Setahun Tanam Tak Berbuah, Letak Daun Kering 2 Minggu Dah Berputik. Menyemai benih, sudah pasti diharapkan buahnya dituai. Tapi, tak semua hasil tanaman membuahkan hasil. Ada yang tumbuh subur dan dipupuk pun masih tak ada rezeki untuk berbuah.
Melalui perkongsian Aisyah Othaman dari abu Nummuulfahm, beliau berkongsi petua yang cukup mudah untuk dilakukan tanpa mengeluarkan kos sesen pun. Hanya menggunakan daun-daun kering!. Hasilnya pula boleh dilihat dalam masa hanya dua minggu.
Pokok limau Abunummuulfahm sedang membesar dan mengeluarkan hasil yang banyk selepas setahun lebih ditanam
Sepanjang 1 tahun lebih ni ada sekali letak baja. Tu pun masa awal-awal tanam. Lepas tu dah tak letak ape pun. Dalam Febuari baru-baru ni, baru teringat 1 petua daripada mak yang dilakukan pada pokok bunga kantan miliknya. Saya cuba buat teknik yang sama pada pokok limau. Seleaps dua minggu, dengan izinnya, pokok limau tu mula berputik dengan banyaknya
Baca juga: Teknik Orang Dulu-Dulu Sebat, Ugut, Tetak Pokok Untuk Paksa Berbuah
20 Feb 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua meletakkan daun kering pada pangkal pokok, mula keluar banyak putik-putik putih
Selain tu juga, boleh cuba baja dan booster organik terlaris di shopee ni, lebih 24k unit terjual. klik link ni je https://invol.co/cl97osc
22 Februari 2017- Selepas 2 minggu cubaan petua, mula keluarkan bunga.
15 Mac 2017- Selepas bunga gugur dan pokok limau mula berbuah.
Hanya letak daun-daun kering atau daun rumput kering pada pangkal pokok. Bagi pokok bunga kantan sesuai juga letak daun rumput kering.
Setahun Tanam Tak Berbuah, Letak Daun Kering 2 Minggu Dah Berputik