
Penyaman udara atau aircond kini merupakan satu kemestian dalam setiap kediaman. Jangan hanya pandai guna sahaja, pemilik juga perlu ambil tahu serba sedikit tentang cara penjagaan perkakas tersebut.
Apabila sampai waktunya, aircond akan terasa panas dan tidak sesejuk seperti ketika baru dibeli. Ini menandakan aircond anda perlu di servis. Kebiasaannya kita akan panggil orang untuk seleggara aircond, tetapi melalui perkongsian saudara Ahmad Aqari ini, anda boleh servis sendiri aircond di rumah dengan modal lebih kurang RM20 sahaja!
Dalam video yang dimuat naik, Aqari ada menjelaskan step-by-step bagaimana untuk servis sendiri aircond di kediaman anda menggunakan satu bahan sahaja.
Jom kita semak pautan di bawah. Selamat mencuba!
Disebabkan PKP ni takde orang yang boleh datang rumah ke rumah untuk servis aircond. So, aku decide untuk servis sendiri aircond ni dengan hanya bermodalkan RM20 dan sedikit kerajinan. Korang pun boleh buat juga dekat rumah. Senang je. Yang penting sejuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bila Kontraktor Minta Bayaran Penuh, Hati-hatilah Pemilik Kediaman Yang Nak Buat Renovasi

Bila kontraktor minta bayaran penuh/hampir penuh, hati-hatilah pemilik kediaman yang nak buat renovasi. Jangan sesekali terpedaya dengan pelbagai janji manis kontraktor yang anda sedang berurusan.
Kes-kes melibatkan penipuan kontraktor di Malaysia sebenarnya tidak baru dan muncul saban tahun. Rata-rata mangsa kes penipuan kontraktor ini adalah ‘first-timer’ dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mereka tiada pengalaman dan ilmu yang betul dalam proses membina dan mengubahsuai rumah.

JANGAN BAYAR LUM SUM
Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor.
Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat.
Contoh:
20% siap – 20% daripada nilai renovasi
50% siap – 30% daripada nilai renovasi
100% siap – 50% daripada nilai renovasi
Anda hanya perlu bayar secara penuh apabila proses renovasi telah selesai dan anda berpuas hati dengan kualiti dan mutu kerja kontraktor tersebut.
Berikut perkongsian daripada Mahanom Mohammad seorang kontraktor bertauliah yang berpengalaman lama dalam dunia kontraktor.
Pemilik rumah harus berhati-hati apabila kontraktor meminta bayaran penuh atau hampir penuh, tidak setimpal dengan progres atau kemajuan di tapak bina. Hati-hati bila kontraktor anda meletakkan syarat bayaran yang boleh merisikokan anda rugi, sekiranya kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Sebagai pemilik rumah, anda berhak menolak syarat tersebut sekiranya kontraktor gagal memberikan sebab munasabah. Hati-hatilah. Sudah ramai terkena bayar 95% dengan harapan rumah siap selengkapnya.
Malangnya hasil kerja 50%. Kontraktor senyap sunyi tanpa berita. Hanya tiang dan ikatan bata untuk membentuk dinding sahaja. Selepas 3 bulan, tapak rumah naik semak samun. Mungkin jadi sarang nyamuk. Boleh jadi juga sarang ular.
Lebih menyedihkan apabila wang simpanan hari tua sebanyak RM200ribu telah dilabur. Yang dapat rumah terbengkalai bernilai RM70 Ribu sahaja. Hati-hatilah apabila kontraktor meminta bayaran tak masuk akal. Apatah lagi bayaran penuh 100% sebelum memulakan apa-apa kerja pun.

Kita nak kumpul duit, bukan mudah. Jangan sampai ada yang ambil kesempatan.
Bila ada syarat bayaran sebegini rupa, ambillah ia sebagai satu red flag. Ia menghampiri scam. Sesal dahulu, rumah cantik jadi istana. Sesal kemudian, rumah tak siap hati sengsara.
Sumber: Mahanom Mohammad
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pelakon Korea Hyun Bin Beli Tunai Villa RM16 Juta, Dekorasi Macam Hotel Mewah

Hyun Bin beli villa mewah bernilai lebih RM16 juta secara tunai, siap boleh nampak ‘Han River’. Kediaman pasangan pelakon Korea terkenal Hyunbin dan Son Ye-jin itu telah mencuri perhatian ramai. Terbaharu menerusi program tvN ‘Free Doctor’ yang bersiaran pada 29 Mei lalu telah memaparkan kediaman rumah milik beberapa pasangan selebriti Korea.
Rumah pasangan pelakon utama drama ‘Crash Landing On You’ iaitu Hyunbin dan Son Ye-jin turut telah dipaparkan. Kediaman pasangan bahagia ini terletak di W High-class House di Kampung Achiul, Guri-si, Gyeonggi-do.
Kediaman yang diduduki oleh pasangan ini adalah merupakan sebuah villa mewah yang dibeli Hyunbin pada Januari 2021. Villa mewah ini bernilai 4.8 bilion won (RM16,712,732.21) dan dibeli secara tunai. Hebat! Beli secara tunai tu!
Menerusi siaran tersebut juga, turut dipaparkan bahagian tingkat satu villa tersebut. Menariknya di bahagian tersebut, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti lobi mewah. Paling mengujakan, pemandangan Han River juga boleh dilihat melalui tingkap kaca di bahagian ruang tamu.
Jom kita cuci mata melihat kediaman dan dekorasi kediaman pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin ini!
Sumber: v.daum.net dan wow.keren.com
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Jimat “Renovate” Atau Buat Rumah, Cuba Ikut Trik Bijak Dari Pakar Ni
Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Memiliki Sebanyak 24,124 Koleksi Kereta Mainan Hot Wheels, Individu Ini Telah Menjadi Perhatian Seluruh Dunia

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian dari seorang pemuda dari luar negara bernama Cody Johns telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan koleksi kereta mainan jenama Hot Wheels yang dikumpulkan oleh seorang individu.
Menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya, pemuda berkenaan memaklumkan individu terbabit telah mengumpul sebanyak 24,124 buah kereta jenama Hot Wheels.
“This persons owns 24,124 hot wheels model cars,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian foto itu juga turut memaparkan lebih puluhan ribu kereta mainan jenama tersebut yang telah disusun rapi dan kemas dalam sebuah bilik khas.
Lantas, entri berkenaan telah menjadi perhatian dan mendapat reaksi pelbagai daripada wargamaya seluruh negara.
Rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dan bangga dengan semangat serta minat yang mendalam ditonjolkan oleh individu tersebut sebagai pengumpul koleksi kereta mainan jenama Hot Wheels.
Jadi, ada tak di kalangan anda yang mempunyai minat yang sama seperti ini untuk mengumpul koleksi kereta mainan jenama Hot Wheels ini? Jika ada, anda berasa kagum melihat hasil minat hobi individu ini?
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: McDonald’s Lancarkan Koleksi Set Mainan Masak-Masak Happy Meal, Comelnya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI