
Seterika kalau dah bertahun-tahun mesti permukaan yang digunakan untuk menggosok mula kasar. Lebih lagi kalau dah pernah ada fabrik hangus melekat. Kesan-kesan calar yang nampak halus tu boleh memberi kesan pada fabrik yang digosok.
Tapi seorang bapa yang dikenalai dengan nama Pencari Kejayaan berkongsi tip mudah dan jimat. Seterika lama prestasi macam baru beli. Macama mana?
Bini complain Iron nak rosak. Bila iron sangkut-sangkut kita sayang bini buat DIY jer. Boleh lagi cemerlang. Hanya guna kertas pasir sahaja
Hanya gunakan kertas pasir 1000 celup dalam air bagi basah. Pastikan gosok permukaan seterika dalam keadaan sejuk. Gosok sampai licin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Sensory Lamp Dari Botol Susu Untuk Mempertingkatkan Skil Kognitif Anak Anda

Waktu emas perkembangan otak anak-anak adalah ketika mereka berusia dibawah 5 tahun. Masa ini semua yang diajar cepat je dapat. Adakalanya, anda tak perlu susah-susah ajar pun mereka tahu akan sesuatu melalui pemerhatian. Sebab itu, di pasaran terdapat pelbagai permainan, alat dan teknologi yang dihasilkan untuk merangsang otak dan minda anak anda. Adakalanya, nampak permainan-permainan ini macam tak perlu. Sebenarnya, ia amat membantu perkembangan minda anak anda.
Hakikatnya, mak-mak dan bapa-bapa ini bukan fikir benda tu tak perlu, tetapi lebih kepada nampak permainan pendidikan ni mahal. Betul tak? Contohnya seperti lampu tidur untuk anak yang ada corak-corak tu atau dipanggil sensory light. Nampak macam lampu tidur biasa sahaja. Sebenarnya sensory lamp ini mampu merangsang perkembangan visual dan minda anak anda. Tapi seperti biasa lah, di pasaran harganya boleh tahan juga. Namun, Puan Yatie Eimra mempunyai penyelesaian mudah dan jimat buat anak nya Fyydh. Puan Yatie DIY sendiri je sensory lamp untuk anaknya dengan menggunakan botol susu terpakai je.
Bahan-bahan:
Botol susu terpakai
Bekas plastik lutsinar
String light
Gam uhu/ gam panas
Selotape / double side
Bekas suis dan bateri
Cara-cara:
1. Lubangkan penutup bekas makanan di bahagian tengah untuk dimasukkan string light nanti
2. Buangkan puting pada botol penutup dan letakkan gam sekeliling bibir botol
3. Lekatkan penutup bekas makanan tadi dan pastikan kedudukan botol susu tadi di tengah-tengah. Biarkan gam kering sepenuhnya
4. Sambungkan string light pada kotak suis dan masukkan ke dalam botol melalui lubang yang telah dibentukkan pada penutup bekas makanan
5. Gunakan selotape untuk lekatkan bekas suis pada bahagian atas penutup yang telah disambung dengan botol susu
6. Sebagai pilihan, gunakan batu atau guli yang diisi di dalam botol untuk memastikan botol tadi berat dan stabil
7. Potong beberapa figura untuk membentuk kesan visual silhouette seperti haiwan, bintang dan sebagainya.
8. Untuk bentukkan permukaan solid pada bahagian terendak sensory lamp ni, Gunakan lekatan tisu untuk memastikan kesan silhouette tadi lebih menyerlah. Barulah tampal figura haiwan tadi. Tampal guna selotape untuk memudahkan ia di tanggalkan dan diganti dengan bentuk lain
8. Pasangkan bekas plastik tadi pada penutup yang telah dilekatkan bersama botol susu. dah siap
Bentuk silhouette yang terdapat pada lampu ini mampu merangsang skil kognitif anak saya. Bila tengok figura silhouette yang terdapat pada lampu tersebut, Fyydh boleh cuba teka. Di galakkan mak-mak buat lebih banyak figura yang menarik nanti boleh lah tukar-tukar. Bila anak dah tertidur, tutup lah lampu tu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lantai Lebih Berkilat Selepas Mop Dengan Sabun Basuh Pinggan

Sabun basuh pinggan boleh buat lantai rumah berkilat. Ramai yang mempunyai masalah lantai rumah nampak kusam tak berkilat macam dulu-dulu. Macam-macam petua la digunakan untuk nak nampakkan lantai rumah berkilat macam diamond. Malangnya lepas sahaja mop lantai guna pencuci lantai biasa, habuk dan pasir mula lekat balik dan kesan kilat tu pun hilang.
Perkongsian dari Heze Zamri tip dan trik beliau dapat kilatkan lantai ini wajib Followers IMPIANA cuba. Siapa sangka pencuci pinggan mangkuk yang ada di dapur tu mampu selesaikan masalah lantai kusam ini.
Katanya, petua nak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlight je gaisss. Letak sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar Youtube.
Sebelum ini beliau pun mop guna sabun lantai Ajax, hampir 10 x mop debu2 pasir maasih kelihatan kesan dari renovation rumah, guna sunlight sekali je teros bersinar.
Tambahnya lagi petua ni di kongsikan oleh saudara ibunya yang ada membuat cleaning services. Patutlah lantai di Mall nampak bersinar ja kan.

Tunggu apa lagi jom cuba. Jom beli sabun basuh pinggan Sunlight
Untuk pembelian boleh KLIK Di sini : Sunlight
Artikel Berikut: ‘Mix & Match’ Perlukan Keseimbangan Warna Dalam Konsep Pilihan
Lantai rumah yang berkilat memang memainkan peranan penting untuk semua pemilik rumah. Kalau lantai tidak berkilat suasana rumah tu pasti nampak tak berseri. Walaupun dekor cun macam mana pun kalau lantai tak berseri pasti hilang aura seri rumah itu.
Boleh cuba perkongsian INI!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Api Dapur Gas Merah Dan Berjelaga, Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Baiki

Kenapa api dapur gas tiba-tiba merah hingga berjelaga periuk atau kuali? tak kira lah dapur gas baru atau lama, masalah ini akan berlaku. Sebenarnya api dapur gas boleh menjadi berjelaga disebabkan oleh pembakaran yang tidak sempurna.
Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, gas oksigen diperlukan secukupnya. Dalam kes ini, jelaga terhasil disebabkan oleh saluran yang sepatutnya membenarkan gas oksigen (daripada udara persekitaran) tertutup, maka api yang dihasilkan berjelaga. Konsep sama seperti penunu Bunsen (Bunsen Burner).
Api yang berjelaga juga boleh terjadi sekiranya lubang permukaan tempat api keluar tersumbat dengan makanan yang melimpah. Maka, boleh juga membersihkan lubang-lubang berkenaan dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.
Sharina Binti Othman berkongsi cara mudah untuk menyelesaikan masalah tungku dapur yang tiba-tiba merah. tak perlu pakar atau tenaga lelaki, anda boleh lakukan sendiri.
Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3. Dan pasang semula tungku api
4. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).
5. Nah hasilnya
Jika anda menggunakan dapur kaca, bahagian yang perlu anda pusing sperti dalam gambar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI