Siapa sangka, kulit telur yang biasanya dibuang sebenarnya boleh menjadi penyelamat rumah anda dari masalah serangga dan tikus.
Kulit telur yang dihancurkan menjadi serbuk bukan sahaja berguna untuk tanaman sebagai baja organik, tetapi juga berkesan untuk menghalau tikus dan lipas secara semula jadi.
Jom ikuti langkah mudah berikut untuk membuat serbuk kulit telur sebagai penghalau serangga semula jadi!
Bahan-bahan:
1) Kulit telur ayam
Langkah-langkah:
1) Basuh dan keringkan kulit telur.
2) Tumbuk atau kisar halus kulit telur tersebut sehingga menjadi serbuk.
3) Tabur serbuk kulit telur di setiap penjuru dan sekitar rumah.
4) Lebihan serbuk kulit telur itu boleh disimpan di dalam botol untuk kegunaan pada masa akan datang.
Menurut Abel Lione Korea, serbuk kulit telur itu juga berkesan untuk menghalau haiwan melata yang lain.
“Semut dan lipas yang suka merayap di kawasan dapur pun akan lari apabila ada serbuk kulit telur ini.
“Kalau tak mahu guna kulit telur, boleh juga tabur lada hitam di lubang yang tikus selalu masuk.
“Bau daripada kulit telur dan lada hitam akan menyebabkan rasa kurang senang pada hidung tikus yang sensitif,” jelasnya.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA : Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam rumah dan menjimatkan kos membeli racun serangga.
Mesti Baca:Hasil 6 Bulan Tanam KUNYIT Dalam Tayar, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:3 Kegunaan Serbuk Kunyit Untuk Tujuan Berkebun Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik: Tanam Kunyit Macam Ni Bawah Teduhan, Daun Jadi Lebar Dan Tak Kuning
Follow WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Habuk Dalam Cili Kering Bahaya, Kulat Tinggi Toksin Boleh Buat Keracunan!
Cili kering adalah bahan penting dalam masakan Malaysia dan sering digunakan di dapur. Namun, kebelakangan ini, timbul kebimbangan mengenai bahaya yang mungkin wujud dalam cili kering yang mengandungi habuk dan kulat.
Kajian menunjukkan bahawa kulat yang tumbuh pada cili kering boleh menghasilkan toksin berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Habuk ini berasal dari fungi jenis aflatoxins yang sangat tinggi toksin dan boleh jadi penyebab penyakit kanser.
Perkara ini dijelaskan oleh Syifa’ Ul-hanani dalam satu perkongsian beliau. Berikut adalah penjelasan tentang bahaya habuk dalam cili kering yang wajib kita ketahui.
Habuk dalam cili kering bahaya!
“Cili kering biasa kalau penuh kulat berhabuk macam tu. Basuh je la nanti hilang, boleh je guna. Selama ni saya guna okay je.”
Ni ayat biasa orang awam yang belum tahu. It is okay. Jom sama-sama kita belajar👌
Ada sebab kenapa saya terangkan pasal fungi dulu, hujung-hujung baru masuk pasal cili kering. Siapa yang dapat point tu dia bijak.
Secara ringkasnya dari post di atas, habuk yang kita nampak/cendawan yang kita nampak tu hanya bahagian reproduktif/pembiakan dia. Kalau pokok macam bunga la. Pokok tu sendiri kita panggil vegetatif (mycelia bagi fungi).
Kalau higher fungi, dia ada fruiting body iaitu cendawan dan dalam cendawan tersebut ada spora seperti debunga atau benih. Tapi untuk lower fungi ia hanya menghasilkan spora sahaja.
Sebelum menghasilkan spora, tidak kiralah higher atau lower fungi, ia perlu capai tempoh matang dahulu bersama dengan keperluan hidup serta keadaan yang optimum. Maksudnya apa? Sebelum keluar spora tu kulat tu dah ada, mycelia merebak di seluruh cili kering ibarat sawang labah-labah yang membungkusi cili kering. Tapi ini lagi ekstreme, dia berlaku dari dalam, pada pringkat sel cili kering.
Ataupun lebih ringkas lagi, yang kita nampak itu rumput saja tapi akar yang merebak bawah tanah kita tak tahu sampai mana. Jadi kalau kita cabut rumput, adakah dia takde? Tak… ia akan tumbuh lagi kerana bawah tanah penuh dengan sulur dan akar rumput. Faham?
So dekat sini, kalau bersihkan spora fungi yang ada di cili kering pun tak guna, sebab dalam sel cili kering itu sendiri dah ada mycelia yang seperti akar.
Fungi kategori sangat toksik, kena buang kalau dapat
Jadi betul ke berbahaya kulat pada cili kering tu? Yes!
Fungi yang ada pada cili kering adalah jenis Aspergillus sp. Dan majoritinya adalah Aspergillus section Flavi. Fungi ni adalah jenis fungi yang menghasilkan aflatoxins ampuh kategori sangat toxic (highly toxigenic).
Aflatoxins adalah bahan yang hepatocarcinogenic metabolit iaitu ejen penyebab kanser hati. Ada 4 jenis aflatoxins dan yang paling toksik adalah B1 yang dihasilkan oleh Aspergillus, fungi cili kering.
Aflatoxin ini bahaya untuk manusia dan haiwan. Bukan cili kering saja hasil pertanian yang selalu ditumbuhi dengan Aspergillus. Oleh itu beberapa negara di dunia buat regulasi bagi menentukan limit aflatoxin yang dibenarkan dalam makanan contohnya US, 20microgram/kg. Barulah ia dibenarkan untuk dijual. Kalau tak? Petani terpaksa buang macam tu je la hasil pertanian mereka.
Tapi, masa beli cili kering Aspergillus tak nampakpun tiba-tiba kita balik rumah perap cili dalam almari dan bila nak masak tengok dah berkembang biak dia. Masa gunting berhabuk teruk. Sebabnya, keadaan tempat simpan sangat kondusif. Lembap, gelap, sunyi, suhu pun sesuai?
So bila dah macam tu, of course la dah lebih limit selamat 20 microgram/kg yang selamat kita makan. 100-1000x dos asal. So apa yang perlu dibuat kalau cilinya macam tu? Buang! Jangan sayang sangat. Kesihatan lagi penting.
Tak kena kanser sekarang belum tentu takkan kena nanti. Lagipun kanser bukannya kita makan karsinogen hari ni, esok terus kena kan.
Fakta perlu tahu
Ni fakta yang korang patut tahu dan ingat sebelum rasa sayangnya cili kena buang.
1. Pemakanan cili yang tercemar dengan aflatoksin di kawasan pengeluar cili besar dikaitkan dengan kanser hempedu di Bolivia, Chile dan Peru (Asai et al., 2014; Nogueira et al., 2015).
2. Keimunan badan jadi lemah, senang kena penyakit(Turner et al., 2003).
3. Pertumbuhan dan perkembangan terbantut bagi kanak-kanak (Khlangwiset et al., 2011).
4. Boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, sirosis yang diikuti dengan kematian (Liu and Wu, 2010).
Saya malas nak buat reference. So kalau nak baca detail, sila tekan link untuk baca journal dari Science Direct oleh Singh & Cotty, 2019 dan boleh google sendiri paper lain kalau nak tahu lanjut
https://doi.org/10.1016/j.ijfoodmicro.2018.08.025
Nota Tambahan
Kalau nak beli cili bulat tiada masalah. Boleh guna kaeadah di bawah:
- Lepas beli buka plastik dan jemur bawah matahari sampai kering garing. Elok belah memanjang dulu. Baru boleh simpan dalam bekas kedap udara. Boleh letak dessicant (macam dalam kotak kasut tu)
- Masukkan dalam peti ais/freezer. Nak guna baru keluarkan.
- Beli sikit-sikit, terus masak.
- Proses terus lepas beli kemudian bekukan pes tadi.
Mesti Baca : Pokok Diserang Bena Musim Hujan, Rawat Dengan Air Rebusan Cengkih
Baca Lagi Di Sini:Privasikan Ruang ‘Porch’ Tanpa Naik Konkrit. Jimat Kos Dan Cantik!
Artikel Menarik: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!
IMPIANA : Bahayanya habuk cili kering ni, kalau ada di dapur anda elok terus buang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Adab Naikkan Tembok Hidup Berjiran, Minta Izin & Tanya Dulu Sebelum Buat
Adab Naikkan Tembok Hidup Berjiran, Minta Izin & Tanya Dulu Sebelum Buat. Memiliki jiran yang baik juga merupakan satu rezeki dan nikmat yang perlu disyukuri. Hati senang dan dapat hidup dengan lebih tenang serta harmoni.
“Saya baru saja pindah ke rumah ni. Asalnya hendak minta izin pada jiran untuk roboh kan dawai pagar tengah ni, dan nak ikat batu. Saya upah tukang buat sampai siap cat semua. Pastu jiran cakap kita share bayar. Alhamdulillah.”
Ini antara perkongsian pengalaman pemilik kediaman apabila rezeki dapat jiran yang baik dan tak berkira apabila sama-sama sepakat untuk menanggung kos menaikkan tembok rumah.
Namun banyak juga kes yang berlaku apabila pemilik kediaman tidak bertanya dan berbincang sebelum melakukan renovasi yang turut melibatkan kawasan jiran. Akibatnya, boleh menjadi perselisihan faham dan bermasam muka sesama jiran.
Ini antara adab naikkan tembok hidup berjiran yang boleh dijadikan panduan:
- Jika tinggal di kediaman jenis teres, mempunyai pagar di tengah dan belakang rumah jiran, sebaiknya minta izin, berbincang dan dapat kesepakatan bersama dahulu sebelum merancang untuk menaikkan tembok atau apa juga renovasi yang melibatkan jiran.
- Persetujuan membina tembok pagar dari segi kos ikat batu, konsep rekaan, cat, plaster dan sebagainya. Ini kerana keperluan, kehendak, citarasa dan kewangan setiap orang/jiran tak sama. Mungkin ada yang berkemampuan dan ada juga sebaliknya.
- Oleh yang demikian, pastikan sebelum memulakan renovasi, pemilik kediaman mempunyai modal yang mencukupi.
- Pemilik kediaman tiada HAK untuk ‘memaksa’ jiran membayar kos renovasi atau binaan tembok tersebut. Namun cukup bertuah dan rezeki sekiranya jiran dengan rela hati sanggup menanggung kos bersama. Ia dianggap ‘bonus’ dan atas ihsan hidup berjiran.
- Sebaiknya, buat kemasan menaikkan tembok dengan sempurna. Plaster dan cat sekali tembok rumah jiran dengan cantik jika berkemampuan dan mengikut perbincangan bersama.
- Paling penting buat ukuran dengan tepat dan jangan bina tembok termasuk ke kawasan rumah jiran.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca: Jangan Main Naik Tembok Rumah, Ini Etika Kontraktor Bila Tapak Libatkan Jiran
Baca Lagi Di Sini:Ubah Suai Pagar Cara Betul, Baru Tak Ada ‘Drama’ Masam Muka Sesama Jiran
Artikel Menarik:Siling Rumah Bertingkat Bocor, Tanggung Jawab Jiran Atas
IMPIANA: Semoga perkongsian ini dijadikan panduan sebelum merancang untuk menaikkan tembok pagar rumah. Paling penting kata sepakat persetujuan bersama sebelum memulakan sebarang renovasi yang turut melibatkan kawasan jiran.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar dan Pinggan Mangkuk Yang Paling Mujarab
Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.
Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.
Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.
Hilangkan kesan kunyit pada baju
Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.
Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.
Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.
petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.
Cara menghilangkan kesan kunyit Pada pengisar
Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.
Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.
Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu
Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI