Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut setiap tahun untuk meraikan kemenangan cahaya dalam melawan kegelapan.
Sesuai dengan namanya, Pesta Cahaya ini diraikan secara harmoni oleh masyarakat Malaysia – biasanya dengan perjumpaan dan hidangan juadah yang enak. Bagaimanapun, dengan pandemik dan perintah kawalan pergerakan, sambutan Deepavali tahun ini mungkin sedikit berbeza.
Ini adalah kerana kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding sebelum ini. Di sambil kita menyesuaikan diri dengan normal baharu, apa kata sambutan tahun ini diraikan dengan memeriahkan kediamanan kita dengan warna baharu yang diinspirasikan oleh Deepavali, hiasan Kolam dan Sari yang berwarna-warni. Kita melihat kepada tiga warna asas untuk ketiga-tiga perkara ini – hijau, merah dan kuning.
AkzoNobel, syarikat cat dekoratif dan penyalut yang terkemuka serta pengeluar cat Dulux, mempunyai lebih 2,000 barisan warna untuk kemasan pelbagai jenis permukaan bagi memenuhi semua keperluan dekorasi anda. Di sini, kami ingin mengongsikan beberapa idea bagaimana Dulux boleh membawakan kemeriahan Deepavali ke rumah anda sepanjang tahun ini.
Raikan di rumah dengan warna inspirasi Deepavali
Ads
Dulux Ambiance Pearl GloTM Marvelous Coral (07YR 21/415) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Merah secara semula jadinya adalah warna asas yang sering dikaitkan dengan api, keghairahan dan juga dapat dilihat sebagai warna bertuah ketika Deepavali. Warna merah juga merupakan pilihan sesuai untuk digunakan di bilik tidur, terutama jika ia adalah Marvelous Coral – merah bata lembut dengan sedikit sentuhan merah jambu yang dapat menangkap kecerahan cahaya lampu dan dekorasi Deepavali. Apabila merah ini dipadankan dengan warna semula jadi bumi, ia akan memberikan bilik tidur anda gandingan tenaga yang harmoni. Bagi melengkapkan warna ini, anda boleh menggandingkannya dengan – Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106), iaitu nada warna bumi yang lembut, yang meraikan perubahan.
Dulux Ambiance Pearl GloTM Zodiac Night (70GG 13/323)
Ads
Hijau adalah warna yang menghidupkan yang hadir dalam pelbagai tona. Ianya cukup popular dan digunakan dalam kebanyakan hiasan Kolam dan Sari. Nada hijau sesuai digunakan untuk ruang yang banyak menerima pantulan cahaya semula jadi, dan kehadiran pokok-pokok segar di dalam ruang berkenaan akan menjadikan suasana lebih menenangkan. Zodiac Night adalah hijau gelap yang menyerlah dan bersemangat yang boleh mewujudkan suasana damai dan santai. Nada hijau yang lebih cerah seperti Windsurfer (10GY 74/325) adalah warna kontras yang sangat sepadan dengan hijau gelap Zodiac Night. Dan untuk menyempurnakan semuanya, anda boleh memberi nafas segar ke pejabat di rumah atau ruang tamu dengan kehadiran pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua ini juga terkenal sebagai pembersih udara semula jadi yang menyerap toksin dan mengeluarkan oksigen, walaupun pada waktu malam.
Dulux Ambiance Pearl GloTM Monarch Gold (20YY 36/370) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Ads
Bagi penganut agama Hindu, pakaian kuning dipakai oleh dewa-dewa seperti Dewa Vishnu dan Dewa Krishna, menjadikan warna itu sebagai simbol pengetahuan, kebahagiaan dan kedamaian. Dari segi rekaan dan nilai estetikanya, ia juga adalah warna yang membahagiakan dan mempunyaikan keupayaan untuk mencerahkan ruangan yang gelap secara strategik. Anda boleh mengekalkan semangat Deepavali sepanjang tahun di rumah anda dengan gabungan warna Monarch Gold merentasi warna Brave Ground. Sentuhan tona kuning merentas warna coklat adalah gandingan kontras yang cukup sepadan untuk menyerlahkan lagi gaya rekaan ringkas dan elegan pada bilik tidur atau ruang tamu anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perasan tak? Bila kita menggunakan kipas siling di rumah, mesti kita akan rasa panas jugak. Seolah-olah kipas tu tak dibuka pun. Tapi, level kelajuan kipas tu dah maksimum. Mula lah kita hairan, kenapa jadi macam itu. Rupa-rupanya, bila kita periksa kipas tersebut, penuh dengan habuk dan debu yang tebal. Sebab apa boleh jadi ada banyak habuk dan debu tebal? Mungkin tiada masa untuk cuci atau malas nak cuci. Jadi, anda jangan risau. Kini, saya akan menunjukkan satu cara untuk cuci yang mampu membersihkan kipas siling itu, sebersih-bersihnya seperti baru beli.
Cara yang akan saya terangkan ini adalah cara cuci yang dapat membersihkan kipas tanpa menyebabkan lantai kotor dengan habuk dan debu. Langkah pertama adalah, ambil sarung bantal yang tidak digunakan dan sediakan satu botol semburan yang mengandungi cuka. Untuk membuat semburan cuka tersebut, anda perlulah bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air di dalamnya dan masukkan ke dalam botol semburan. Jika tidak ada cuka, boleh juga menggunakan sabun pencuci yang lain. Baik mari kita sambung. Selepas sudah siap semburan cuka, ambil semburan tersebut dan semburkan di keseluruan sarung bantal.
Selepas sudah semburkan di sarung bantal, ambil sarung bantal itu dan tutup setiap bilah kipas siling di rumah anda. Apabila dah sarung, waktu ini lah anda kesatkan habuk-habuk di bilah kipas tersebut dan lakukannya berulang kali sehingga anda berpuas hati. Dengan cara ini, dapat mengelakkan habuk-habuk dari kipas itu, jatuh ke lantai.
Jadi, bagaimana? Adakah anda berpuas hati dengan cara ini? Boleh kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips mudah ini.
Nak cuci pakaian dalam mesin basuh, bukan boleh pakai humban je. Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum, ketika dan selepas menggunakan mesin basuh. Selain pakaian tidak cepat rosak, jangka hayat mesin pon lebih tahan lama walaupun anda menggunakan mesin basuh cap ayam. Berikut, beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk mesin basuh tahan lama atau tidak mudah rosak.
Ini antara
1. BERSIHKAN MESIN BASUH
perkara wajib yang anda perlu lakukan. Cuci atau bersihkan mesin basuh di bahagian dalam mahupun luar setiap kali selesai diguna. Ia bukan sahaja dapat memastikan pakaian yang dicuci betul-betul bersih, malah ia salah satu rutin penyelengaraan. Kalau tak dapat buat setiap kali selesai digunakan pun tak apa. Tapi sekurang-kurangnya bersihkan mesin setiap 30 kali cucian.
Membersih mesin cucian secara teratur mambantu menghilangkan sisa dan penumpukan sabun pencuci.
2. SEGERA KELUARKAN PAKAIAN BASAH YANG TELAH DICUCI
Meninggalkan pakaian basah di mesin cuci tidak hanya buruk untuk pakaian, tetapi juga untuk peralatan itu sendiri. Ia juga berupaya menghindar kehadiran kulat atau lumut pada dinding drum pencuci yang sukar dicapai dan dilihat
3. PERIKSA SAKU PAKAIAN
Ramai yang lupa periksa saku pakaian sebelum dicuci. Biasa lah kalau pakaian wanita, dalam saku ada tisu. Manakala lelaki, pen dan duit siling. Akibatnya, ia akan menyebabkan mesin mudah atau cepat rosak akibat pergeseran atau tersangkut pada bahagian mesin basuh
4. BERSIHKAN KANTUNG HABUK
Bersihkan kantung habuk setia kali selesai digunakan. Ia barupaya mengelak sebarang habuk melekat pada cucian seterusnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah atau pun tidak anda melihat dekorasi ruang makan yang mempunyai kombinasi yang berbeza dalam satu konsep hiasan dalaman rumah mahupun restoran?
Tidak dinafikan, sememangnya jarang-jarang dapat kita lihat sebuah kediaman atau restoran yang mahu menampilkan konsep dekorasi sedemikian, betul tak? Tetapi tidak bagi restoran Kay’s Steak & Lobster.
Restoran Kay’s Steak & Lobster cawangan di IOI, Conezion, Putrajaya ini telah mengetengahkan kombinasi dua konsep dekorasi hiasan dalaman yang berbeza di premis restoran.
Bagi mahu mewujudkan suasana yang mewah serta selesa kepada para pengunjung, Kay’s Steak & Lobster telah menampilkan konsep alam semula jadi dan moden elegan.
Ketika kunjungan IMPIANA ke restoran Kay’s Steak & Lobster, terdapat elemen tumbuhan hijau yang seolah-olah seperti Island yang berada di tengah-tengah restoran bagi mewujudkan suasana alam semula jadi di ruang makan dalam restoran.
Di samping itu, Kay’s Steak & Lobster turut mengenakan pemilihan perabot meja dan kerusi makan yang ringkas bersama elemen kayu rotan bagi menampakkan dekorasi hiasan dalaman yang lebih estetik.
Selain terkenal dengan menyediakan sajian makanan stik dan udang karang, Kay’s Steak & Lobster turut menyajikan menu istimewa dan popular dari luar negara iaitu sajian Beef Wellington.
Untuk maklumat anda, selain Putrajaya, Kay’s Steak & Lobster ini mempunyai dua lagi cawangan restoran yang terletak di Putra Heights dan Ampang.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.