Pengalaman manis setiap tahun tanam sayur kobis, bukan sahaja boleh dinikmati hasilnya malah mampu menjadi tanaman hiasan, landskap cantik depan rumah!

Memang tak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya malah boleh jadi hiasan landskap depan rumah pula. Macam tanam pokok kobis ni. Cantik sungguh kelopak daun kobis yang besar dan lebar ni seperti di taman bunga.

Jika nak cuba tanam pokok kobis sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih kobis ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Rose Eima ini.

“Ini pengalaman saya tanam kobis. Saya tanam kobis mula 2014, pengalaman manis sebab setiap kali tanam pokoknya membuahkan hasil dan cantik dijadikan landskap depan rumah. Sampai ade bagi gelaran kak rose kobis. Biasa setiap tahun saya akan tanam sekali. Tahun ni baru semai benih.”

Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!

Semai Benih Kobis Cara Saya:

1.Masukkan tanah dalam pasu hingga separuh.
2.Kemudian letakkan benih kobis.
3.Selepas itu letak lapisan tanah nipis je atas benih kobis tu supaya waktu siram benihnya tak terkeluar.
4.Siram dah biarkan hingga benih bercambah.

Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!

Biasanya hari ke 5 dah keluar cambah benih. Baru semai saya letak banyak-banyak biji benih..tapi kalau dah besar 1 pokok 1 pasu. Inshaallah menjadi kalau betul cara penjagaannya.

Ads

Saya tanam dalam 3 bulan dah dapat hasil sebab kita berada di tanah rendah.

Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!

Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!

Ads

Info Ekstra!

  • Saya guna antiserangga organik dan baja tahi ayam. Kena selalu letak dalam 1 minggu sekali.
  • Kawasan Tanah rendah pun boleh tanam kobis.Tapi memang lebih sesuai tanam di tanah tinggi.Saya hanya stay di Klang je kawasan panas, tak perlu tanah tinggi.
    Saya pernah guna biji benih jenama serbajadi dan green world, dua-dua ok.

Setiap Tahun Tanam KOBIS, Jadi Hiasan Landskap Cantik Depan Rumah!

Mesti Baca: (VIDEO) Buat Sendiri Pokok Bonsai Dari Rose Jepun, Mudah Sahaja

Baca Lagi Di Sini: Ini Cara Mudah Untuk Tanam Kobis dalam Pasu

Ads

IMPIANA: Jadi bolehlah cuba tanam sendiri pokok kobis ni di rumah. Selain jimat belanja dapur tak perlu beli kobis, memang cantik untuk dijadikan landskap depan rumah juga.

Sumber: Rose Eima

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI