Hari Raya merupakan waktu pembaharuan, yang mana kaum keluarga dan sahabat handai merapatkan hubungan dengan bertukar-tukar berita di rumah terbuka sambil menikmati kepelbagaian juadah enak yang dihidangkan. Oleh sebab suasana yang meriah ini, ramai pihak mengambil keputusan untuk mengecat kediaman mereka untuk menambah seri di Hari Raya Aidilfitri.
Bersandarkan semangat untuk mengeratkan hubungan, Dulux – peneraju jenama cat hiasan AkzoNobel – dan Dr Eric Leong, pereka tempatan terkemuka yang juga merupakan Ketua Pusat Pengajian Seni Bina & Rekaan Dalaman One Academy, telah bekerjasama dalam menganjurkan bengkel seni dan memaparkan betapa mudahnya untuk memulakan projek bagi memberikan penampilan baharu bagi dinding-dinding di rumah.
Semasa bengkel tersebut, Lee Swee Chin, Ketua Jenama Pemasaran, AkzoNobel Decorative Paints Malaysia berkata: “Inisiatif bengkel seni hari ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi kesan positif yang dibawa oleh warna, khasnya pada musim perayaan ini. Dengan sambutan Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi, kami berharap panduan yang dikongsikan hari ini akan dimanfaatkan untuk menjadikan perayaan tahun ini lebih istimewa.
“Menjadi pengacara dan menghasilkan lebih 10 program televisyen berkaitan hiasan dan rekaan dalaman yang mendapat perhatian penonton, Dr Eric Leong merupakan salah seorang personaliti paling dikenali dalam industri ini. Kami amat berterima kasih kerana beliau adalah sebahagian daripada projek ini dan tidak sabar untuk menjalin usaha sama masa depan dengan beliau,” tambahnya.
Ads
Sepanjang bengkel berkenaan, Dr Leong membimbing para peserta dengan menunjukkan teknik-teknik untuk menghasilkan beberapa rekaan mudah, termasuk corak batik, garis, gradien dan geometrik. Beliau juga memberikan demonstrasi penggunaan cat Dulux Ambiance Special Effects untuk mendapatkan kesan berusan metalik.
Paling utama, Dr Leong berkongsi beberapa langkah asas untuk menjayakan projek pengecatan sendiri yang dijelaskan beliau: “Langkah pertama ialah untuk memilih dinding utama yang biasanya merupakan dinding yang berdepan dengan pintu masuk dan dinding pertama yang dilihat tetamu ketika melangkah masuk ke rumah.
Ads
“Langkah seterusnya adalah menggunakan warna yang memberikan tekstur agar dinding terlibat lebih menyerlah. Dulux mempunyai rangkaian kesan khas suasana yang dikenali sebagai Ambiance Special Effects yang mengikut penampilan dan rasa tekstur seperti kain linen, baldu, marmar dan juga metalik.
“Untuk benar-benar menyerlahkan kesan Ambiance Special Effects, kami mengesyorkan agar ia disapukan pada dinding utama bilik. Pilih warna-warna padanan pada dinding-dinding lain atau anda sentiasa boleh memilih satu warna standard sebagai asas dan menggunakan cat kesan khas untuk rekaan tambahan. Syarat umum adalah tidak menggunakan lebih daripada dua warna bagi setiap dinding.”
Beliau menambah: “Setelah membuat pilihan warna dan jenis cat, kemudian barulah proses pengecatan sebenar dapat dimulakan. Pastikan setiap lapisan cat kering sepenuhnya sebelum lapisan seterusnya disapu. Sekiranya anda tidak pasti warna sesuai yang boleh digunakan, hanya layari laman web Dulux Malaysia untuk mendapatkan ilham, khasnya warna-warna yang bersesuaian dengan warna Spiced Honey.
Ads
“Anda juga boleh memuat turun aplikasi yang memenangi anugerah, Dulux Visualizer, bagi membolehkan anda menjana penampilan maya bilik pada waktu sebenar secara percuma daripada Apple App Store atau Google Play Store!”
Spiced Honey (juga dikenali sebagai Crème Brulee) merupakan Warna Tahunan 2019 oleh jenama Dulux. Ia juga merupakan salah satu warna utama yang digunakan sepanjang penganjuran bengkel. Warna berkenaan digambarkan sebagai versatil dengan rona warna ambar dan karamel yang mesra dan mengalu-alukan kehadiran.
“Warna ini juga, apabila digabungkan dengan warna bersesuaian, akan mengubah ruang tamu anda kepada sebuah ruang yang sempurna bagi kaum keluarga dan melayani sahabat handai pada musim Hari Raya ini,” kata Lee.
Bersempena sambutan Hari Raya yang bakal tiba, Dulux turut menganjurkan peraduan Ceriakan Raya-mu mulai 8 April hingga 26 Mei 2019. Para pelanggan yang membuat pembelian cat-cat Dulux terpilih sepanjang tempoh ini secara automatik layak untuk memenangi peralatan elektrik dan perabot dari Ashley Furniture HomeStore. Ini seterusnya akan membantu melengkapkan pengubahsuaian kediaman bagi meraikan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan bersama insan tersayang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan tersebut, sila layari laman Dulux
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki tidur yang nyenyak dan selesa adalah idaman semua, Impiana memilih tona warna Soft Pastels Dulux untuk bilik tidur raya kali ini. Suntikan rona lembut penuh kedamaian ini dapat memberi ketenangan disulami rasa romantis.
Palet SOFT PASTELS Untuk Kamar Lebih Romantis
Palet ini sesuai bagi mereka yang ingin menciptakan suasana penuh rasa tenang dengan suasana damai dalam mencipta tidur yang lena. Spiced Honey (Crème Brulee 00YY 26/220) memberikan keseimbangan dan harmoni ke dalam skema warna dengan menyajikan warna-warna sejuk, sedangkan susun atur dalam ruang ini dengan set perabot yang serba melengkapi.
Tip Skema Warna
Tentukan warna pilihan dalam setiap ruang dengan teliti, gabungkan warna gelap dan warna cerah mampu menyerlah jika bijak mengenakannya.
Bagi sentuhan akhir, guna bunga segar untuk kesan ‘hidup’. Penggunaan lilin dalam sudut memberikan suntikan tenang dan romantik. Pewangi kediaman menambah lagi aura raya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai antara kita yang berhadapan dengan pelbagai cabaran sukar di tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan, dan inilah yang membuatkan kita ternanti-nantikan serta lebih menghargai kedatangan tahun baharu. Tahun ini, sambutan semasa pandemik ini memang berbeza kerana kita beralih daripada keluar bergembira pada waktu malam, kepada menikmati malam yang tenang dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri. Walaupun keseronokan percutian baru sahaja berlalu, ia bukan bererti anda tidak boleh menjadikan sepanjang tahun ini semeriah dan bermakna seperti itu.
Bagi kebanyakan orang, ‘yang baharu’ dalam tahun baharu ini menandakan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dan setelah berbulan-bulan menyesuaikan diri dengan norma baharu, sekarang adalah masa yang tepat untuk bersiap sedia bagi tahun permulaan yang baru. Ada pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk mengubah mood dan minda kita ketika memasuki tahun baharu ini dan dengan bantuan AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka dunia serta pengeluar jenama Dulux, berikut adalah beberapa inspirasi warna yang anda mungkin suka untuk mengharungi tahun baharu ini.
Menghias untuk 2021
Ada banyak cara untuk menyerlahkan ruang tamu anda dan mewujudkan suasana yang selesa – sapuan cat baharu adalah kaedah yang tidak pernah lapuk dalam memberi penampilan segar kepada kediaman anda. Tahun ini jangan takut untuk mencuba perkara baharu; perubahan yang kecil boleh membawa perbezaan yang besar dalam mood dan pemikiran anda. Dan selepas setahun dihidangkan pelbagai peristiwa yang tidak dijangka, kita semua tahu betapa pentingnya untuk kekal tenang dan berani menghadapi ketidaktentuan. Ambil peluang ini untuk mempersiapkan rumah anda dengan pilihan warna yang lebih berani dan bersemangat bagi merangsang keyakinan anda untuk mengharungi tahun yang bakal mendatang.
Sambil kita mengalu-alukan kedatangan tahun baru, mari kita dapatkan inspirasi daripada palet warna Earth dari ramalan trend warna ColourFutures 2021 AkzoNobel. Palet Earth terdiri daripada warna pelengkap biru, hijau dan coklat yang menggemakan rona laut, langit dan tanah dalam alam semula jadi – menginspirasikan kita dengan keberanian untuk menyesuaikan diri seperti yang dilakukan oleh Bumi.
Mari kita mulakan dengan bilik anda berehat dan menyegarkan diri – bilik tidur. Tempat anda berehat sepatutnya mendamaikan dan menenangkan. Ketika kita mempersiapkan diri untuk tahun yang mendatang ini, buatlah perubahan pada bilik tidur anda sekarang agar anda dapat terus berehat dalam suasana paling selesa sepanjang tahun yang sibuk. Sebagai contoh, gambaran bilik tidur dua nada ini menggunakan Midnight Garden (50GG 23/085) dan Neptunes Depths (27BB 10/138) – yang menunjukkan bahawa padanan warna pelengkap biru dan hijau pekat menjadi mantera yang mampu menjelmakan ketenangan dan kedamaian.
Penting juga untuk mewujud dan mengekalkan persekitaran yang menenangkan serta produktif di dalam bilik di mana anda menghabiskan paling banyak tenaga dan masa. Bagi kebanyakan orang, ia adalah tempat belajar atau pejabat rumah. Dapatkan inspirasi daripada tiga warna pelengkap yang digunakan dalam contoh ini, iaitu bilik belajar anak. Warna hijau muda dan biru lembut memancarkan kesegaran kehidupan sambil diseimbangkan oleh nada coklat semula jadi.
Untuk bilik yang lebih kecil, kami mengesyorkan anda menggunakan rona yang lebih cerah dan lembut daripada warna-warna Earth bagi menyerlahkan cahaya matahari dan mewujudkan ilusi ruang yang lebih besar. Jika anda berminat untuk meniru set-ruang ini, warna yang kami gunakan adalah Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106); Grey Jeans (45GY 55/502) dan Blueberry Mash (14BB 55/113).
Ruang tamu biasanya menjadi ruang pertama yang dimasuki oleh tetamu dan pemilik rumah, bertindak sebagai teras rumah dan penghubung ke bahagian yang lain. Ini menjadikan ruang tamu sebagai tempat terbaik untuk memanfaatkan Brave Ground. Sambil merenung kembali tahun yang akan terkenal dalam sejarah, apa yang amat kita perlukan sekarang adalah merasai permukaan yang dipijak. Merasai kekukuhan dasar (yang dipijak) itu memberikan kita keberanian untuk menerima perubahan.
Intipati daripada perasaan nyaman dan tenang ini terakam dalam Warna Pilihan Tahun 2021 AkzoNobel, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106). Ini adalah warna yang tepat bagi meningkatkan ketenangan di ruang tamu dan mewujudkan semangat kecekalan yang kita semua perlukan untuk tahun yang mendatang ini.
Ruang kerja atau Home Office telah menjadi satu trend di masa kini. Ruang kerja ini juga sesuai dijadikan sebagai ruang tambahan untuk para tetamu bersantai di hari raya, membuatkan Impiana memilih tona warm neutral Dulux sebagai pilihan utama. Kombinasi palet warna ini mampu menyuntik elemen kontemporari dalam ruang ini.
Palet Warna WARM NEUTRAL Mencipta Ruang Yang Lebih Tenang
Sudah pastinya palet dalam tona ini memberikan suntikan yang lebih baik untuk ruang seperti ini. Warna ini menghasilkan aura yang lebih tenang dan mendamaikan dengan warna yang cukup lembut dan sejuk mata memandang. Tona warna ini juga menyuntik sedikit elemen sophisticated dalam ciri tersendiri.
Tip Titik Tumpu
Dinding pertama anda lihat dijadikan dinding tumpu. Tiada masalah kalua dinding itu paling panjang. Kebiasaannya feature wall hanya terdapat di dua tempat sahaja iaitu di ruang tamu dan bilik tidur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.