Tak lama lagi sahaja kita akan menyambut perayaan hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Jadi, sudah pasti ramai yang sudah mula sibuk mula untuk menghias rumah supaya tampak lebih cantik betul tak?
Maklum lah, apabila menjelang hari Raya Aidilfitri mesti ramai para tetamu yang akan datang ke rumah menziarahi ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat bagi meraikan kedatangan bulan Syawal yang penuh bermakna.
Oleh itu, pintu rumah juga harus tampak cantik dan menawan! Tak begitu?! Jika pintu utama di kediaman anda sudah buruk dan kusam, jangan bimbang kerana ada cara yang lebih mudah boleh anda lakukan dengan memberi nafas baru kepada pintu rumah anda.
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengecat semula pintu rumah dengan cara seperti ini. Anda disarankan untuk menggunakan cat pintu jenama NIPPON PAINT ODOURLITE kod warna Black 1144.
Ads
Dengan cara ini, anda tidak perlu berbelanja besar untuk mengantikan pintu rumah anda yang telah buruk dan kusam itu. Anda cuma perlu memberi nafas baru kepada pintu rumah anda dengan mengecat semula. Langkah ini bukan sahaja memudahkan malah akan menjimat wang anda!
Lihat hasilnya, pintu rumah anda akan tampak lebih mewah dan menarik dengan pemilihan rona hitam yang begitu elegan sekali. Sudah pasti jika anda melakukan cara ini dengan memberi nafas baru pada pintu rumah anda, kediaman anda akan tampak lebih berseri-seri di pagi Raya sehingga memukau mata para tetamu yang datang ke rumah anda.
Ads
Jika anda mahu mendapatkan cat seperti ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Jangan Salah Pilih Pokok Hiasan Untuk Rumah Anda, Ini Panduannya! Pokok hiasan dalam rumah bukan sahaja memberi keindahan visual tetapi juga memberikan pelbagai faedah kesihatan dan kestabilan emosi.
Pokok-pokok yang hijau dengan daun yang subur memang mampu menaikkan seri rumah anda, baik di luar mahupun di dalam rumah. Banyak yang percaya pokok hiasan dalam rumah sulit dijaga tanpa cahaya matahari yang mencukupi, tetapi sebenarnya ada banyak pilihan yang tahan dalam cahaya yang terbatas.
Di sini, IMPIANA kongsikan beberapa panduan untuk memilih dan menjaga pokok hiasan yang sesuai untuk ruang dalaman anda:
1. Cahaya dan Ruang
Pencahayaan: Pertimbangkan tahap cahaya dalam ruang di mana pokok akan ditempatkan. Beberapa pokok memerlukan cahaya terang langsung, manakala yang lain lebih sesuai dengan cahaya teduh.
Ruangan: Pastikan pokok yang dipilih mempunyai ruang yang mencukupi untuk tumbuh tanpa sekatan. Faktor ini amat penting untuk memastikan pokok berkembang dengan baik.
2. Kepelbagaian Spesies
Penanaman Campuran: Campurkan jenis pokok yang mempunyai keperluan air dan cahaya yang berbeza untuk mencipta lanskap dalaman yang berwarna-warni dan menarik.
Pokok Serbaguna: Pilih pokok yang boleh digunakan sebagai hiasan dalaman tetapi juga boleh dikeluarkan ke luar untuk kelebihan udara segar.
3.Penjagaan yang Sederhana
Penyiraman: Pastikan pokok menerima penyiraman yang mencukupi berdasarkan keperluan spesies masing-masing. Terlalu banyak atau terlalu sedikit air boleh merosakkan pokok.
Pembajaan: Berikan baja secara berkala untuk menyokong pertumbuhan yang sihat.
4. Kesan Kesejahteraan
Kesihatan Mental: Kajian menunjukkan pokok hiasan dapat meningkatkan keadaan emosi dan mengurangkan tekanan.
Kualiti Udara: Beberapa spesies pokok boleh menapis udara dari bahan kimia berbahaya dan memberikan oksigen tambahan.
5.Pemilihan Pokok Popular
Monstera (Monstera deliciosa): Tahan lasak, sesuai untuk ruang tamu dengan cahaya teduh dan perlu disiram secara berkala.
Spider Plant (Pokok Labah-Labah): Tahan lasak dengan keperluan air yang rendah.
Pothos: Ideal untuk tumbuh dalam keadaan cahaya rendah.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan mempertimbangkan cahaya, ruang, dan keperluan penjagaan, anda boleh mewujudkan persekitaran yang menyegarkan dan menenangkan di dalam rumah anda. Pastikan untuk memilih pokok yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal.
Sofa kotor dan bertompok apatah lagi bila berwarna berwarna cerah memang akan menyakitkan mata. Air atau makanan yang tertumpah akan meninggalkan kesan kotoran dan bertompok.
Kotoran sofa yang sebegini memang akan lenyap bila punya vakum yang khusus atau mengambil khidmat pembersihan sofa. Semua ini dah tentu memerlukan bajet. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.
Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.
Bersih sofa kotor guna penutup periuk
“Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi. Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih,” katanya.
Sediakan bahan berikut
-Cecair pencuci pinggan
-Penutup periuk
-Kain
-Air panas secukupnya
Cara bersihkan sofa guna penutup periuk
1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.
2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.
3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.
4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.
5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.
Ramai Tak Tahu Rupanya Banyak Fungsi Berguna GEL SILIKA Untuk KediamanPerasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol-botol ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau.
Gel Silika ini mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak dan mampu untuk bertahan lebih lama. Sekaligus dapat mengurangkan risiko produk berkulat, berkarat atau teroksida akibat udara yang terkedap serta terperangkap di dalam ruang simpanan produk tersebut.
Walaupun dekat paket gel silika itu tulis “THROW AWAY” atau perlu dibuang namun sebenarnya ia masih bermanfaat dan boleh digunakan lagi untuk tujuan lain pada kediaman.
1. Segarkan Suasana Bilik
Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, boleh gunakan gel silika ini untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian gel silika daripada paket ke dalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.
2. Hilangkan Bau Busuk
Silica gel sangat berguna dan mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut yang ada. Lebih-lebih lagi kasut yang mudah berbau busuk kerana berpeluh seperti kasut sukan. Dengan meletakkan gel silika dalam kotak mahupun rak kasut. Ia dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin.
3. Elakkan Barang Berkarat & Berkulat
Ada banyak barang yang mudah berkarat dan berkulat di dalam rumah seperti pisau cukur, pisau dapur, ketip kuku, gunting serta banyak lagi objek terutama kalau ia daripada bahan besi.
Bagi memastikan barang-barang di atas tidak mudah berkarat atau berkulat gara-gara persekitaran yang lembap dan basah, sila simpan objek peribadi ini bersama gel silika di dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.
4. Selamatkan Gambar-Gambar Lama
Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada.Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak.
Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket gel silika.Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.
5. Menjaga Barang Perhiasan Agar Tetap Berkilau
Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau, letakkan gel silika ini di dalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.
6. Baju Jarang Digunakan Tahan Lama
Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan gel silika ini.
7. Menjaga Dokumen Penting
Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica di antara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.
8. Bahan Makanan Kering Tahan Lama
Masukkan gel silika ini ke dalam bekas kedap udara untuk menyimpan biskut, gula, kekacang, beras, serbuk milo, teh, kopi dan sebagainya mampu membuatkan ia tahan lama, kekal kering dan tak keras kerana masuk angin.
9. Mengeringkan Handphone
Saat cemas, bila handphone terkena air.Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu.Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan gel silika dan handphone ke dalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Jadi selepas ini, jangalah buang gel silika ini iya. Manfaatkan iya untuk perkara-perkara di atas.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.