Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut setiap tahun untuk meraikan kemenangan cahaya dalam melawan kegelapan.

Sesuai dengan namanya, Pesta Cahaya ini diraikan secara harmoni oleh masyarakat Malaysia – biasanya dengan perjumpaan dan hidangan juadah yang enak. Bagaimanapun, dengan pandemik dan perintah kawalan pergerakan, sambutan Deepavali tahun ini mungkin sedikit berbeza.

Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!

Ini adalah kerana kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding sebelum ini. Di sambil kita menyesuaikan diri dengan normal baharu, apa kata sambutan tahun ini diraikan dengan memeriahkan kediamanan kita dengan warna baharu yang diinspirasikan oleh Deepavali, hiasan Kolam dan Sari yang berwarna-warni. Kita melihat kepada tiga warna asas untuk ketiga-tiga perkara ini – hijau, merah dan kuning.

Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!

AkzoNobel, syarikat cat dekoratif dan penyalut yang terkemuka serta pengeluar cat Dulux, mempunyai lebih 2,000 barisan warna untuk kemasan pelbagai jenis permukaan bagi memenuhi semua keperluan dekorasi anda. Di sini, kami ingin mengongsikan beberapa idea bagaimana Dulux boleh membawakan kemeriahan Deepavali ke rumah anda sepanjang tahun ini.

Raikan di rumah dengan warna inspirasi Deepavali

IKLAN

Dulux Ambiance Pearl GloTM Marvelous Coral (07YR 21/415) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)

Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!

Merah secara semula jadinya adalah warna asas yang sering dikaitkan dengan api, keghairahan dan juga dapat dilihat sebagai warna bertuah ketika Deepavali. Warna merah juga merupakan pilihan sesuai untuk digunakan di bilik tidur, terutama jika ia adalah Marvelous Coral – merah bata lembut dengan sedikit sentuhan merah jambu yang dapat menangkap kecerahan cahaya lampu dan dekorasi Deepavali. Apabila merah ini dipadankan dengan warna semula jadi bumi, ia akan memberikan bilik tidur anda gandingan tenaga yang harmoni. Bagi melengkapkan warna ini, anda boleh menggandingkannya dengan – Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106), iaitu nada warna bumi yang lembut, yang meraikan perubahan.

Dulux Ambiance Pearl GloTM Zodiac Night (70GG 13/323)

IKLAN

Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!

Hijau adalah warna yang menghidupkan yang hadir dalam pelbagai tona. Ianya cukup popular dan digunakan dalam kebanyakan hiasan Kolam dan Sari. Nada hijau sesuai digunakan untuk ruang yang banyak menerima pantulan cahaya semula jadi, dan kehadiran pokok-pokok segar di dalam ruang berkenaan akan menjadikan suasana lebih menenangkan. Zodiac Night adalah hijau gelap yang menyerlah dan bersemangat yang boleh mewujudkan suasana damai dan santai. Nada hijau yang lebih cerah seperti Windsurfer (10GY 74/325) adalah warna kontras yang sangat sepadan dengan hijau gelap Zodiac Night. Dan untuk menyempurnakan semuanya, anda boleh memberi nafas segar ke pejabat di rumah atau ruang tamu dengan kehadiran pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua ini juga terkenal sebagai pembersih udara semula jadi yang menyerap toksin dan mengeluarkan oksigen, walaupun pada waktu malam.

Dulux Ambiance Pearl GloTM Monarch Gold (20YY 36/370) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)

IKLAN

Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!

Bagi penganut agama Hindu, pakaian kuning dipakai oleh dewa-dewa seperti Dewa Vishnu dan Dewa Krishna, menjadikan warna itu sebagai simbol pengetahuan, kebahagiaan dan kedamaian. Dari segi rekaan dan nilai estetikanya, ia juga adalah warna yang membahagiakan dan mempunyaikan keupayaan untuk mencerahkan ruangan yang gelap secara strategik. Anda boleh mengekalkan semangat Deepavali sepanjang tahun di rumah anda  dengan gabungan warna Monarch Gold merentasi warna Brave Ground. Sentuhan tona kuning merentas warna coklat adalah gandingan kontras yang cukup sepadan untuk menyerlahkan lagi gaya rekaan ringkas dan elegan pada bilik tidur atau ruang tamu anda.

Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI