harga AS$3.9 juta di Beverly Hills dan ramai selebriti Hollywood lain tinggal di kawasan sama.
“Hartanah itu sangat luar biasa sebab walaupun sudah diubah suai tetapi ia tetap mempunyai aura klasik yang menjadikan ia istimewa. Sesiapa sahaja yang masuk ke kawasan itu akan rasa seperti di tempat lain,” katanya.
Tidak hanya di Amerika Syarikat, penyanyi lagu Money itu juga membeli sebuah kediaman mewah di Seongbuk-dong, Seoul tahun lalu yang dilaporkan berharga RM25 juta.
Itu tidak termasuk beberapa hartanah lain dimilikinya di Bangkok, Thailand.
Dengan gaya hidup yang tidak boros, Lisa menggunakan lebihan kewangannya untuk pelaburan yang menguntungkan, membuktikan bahwa dia bukan saja seorang bintang pop yang berjaya tetapi juga seorang pelabur hartanah yang pintar.
Merata dunia aset hartanah Lisa, moga memberi inspirasi untuk kita miliki sendiri hartanah walaupun sebuah!
Penggunaan meja bakan berbentuk bulat di ruang makan yang terhad mampu membuatkan kawasan tampak lebih luas. Ini kerana bentuk meja yang bulat tanpa bucu memberikan lebih banyak ruang di meja makan. Lebih banyak orang boleh ditempatkan di meja makan berbentuk bulat berbanding meja makan yang bersegi. Jadi, untuk memaksimakan penggunaan dining area kecil di kediaman anda, pilihlah meja makan berbentuk bulat. Impiana lampirkan 10 idea untuk anda cuba di rumah. Selamat mendeko!
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.