
Seterika kalau dah bertahun-tahun mesti permukaan yang digunakan untuk menggosok mula kasar. Lebih lagi kalau dah pernah ada fabrik hangus melekat. Kesan-kesan calar yang nampak halus tu boleh memberi kesan pada fabrik yang digosok.
Tapi seorang bapa yang dikenalai dengan nama Pencari Kejayaan berkongsi tip mudah dan jimat. Seterika lama prestasi macam baru beli. Macama mana?
Bini complain Iron nak rosak. Bila iron sangkut-sangkut kita sayang bini buat DIY jer. Boleh lagi cemerlang. Hanya guna kertas pasir sahaja
Hanya gunakan kertas pasir 1000 celup dalam air bagi basah. Pastikan gosok permukaan seterika dalam keadaan sejuk. Gosok sampai licin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Wanita Ini Tunjuk Cara “Makeover” Bajet Batu Pemijak Polos

Laman perlu diselenggara secara rutin untuk memastikan ia sentiasa cantik dan kemas. Selain menyelenggara, elemen landskap pun penting dalam mengindah dan menghidupkan lagi suasana laman anda. Selain itu juga, ia berupaya memberi kemudahan dan keselesaan saat bersantai di laman seperti gazebo, kerusi, pathway dan sebagainya. Namun lama kelamaan elemen-elemen landskap yang terdapat di laman anda akan mula kusam dan mungkin rosak jika tidak diselanggara baik.
Jadi, untuk memastikan setiap elemen di laman kelihatan cantik dan memberi nafas baru di laman anda, apa kata selagi boleh kita make over apa yang boleh. Seperti yang dikongsikan oleh puan Ila Fadzilah. Batu pemijak yang terdapat di lamanya bukan sekadar polos malah kelihatan kusam selepas terdedah kepada cuaca panas dan lembap. Untuk memastikan lamannya diberi nafas baru, puan Ila telah makeover batu pemijak di lamannya dengan modal yang sangat minima dan mudah. Puan ila hanya menggunakan cat kilat atau cat minyak untuk makeover batu pemijaknya dan lihat hasilnya.
Cara-cara makeover batu pemijak menggunakan cat minyak
1. Cuci keseluruhan batu pemijak. Jika perlu sental dengan menggunakan berus
2. Sandarkan batu pemijak yang telah dicuci dalam kedudukan senget atau 35 darjah untuk proses pengeringan. Jika di latakkan di atas lantai, bahagian bawah batu pemijak lambat kering
3. Apabila batu pemijak telah kering sepenuhnya, barulah aliskan cat minyak keseluruhan kecuali pada bahagian tapak.
4. Apabila cat tadi telah Hampir kering, gunakan kayu atau lidi untuk lorek corak pada eprmukaan batu pemijak dan biarkan ia kering sepenuhnya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Selesai Masalah Bila Tahu Repair Sendiri Kipas Rumah Yang Rosak. Jimat Pon Jimat!

Zaman sekarang ni kalau boleh berjimat, lebih baiklah kita berjimat. Bukan sikit-sikit kalau nak baiki barang eletronik ni. Kadang-kadang memang di luar kemampuan kita. Tapi apa nak buat bila kerosakan tak dijangka. Nak tak nak kena baiki juga. Impiana kongsi tip dari Malaysia D.I.Y ini cara baiki kipas rumah ber’remote’ yang rosak.
Kerosakkan pada kipas siling yg ber ‘remote’ selalunya terjadi pada litar dc untuk controllernya. Ada 2-3 problem seperti kipas langsung tak pusing, jerk atau kipas pusing bergetar atau remote tak boleh control. Ada org kasi pada admin problem yang sama mintak betulkan. Di sini admin tunjukkan bagaimana nak settle problem yang macam ni. Kos nak tukar litar ni agak mahal, jika nak tukar component perlukan masa utk cari barang. Buat mcm ni 10min siap. Sila rujuk gambar utk keterangan.
Sumber : Malaysia D.I.Y
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya Guna 3 Bahan Ini, Papan Pemotong Boleh Jadi Bersih Seperti Baru!

Isi Kandungan
TogglePapan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
Anda hanya perlukan 3 bahan ini :
- Limau Nipis
- Baking Soda
- Cuka Epal
Cara-caranya :
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI