Berita

Seorang Mak Cik Kumpul Barangan Tidak Berguna Di Rumah Selama 20 Tahun

Share

Baru-baru ini, tular di laman media sosial Twitter perkongsian oleh seorang individu wanita berkongsi kisah seorang mak cik yang telah mengumpul barangan tidak berguna di kediamannya. 

Menerusi entri yang sama, beberapa keping foto yang memaparkan keadaan ruang dalaman dan persekitaran kediaman wanita terbabit turut dikongsikan bersama orang ramai. 

Amat mengejutkan, pemilik kediaman terbabit kelihatan begitu sangat tidak kemas dengan lambakan barang-barangan terpakai yang sudah tidak digunakan lagi. Malah, bukan itu sahaja kediaman wanita tersebut kelihatan begitu sudah tidak lagi selesa dan sesuai untuk didiami. 

Mungkin ada yang masih belum mengetahui, tabiat sikap suka menyimpan barangan yang tidak digunakan untuk satu jangka tempoh masa lama telah diklasifikasikan sebagai satu masalah penyakit mental yang dikenali sebagai ‘Hoarding Disorder’. Masalah penyakit ‘Hoarding Disorder’ ini boleh mendatangkan pelbagai masalah yang mudarat di kemudian hari. 

Rentetan masalah yang berlaku, dua anak perempuan kepada wanita terbabit terpaksa berkongsi di dalam sebuah bilik kecil bersama ekoran masalah lambakan barangan tidak berguna yang ada di ruang tamu, dapur serta bilik tidur yang lain.

Difahamkan, wanita terbabit telah mengumpul kesemua barangan terpakai yang tidak berguna seperti botol-botol plastik, surat khabar lama dan pelbagai barangan rosak selama 20 tahun.

Foto: Twitter Marina Ibrahim

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental

 

 

Published by
Nazar Rafiqhi