Seperti yang kita ketahui, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Keluarga ini juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
Baru-baru ini menerusi sebuah video di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam berkata, isterinya seorang yang sangat rajin dan akan memastikan rumah dalam keadaan yang bersih.
Syatilla sekarang dekat luar. Dia tengah membersihkan dapur. Dia ni rajin mengemas. Contoh macam dah masak ni, sekejap lagi dia akan cuci la dapur. Itu bagus dan saya suka sangat.
Meskipun memberi pujian terhadap isteri tercinta, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini turut meluahkan rasa kurang selesa apabila isterinya suka vacuum rumah tengah malam.
Satu dua pagi bhai orang tidur. Kadang-kadang pukul satu atau dua dia suruh saya angkatkan kerusi kejap untuk dia nak vacuum. Masa itu kau pilih nak vacuum rumah. Agak-agaklah (sambil tersenyum). Pemilihan waktu dia tu aduh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat pendedahan yang dilakukan oleh Sam. Namun begitu, kebanyakan netizen menyokong Syatilla dan berpendapat bahawa kemas rumah pada waktu malam agak sedikit tenang berbanding waktu pagi mahupun petang.
Ujar netizen, mereka berasa tenang apabila melihat rumah dalam keadaan bersih selepas bangun daripada tidur.
VIDEO
@nurulshariff29 🤣🤣🤣 #adikberadikthemelvin #kekasihthemelvins #syatillamelvin #lawaktiktok ♬ bunyi asal – Nurul Zafifah
Untuk rekod, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Sumber: TikTok
Mesti Baca:
Beli Rumah Lama ‘Transform’ Jadi Baru, Hasilnya Memang Cantik & Kemas!Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.