Viva Shopping Mall, Kuala Lumpur – Menjelang kehadiran Syawal, SSF yakin bahawa persiapan Raya anda tidak akan lengkap tanpa hiasan kediaman yang sempurna. Sempena Aidilfitri kali ini, SSF ingin menjemput semua pelanggan dan masyarakat keseluruhannya untuk menyertai Bengkel Istimewa Raya SSF, pada 19 Mei 2019, 2:00 hingga 4:00 petang di gedung SSF yang terletak di Viva Shopping Mall.

Serikan Kediaman Anda Di Hari Raya Dengan SSF
Para pelanggan SSF akan dapat duduk bersama-sama dengan Pengarah Seni Promosi Produk Visual, Danny Lock yang sangat berbakat serta memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam menyerlahkan lagi kesenian serta inspirasi di sebalik hiasan rumah dan gubahan bunga di kesemua gedung SSF. Beliau telah mendedikasikan masanya untuk menunjukkan nilai sesuatu rekaan hiasan dalaman serta kemampuannya sebagai titik tumpuan apabila sanak-saudara berkumpul. Salah satu matlamat SSF ialah membolehkan pelanggan mereka memberi sentuhan peribadi pada kediaman mereka yang pastinya membuatkan para tamu terpesona.

IKLAN

Serikan Kediaman Anda Di Hari Raya Dengan SSF Dengan hanya meletakkan bunga-bungaan sahaja boleh meningkatkan suasana sesebuah bilik secara drastik. Walaupun hanya meletakkan gubahan bunga yang kecil ke dalam pasu, di sudut sesebuah bilik, secara estetiknya akan menyerlahkan lagi keindahan bilik berkenaan. Inilah sebabnya kenapa bunga memainkan peranan penting dalam menghiasi sebarang acara. Oleh itu SSF ingin berkongsi ilmu dengan para pelanggan mereka menerusi penganjuran Bengkel Istimewa Raya SSF kerana ianya amat penting untuk semua pemilik rumah. SSF ingin memberi inspirasi kepada mereka bahawa ia bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu cabang kesenian yang mampu menyerlahkan kreativiti diri.
Menjelang ketibaan Syawal, SSF menganjurkan bengkel berkenaan bagi membantu pelanggannya membuat persiapan Raya. SSF juga akan menganjurkan beberapa siri acara sambutan seperti Raikan Raya Bersama SSF, yang merupakan majlis berbuka puasa mulai 20 Mei hingga 22 Jun 2019 di gedung SSF terpilih dan Bengkel Istimewa Raya SSF pada 26 Mei di The Mines Mall.
Sejarah SSF bermula sebagai penjual barang-barangan membuat pakaian di Kepong dan kemudiannya sebagai pemborong bunga tiruan dan hari ini telah berkembang menjadi salah satu jenama terkenal. Salah satu topik yang akan dibincangkan dalam Bengkel Istimewa Raya ialah rekaan dan gubahan bunga, yang sentiasa dekat di hati SSF .

IKLAN

Serikan Kediaman Anda Di Hari Raya Dengan SSF

IKLAN

Mengenai SSF
SSF memiliki 37 rangkaian gedung dengan keluasan ruang runcit melebihi 800,000 kaki persegi dan kini berkembang menjadi salah satu jenama terkenal di seluruh Malaysia. Keunikan SSF terletak pada setiap ruang pameran di gedung-gedung yang memaparkan beraneka idea kreatif berkaitan gaya rekaan hiasan dalaman. Ruang-ruang yang disusun secara rapi membolehkan para pelanggan mengalami sendiri estetika ruang kediaman yang mengagumkan dan akhirnya menjadi sumber inspirasi untuk kediaman mereka sendiri. SSF mempunyai lebih 30,000 produk di 12 bahagian, menawarkan beraneka pilihan barangan hiasan rumah pada harga berpatutan bagi memenuhi wawasan para pelanggan dalam mencipta Rumah Impian mereka sendiri.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI