Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh bermakna yang menyemai semangat kesederhanaan, kawalan kendiri, dan ihsan dalam diri kita. Bulan yang mulia ini turut merupakan masanya keluarga berkumpul bersama-sama dan membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal yang penuh keriangan.
Namun, adakalanya kita mungkin berasa tertekan apabila dibanjiri pelbagai tugasan yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat, tidak kira merancang menu iftar ataupun mempersiapkan rumah untuk musim perayaan ini.
Ketika membuat persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Syawal, sudah pastinya anda mahu dekorasi kediaman tampak lebih menarik. Oleh itu, jom serikan kediaman anda di hari raya dengan barangan koleksi terbaharu IKEA.
- Kemaskan rumah, dan jangan terlupa ruang dapur!
Fikiran kita lebih tenang apabila berada dalam ruang yang kemas dan tersusun. Jika anda gemar memasak atau membuat kuih dan biskut Raya anda sendiri, dapur yang tersusun pastinya akan membantu. Berbekalkan penyelesaian storan dan penyusun yang pintar, barangan akan lebih mudah dicari, sekali gus melancarkan lagi penyediaan makanan anda.
Sebagai permulaan, susun peralatan dapur dengan kemas dalam dulang kutleri yang boleh dimuatkan di dalam laci dapur anda. Kemudian, susun pantri dan peti sejuk dengan menggunakan bekas-bekas makanan, dan label setiapnya dengan jelas. Oleh itu, apa kata dapatkan barangan di bawah ini sebagai pelengkap kemasan ruang dapur rumah anda.
Penyusun atur kaunter atas dapur AVSTEG
RM80
Penyusun boleh laras untuk laci UPPDATERA
RM39
Bakul RISATORP
RM32
- Serikan ruang kediaman anda dengan koleksi edisi terhad GOKVÄLLÅ
Tidak kira untuk berehat sendiri ataupun menerima kunjungan daripada orang tersayang, ambillah kesempatan Ramadan ini untuk menyerikan rumah anda menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Selepas mengemas ruang kediaman anda, perkara-perkara kecil seperti menukar sarung kusyen dan pinggan mangkuk, atau memasang barang hiasan dapat menyemarakkan suasana perayaan anda.
Koleksi seperti edisi terhad GOKVÄLLÅ daripada IKEA akan melengkapkan ruang kediaman anda dan mewujudkan detik-detik bermakna bersama dengan keluarga sempena musim perayaan ini.
Sarung kusyen GOKVÄLLÅ
RM25
Pinggan GOKVÄLLÅ
RM19
Sangga penghidang GOKVÄLLÅ
RM139
Lantera LED GOKVÄLLÅ
RM28/setiap unit
Koleksi GOKVÄLLÅ kini boleh didapati di gedung IKEA serta dalam talian. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan tawaran diskaun sebanyak 20%
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Riang Raya IKEA, sila layari IKEA.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: IKEA Kini Sudah Ada Pusat Pengambilan Di Ipoh, Caj Bayaran Cuma RM98 Sahaja!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kunci Pintu Rumah Digital (Smart Door Lock), Bagus Atau Tidak
Serba serbi digital masa kini, kunci pintu rumah pun dah mula ramai pemilik rumah menggunakannya. Keyless katanya, tapi sebalik mengunakan kunci pintu digital ini lebih baik atau mempunyai kebarang kalian. Semua perkara ini perlu diambil tahu. IMPIANA kongsikan bersama anda.
Berikut adalah semua yang anda perlu tahu tentang pemasangan kunci pintu digital atau kunci pintar (smart door lock) untuk rumah anda, serta kelebihan dan kekurangan menggunakannya.
Mangga dan kunci semakin hari, semakin ketinggalan zaman. Pada zaman ini, kunci digital dan kunci pintu pintar (smart door lock) lazim digunakan di kebanyakan rumah, kerana harga yang berpatutan dan mudah dipasang. Selain dari itu, kunci digital atau pintar kelihatan canggih dengan estetika moden (lihat sahaja semua kunci pintar di dalam sebuah rumah K-drama). Ada juga yang bersepadu atau boleh digabungkan dengan kamera, penggera atau fungsi interkom juga – menjadikan pintu keselamatan anda lebih selamat.
Adakah anda sedang berfikir untuk memperbaharui kunci pintu anda yang lama dengan kunci pintu digital atau pintar? IMPIANA akan memberi anda maklumat terperinci mengenai kunci pintar digital dan mengapa sudah tiba masanya untuk anda menukar kunci pintu anda.
Apakah kunci pintu digital?
Secara ringkas, kunci pintu digital, kekunci, e-kunci, pintu tanpa kunci atau kunci pintar adalah kunci yang dikendalikan melalui arus elektrik. Fungsinya seakan-akan sama seperti mangga kunci tradisional. Namun, kunci pintu digital tidak memerlukan kunci biasa, tetapi menggunakan pengaktif untuk menghubungkan mekanisme pengunci ke sebuah motor kecil yang dikawal secara elektronik.
Apakah jenis kunci digital elektronik yang sedia ada?
Bergantung pada sistem kunci pintu, ia boleh dibuka dengan:
Kunci pintu biometrik – menggunakan cap jari anda
Pad kekunci elektronik – menggunakan kod PIN
Kad pintar – menggunakan kad kunci
Alat kawalan jauh – menggunakan aplikasi
Ianya seperti kunci digital untuk peti keselamatan, tetapi untuk pintu depan rumah anda.
Apakah jenis pintu yang boleh dipasang dengan kunci digital?
Ini banyak bergantung kepada model dan jenis kunci digital yang anda pilih. Jenis pintu berikut lazimnya sesuai untuk kebanyakan kunci digital:
Pintu UPVC, kayu, kayu jati, aluminium, kaca dan kunci pintu digital atau kunci pintar (smart door lock)?
Ramai orang menggunakan istilah kunci digital dan kunci pintar (smart door lock) seakan-akan mereka serupa sahaja, tetapi terdapat perbezaan kecil antara kedua-dua jenis kunci pintu ini. Dengan kunci digital atau mangga kunci, anda masih perlu membuka pintu secara fizikal. Sebaliknya, kunci pintar adalah kunci pintu digital yang dikendalikan melalui integrasi Wi-Fi atau Bluetooth, supaya anda boleh mengawal dan mengakses kunci dari jarak jauh melalui telefon pintar anda.
Kunci pintu tradisional vs kunci pintu pintar (smart door lock)?
Kebanyakan kunci pintu tradisional seperti mangga kunci, kunci “mati” deadbolt, kunci mekanikal, selak pintu, kunci mortise, atau kunci tombol, tidak jauh bezanya berbanding kunci pintar (smart door lock). Dalam sesetengah kes, kunci pintar boleh menggunakan mekanisme mangga kunci yang sedia ada tetapi secara elektronik. Anda mendapat ciri-ciri yang sama untuk memastikan pintu anda selamat dikunci dan dilindungi daripada penceroboh. Namun, kunci pintar mempunyai beberapa ciri tambahan seperti penggera dan notifikasi terus ke telefon anda sekiranya berlaku kejadian pecah rumah.
Jauh lebih mudah untuk memasukkan kod laluan atau menggunakan cap jari anda untuk memasuki pintu depan anda, daripada membazir masa tercari-cari kunci pintu anda. Dengan kunci pintu pintar, anda juga boleh mengunci pintu dari jarak jauh—terutama sekali jika anda lewat ke tempat kerja dan mungkin terlupa mengunci pintu.
Sudah tentu, anda akan berbelanja lebih banyak untuk menukar mangga kunci anda yang lama dengan kunci pintar baharu. Namun, jika anda mampu, ia suatu keputusan yang berbaloi dan anda akan menikmati semua faedah kunci pintu pintar:
Apakah kelebihan menggunakan kunci pintu elektronik?
Adakah anda selalu membazir masa di pintu depan anda tercari-cari kunci pintu anda?
1. Kemudahan yang lebih baik
Dengan kunci pintu digital atau pintar, anda tidak perlu lagi merasa janggal apabila jiran-jiran anda melihat anda macam seorang penceroboh apabila tergopoh-gapah mencari kunci pintu anda. Hanya masukkan kod laluan atau gunakan cap jari anda, dan anda boleh terus masuk! Dengan kunci pintu pintar, anda juga boleh mengunci pintu anda dari jarak jauh.
2. Akses jarak jauh
Kunci pintu digital atau pintar juga sesuai jika anda mempunyai rakan-rakan yang sering melawat atau jika anda perlu memberi akses masuk kepada penjaga untuk ibu bapa anda yang sudah tua. Tidak perlu lagi menyorokkan kunci ganti di bawah bunga atau tikar lantai! Hanya berikan mereka nombor PIN (anda boleh mengubahnya kemudian), atau dengan kunci pintar, berikan mereka akses dari jarak jauh melalui aplikasi kunci pintar. Anda juga boleh membenarkan orang luar masuk ke rumah anda dengan nombor PIN pada masa-masa yang tertentu juga, contohnya pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 12:00 hingga 2 petang, jika anda ingin mengelakkan sebarang kejutan.
3. Keselamatan yang tinggi
Kekurangan kunci keselamatan fizikal bermakna bahawa tidak banyak cara untuk sesiapa menceroboh rumah anda, terutamanya jika kunci pintu pintar anda tidak mempunyai sebarang lubang kunci. Dengan kunci pintu pintar, anda boleh menukar kod PIN pada bila-bila masa. Tidak perlu menukar semua set kunci jika anda merasakan bahawa keselamatan mungkin terjejas menggunakan PIN yang sedia ada.
Dengan kunci pintu digital atau pintar, anda boleh menggunakan sistem penggera yang akan berbunyi jika berlaku kejadian pecah rumah. Dengan kunci pintar, anda juga akan menerima notifikasi jika ada penceroboh di dalam rumah anda. Sesetengah kunci pintu digital atau pintar juga dilengkapi dengan fungsi kod rawak untuk menambah lebih banyak nombor sebelum atau selepas kod PIN anda, sekiranya anda bimbang ada orang lain yang melihat kata laluan anda.
Berapa lamakah kunci digital boleh bertahan?
Sehebat mana pun kunci pintu digital anda, ia tidak akan dapat bertahan selama-lamanya. Menurut beberapa sumber, kunci digital dianggarkan mempunyai jangka hayat kurang daripada 5 tahun. Sesetengah jenis atau jenama boleh bertahan lebih lama, manakala yang lain mungkin akan rosak selepas digunakan hanya beberapa tahun. Jika anda ingin memanjangkan jangka hayat kunci pintu digital dan pintar anda, kami mempunyai beberapa tips untuk anda:
Pastikan ia bersih. Habuk dan kekotoran akan merosakkan kunci anda. Gunakan produk pembersihan yang sesuai. Jangan gunakan bahan berasaskan petroleum atau kimia kuat untuk melakukan pembersihan. Ini boleh merosakkan kunci pintu digital anda. Jangan bermain dengan pad kekunci. Ini boleh merosakkan kunci anda.
Apakah kekurangan menggunakan smart door lock?
Salah satu kekurangan memasang pad kekunci untuk pintu anda ialah penggunaan bateri. Contohnya, kunci pintar Samsung dianggarkan boleh beroperasi selama kira-kira sembilan hingga 10 bulan apabila dikuasakan oleh bateri alkali yang berkualiti tinggi, bergantung kepada kekerapan penggunaan kunci pintar anda. Anda juga mungkin perlu memeriksa kunci pintu digital atau pintar anda sekali setiap beberapa bulan untuk sebarang kebocoran bateri.
Anda mungkin bimbang jika sesiapa yang tidak diingini boleh “menggodam” kunci pintu pintar anda. Nasihat kami, belilah jenama kunci pintar yang bereputasi tinggi, seperti Yale atau Samsung. Jenama-jenama ini mempunyai ciri-ciri kunci pintar seperti standard enkripsi kata laluan yang tinggi untuk mengelakkan penggodaman.
Apabila memilih kata laluan untuk kunci pintu anda, jangan gunakan nombor yang mengandungi sebarang maklumat peribadi seperti hari lahir, tarikh ulang tahun, nombor IC atau alamat. Walau bagaimanapun, jangan pula gunakan kod pin rawak yang ahli keluarga anda tidak boleh ingat langsung.
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih kata laluan smart door lock yang selamat:
Jangan pilih kod laluan peribadi seperti tarikh lahir atau nombor yang boleh diteka selepas melakukan sedikit kajian mengenai butiran peribadi anda.
Pastikan ia pendek dan ringkas. Gabungkan nombor yang bermakna dalam susunan rawak. Contohnya, jika anda ada empat ahli keluarga, gabungkan bulan hari jadi untuk mencipta kata laluan yang kukuh. Untuk menyukarkan lagi sebarang tekaan oleh penceroboh, rawakkan nombor.
Cipta kata laluan yang kukuh dengan singkatan seperti “Kami Keluarga Bahagia” (KKB) atau 9243 dalam bentuk nombor.
Tukar kod laluan ke kunci pintar anda sekali setiap beberapa bulan. Jangan catatkan kata laluan atas kertas yang boleh dijumpai oleh orang ramai. Hafal kata laluan anda.
Jenis kunci pintu manakah yang terbaik?
Berikut adalah beberapa kunci pintu digital atau kunci pintu pintar anti-pencuri yang anda boleh pertimbangkan:
1. Samsung SHP-DP728 Smart Lock
Kebanyakan rumah memilih kunci pintar jenama Samsung. Model kunci pintar Samsung ini jenis “tolak-tarik” pertama di dunia, jadi anda boleh menolak atau menarik pintu anda sesuka hati anda. Ia boleh menyimpan sehingga 100 cap jari, serta 30 kad RFID atau kod PIN. Aplikasi Samsung sHome bukan sahaja membolehkan pembukaan kunci secara jarak jauh tetapi juga membunyikan nada amaran jika ada sesiapa berhampiran pintu anda.
2. Yale YM170
Yale telah menjadi penanda aras terbaik (“gold standard) untuk mangga dan kunci konvensional selama bertahun-tahun. Jenama ini juga menawarkan kunci digital dan kunci pintar yang boleh dipercayai. Yale YM170 dilengkapi dengan cap jari dan entri PIN, serta panduan suara untuk membimbing anda mengatur semua ciri-ciri produk ini. Ia juga mempunyai penggera untuk kes pecah rumah, dan berfungsi dengan aplikasi Yale Link untuk akses jarak jauh kepada kunci pintu anda.
3. Kaadas K9 Digital Door Lock
Kaadas adalah satu jenama dari Jerman yang terkenal dengan kejuruteraan ketepatan. K9 Push Pull Smart Lock ini mempunyai pengimbas cap jari biometrik pada tombol pintu universal dan boleh menyimpan sehingga 100 cap jari yang berbeza. K9 mempunyai ketebalan 1.3cm, jadi ia boleh dipasang dengan mudah ke dalam kebanyakan pintu besi.
4. Hafele EL9000
Kami tidak hairan jika anda seorang yang selalu terlupa kata laluan anda. Ini sebabnya fungsi sokongan kod rahsia pada EL9000 berguna untuk anda. Bila masanya untuk menggantikan bateri kunci anda mungkin sesuatu yang terlalu rumit untuk diingati. Oleh itu, EL9000 dilengkapi dengan sistem identifikasi tahap bateri yang menyenangkan anda tahu bila bateri kunci perlu digantikan.
5. PHILIPS Easykey ALPHA
Jika anda mencari pintu anti-pencuri untuk menjamin keselamatan rumah anda, Philips Easykey ALPHA dengan Silinder Kunci Gred C Anti-Pencuri adalah satu pilihan yang baik. Ia menggunakan pelbagai teknologi anti-pencuri untuk kebaikan masa depan rumah anda. Dengan mod dwi pengesahan untuk membuka kunci pintu, anda boleh menggunakan gabungan dua faktor (cap jari, kata laluan atau kad) untuk keselamatan tambahan.
Apa kata anda? Dah mula rasa nak bertukar pada kunci pintu rumah digital.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Backsplash 3D Sticker, Kena Tahu Cara Pasang Supaya Dinding Tak Rosak
DIY backsplash 3D sticker, kena tahu cara pasang supaya dinding tak rosak. Pemilihan backsplash dinding kabinet memberikan impak besar bagi rekaan dapur sesebuah kediaman. Fungsi utama backsplash ialah sebagai pelindung dinding daripada terkena kesan kotoran masakan selain menjadikan dinding anda lebih tahan lama.
Kemasan pada dinding iaitu backsplash mampu menaikkan seri kediaman anda. Bagi mereka yang masih kekurangan bajet untuk memasang jubin backsplash, ada cara murah dan lebih jimat untuk anda lakukan. Sempatlah anda menabung untuk jubin backsplash yang lebih berkualiti.
Berikut perkongsian Wirdalina Tauhed
“Sementara tunggu backsplash idaman, kita pakai diy punya dulu. 3D sticker, kos RM40.00.
NOTA: Lapik dengan plastik sebagai alas. Elakkan daripada melekatkan sticker secara terus pada dinding. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘mencabut’ semula sticker apabila ingin memasak backsplash yang kekal.
SEBELUM STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
SELEPAS STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, dikongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut:
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality.
Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan untuk backsplash:
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar (Marble)
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Kredit: Wirdalina Tauhed
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
21 Langkah Beli Rumah Sub Sale Supaya Tak Ditipu dan Selamat
Ramai antara kita yang cuba elak untuk membeli rumah sub sale. Kenapa? sebab biasanya tidak tahu cara dan ada yang beranggapan rekaan nya kurang menarik, busuk, buruk. Tapi kalau setakat design atau rekabentuk rumah sudah berusia dan nampak usang, tidak ada masalah. Cat dan kemas kan semula dan rumah tersebut akan nampak seperti baru.
Tapi ada juga yang kata, takut kena tipu dengan agen. Ok bagi mengatasi masalah ini, ikuti 21 langkah WAJIB ini sebelum anda membeli rumah sub sale.
FASA 1: Kenali latar belakang perunding hartanah (PH)
1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.
2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.
3. Bermula tahun 2014, sudah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).
4. Bagaimana ingin menyemak PH itu berdaftar secara sah atau tidak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.
5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.
FASA 2: Peringkat dan cara pembayaran
6. Bila sudah buat keputusan untuk membeli rumah subsale, sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.
7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM10,500.
8. Bayaran ini boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik. INGAT YA, ATAS NAMA SYARIKAT PERUNDING HARTANAH. BUKAN INDIVIDU
9. Kalau anda ingin buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.
10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
11. Selepas bayaran dilakukan & telah mendapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.
Pembeli perlu tandatangan borang ini sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
FASA 3: Penyediaan dokumentasi
12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.
13. Kalau rumah tersebut atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal itu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.
14. Pemilik asal juga perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Purchase Agreement) lama rumah tersebut untuk diserahan kepada pemilik baru.
15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah itu kepada pembeli.
16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.
17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.
FASA TERAKHIR: Bayaran akhir
18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik saja S&P sudah siap.
19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.
Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.
20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.
21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.
Sumber: gilahartanah.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI